Sunday, March 25, 2012

Demi Hafiz - Kayuhan Amal Op Wan Sabri

Rasa bangga ada, terharu, dan malu juga ada dalam diri ini apabila seorang rakan Op Senior iaitu Op Wan Sabri   yang berusia lebih tua 16 tahun dari aku boleh berkayuh dari Maktab Tentera Di Raja bersama seorang rakan beliau yang kebetulan dari MCKK ke Felda Semechu yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Walaupun beliau mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk sampai kesana kerana beliau mengamalkan konsep kayuhan santai yakni singgah bersembahyang atau berhenti rehat mengikut kesuaian mereka tanpa perlu mengejar masa atau mempunyai time limit.

Kayuhan amal ini dibuat untuk mencari dana buat "Sumber Demi Hafiz" Op junior yang aku tak kenal termasuklah Op Wan Sabri juga tapi semangat OLD PUTERA Maktab Tentera DiRaja menjangkaui batasan, tiada siapa yang tidak kita kenal, selagi kamu OP, semangat, layanan. kesungguhan dan setiakawan OP itu tetap terjalin kukuh. Komrade tetap komrade, tak kira apa batch kamu, tak kira tahun apa pun kamu POP, yang muda menghormati yang tua, yang tua memimpin yang muda, dan alhamdulilah kayuhan amal yang bermula pada 21hb Mac 2012 dan tamat pada 24hb Mac 2012 benar-benar membuktikan banyak perkara,  antaranya bantuan kemanusian tidak tamat diusia tertentu, usaha mencari sumbangan bukan melalui satu aspek sahaja, ianya pelbagai dan keikhlasan bukan dinilai dari kemewahan seseorang itu menyumbang....

Tabik buat Op Wan Sabri dan OB Kamat yang sudi memulakan konsep kayuhan amal ini, walaupun beliau agak berusia, tenaga dan azam beliau membuka mata orang muda, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Menyumbanglah seikhlas kita, tak kira besar atau kecil sumbangan kita, yang penting...kita mengambil bahagian untuk menyumbang.....

Sedikit gambar beliau ketika sampai ke Pit Stop pertama dari RMC ke Alor Gajah, Melaka..


Tepat jam 8.15 pagi memasuki sempadan Negeri Sembilan / Melaka....

Teka berapa berat beg dan basikal mereka?...

Melepasi pekan Simpang Ampat, lihatlah senyuman beliau...tak lekang dari bibir...

Selamat sampai ke pekan Alor Gajah jam 8.45 pagi dan disambut oleh welcoming committee, khas dari Kem Terendak, Melaka...

Gambar kenangan....dari kiri, Op Tun Bariq, OB Kamat, OP King, Op Wan Sabri dan Op Aswad. Terbaikkkk!!!

Singgah bersarapan di restoran milik seorang op juga di Alor Gajah. Milik Op Suhaimi.

Tq Op Suhaimi atas penajaan sarapan pagi kami, alhamdulilah dan syukur.

One for the album, tabik spring buat mereka berdua.




...

No comments:

Post a Comment