Sunday, August 7, 2011

Buka Puasa Keluarga @ Senawang

Semalam 6hb Ogos 2011, aku sekeluarga pulang ke rumah mertua kat Flat Sri Mawar, Senawang untuk berbuka puasa bersama-sama ipar duai ku. Wife yang arrangekan majlis ni sebab aku dah cakap awal-awal hari tu, kalau nak buat buka puasa dengan adik beradik beliau, beliau kena buat awal pasal setiap sabtu aku akan menghadiri majlis buka puasa rasmi yang telah diaturkan oleh batch aku dan kelab kereta Ria Family. Dia akur dan cepat-cepat sms semua adik beradik untuk setuju dengan tarikh 6hb ni. Alhamdulilah sambutan amat baik, jadi bertitik tolak dari itulah diaorang setuju untuk buat stail potluck kerana ibu Diwi memang tak sempat nak buat apa-apa pasal beliau sibuk buat kuih raya untuk jualan. Rumah sempit dan kakitangan takde maka semua orang kena datang bawa bekalan masing-masing buat mencukupi menu.

 Wife punya menu adalah ayam goreng, minuman koktail chef wan, telur itik masak lemak belimbing buloh, spagheti halus "tersalah beli" dengan kuah cabonara. Woh lak bawa ikan Siakap, Kaci dan Terubuk. Asalnya beliau nak masak steam ikan-ikan ni sebagaimana perbualan beliau dengan aku 2 hari lepas, melelh air liur aku tapi bila dah sampai ke rumah no C 36, segala-galanya berubah. Ibu suruh masak asam pedas aje dan separuh lagi ikan tu digoreng. Bukan aje dia frust, dengan aku-aku sekali frust tapi takper bukan rezeki aku nak merasa masakan ikan steam ni kat C 36, kat restoran lain kot rezeki aku...ahakss. Seperti biasa Baiza dan Muhamad aka Putera Senawang menjadi petugas rasmi sepanjang masa. 

Mulanya Dik nor cakap tak dapat join buka puasa ni, tup tup dia sampai satu family, dia bawa laksa dan aku pun tak sempat nak rasa laksa dia pasal kekenyangan makan nasi, itu pun bukan rezeki aku untuk makan laksa kat C 36 ni, mungkin kat Laksa Shack Bangi kot...ahakss lagiiiiiiii. Dik Tey sampai paling last sekali padahal rumah dia lagi dekat dari rumah aku yang kat Melaka ni, donia...donia... dia datang hanya bawa satu beg plastik rambutan, itupun katanya jiran sebelah rumah yang kasi.... senyum aku sorang-sorang.... kalau dia datang bawa telur dadar 5 biji pun aku masih akan tagkan gambar dia dalam facebook aku.

Lepas buka puasa, lepak-lepak jap pastu baru aku hantar wife dan anak-anak ke rumah Jaja kat Taman Mantau, aku kena balik ke Melaka semula pasal esoknya kena kerja, diaorang nak g tolong simpul kuih katanya. Jaja tak datang pasal sibuk menyiapkan tempahan kuih yang beribu tu, dateline dah dekat tapi tempahan tak siap2, kenapalah ambik order kalau tak boleh buat, ukurlah baju sendiri, jujur dengan kemampuan sendiri, jangan jadi insan yang tamak dan akhirnya merugikan bukan diri sendiri tapi orang-orang  disekeliling.. Kat sini aku tak nak komen banyak-banyak, kang ada yang terasa macam makan cili padi berisipadu 2 kg. Olin pun tak datang, tak tahu apa alasan dia, nampak gaya keluarga ipar duai aku ni ada perselisihan faham sesama mereka, nak aku tegur, masing-masing dah tua bangka, dah bekeluarga dan dah punya anak pun, tak ditegur makin lama makin melarat birat. Lantak pi lah, masing-masing dah besar, tahulah diaorang settlekan sendiri gamaknya, sebagai abang ipar sulong, yang termampu aku katakan, baguslah anak buah ramai yang tak datang, save sikit duit raya yang hendak dibagi tahun ni, kalau boleh tiap-tiap tahun macam ni pun bagus gak. Zalim, brutal, sadis statement aku?........ADO DEN KISAH!!!......ahakss


Ikan siakap masak asam pedas nogori.....

Koktel Melaka mari...ahakss

Spaghetti cabonara "salah beli"...he he he..

Ayam goreng standard menu dimana-mana...

Telur itik masak lemak belimbing buloh.....slurrrpppp

Set laksa Sepang mari....he he he...

Ikan kaci dan siakap goreng, cicah kuah cili kicap, panas telinga...leleh airmataku...

Hidangan yang terhidang untuk disantap....



Maklong dengan bakal penerima duit raya tahun ini...ahakss


Woh , penaja rasmi ikan berbuka dan tapau bawa balik, semuga tahun depan sponsor banyak-banyak lagi...ahakss


Amacam? ...menyelerakan tak?.....slurrrpppppp...ahakss



...

No comments:

Post a Comment