Salam sejahtera buat ipar duaiku,
Berikut adalah kertas kerja yang dicadangkan sempena family day wan wiwi Disember 2011 nanti. Sila maklumkan secara direct kepada pihak penganjur bagi sebarang cadangan tambahan ataupun bantahan rasmi.
Tarikh : 10 & 11hb Disember 2011
Tempoh : 2 hari 1 malam (Sabtu &Ahad)
Tempat : Ismah Beach Resort, Padang Kamunting, Pengkalan Balak, Melaka
Website : www.ismahresort.com
Pengurus : En Mohd Faizal Ismail (setakat blog dicipta)
HP : 012-6505852
DL : 06-3848111
Tel : 06-3648141
Harga bilik dan katil.
RM160 /4 Bilik Deluxe - 1 Double + 1 Single
RM130 /8 Bilik Standard - 2 Single
RM140 /14 Bilik Superior - 3 Single
RM190 /4 Bilik Family - 2 Double
Cadangan bilik mengikut keluarga.
Bilik Standard - Dik Tey 2 Dewasa + 2 KK
Bilik Standard - Woh 2 Dewasa + 1 KK
Bilik Standard - Ibu & Baiza 2 Dewasa
Bilik Standard - Mohd & Syafiq 2 Dewasa
Bilik Family - Olin 2 Dewasa + 3 KK
Bilik Deluxe - Jaja 2 Dewasa + 2 KK
Bilik Family - Dik Nor 2 Dewasa + 5 KK
Bilik Family - Kaklong 2 Dewasa + 3 KK
Bilik Standard 4 unit (RM520)
Bilik Deluxe 1 unit (RM160)
Bilik Family 3 unit (RM570)
Total Pax - 16 Dewasa & 16 Kanak Kanak
Aturcara yang dicadangkan :-
Sabtu
1400 Check in
1450 Melawat Pusat Pengurusan Penyu
1630 Minum petang
1700 Sukanika
1800 Mandi laut
2015 Makan malam BBQ (pilihan antara Hotel atau Medan Ikan Bakar Kuala Sg Baru)
2130 Penyampaian hadiah sukanika dan cenderamata
2230 Aktiviti bebas
Ahad
0730 Sarapan pagi
0830 Aktiviti bebas
1230 Check out
1330 Makan tengahari - (pilihan Warung Nasi Campur Batu Berendam atau masa sendiri)
Pergerakan bukan secara konvoi dan pematuhan pada masa yang telah dirangka adalah amat dihargai. Pihak penganjur berhak merombak aturcara mengikut kesuaian keadaan dan sambutan ahli keluarga.
Sukanika
1.Tiup belon Dewasa
2.Tiup belon KK
3.Isi air dalam botol Dewasa
4.Isi air dalam botol KK
5.Rebut gula gula KK
6.Bawa bola pingpong dalam sudu Dewasa
7.Bawa bola pingpong dalam sudu KK
8.Baling belon berisi air Dewasa
9.Cari harta karun Terbuka
Kategori Kanak-Kanak 4 acara
Kategori Dewasa 4 acara
Kategori Terbuka 1 acara
Total acara/hadiah = 9 acara/hadiah
Kos anggaran perbelanjaan secara kasar.
Penginapan - RM1250
Sukanika - RM50 (alatan sukan)
Hadiah - RM150 (tidak termasuk Tajaan Naza Resources & PLUS Berhad)
Makan - RM950 (makan malam/minum petang/makan tengahari)
Total = RM2400
Kutipan setiap keluarga yang telah dipersetujui secara ansuran bulanan RM50 x 6 keluarga x 8 bulan (Mac hingga Oktober = RM2400. Sekiranya terdapat lebihan, ianya akan disimpan dan digunakan pada family day tahun berikutnya. Kutipan bulan MAC telah pun dimulakan, sila buat pembayaran mengikut ketetapan yang telah dipersetujui. DAM & Fidyah akan dikenakan bagi pembayaran bulanan yang tertunggak melebihi 21 hari.
Warna tema tahun ini - MERAH....ahakss
...
an nk bilik family lah... aidil dh gomok nnt katil tak muat.. hehe
ReplyDelete