Pernah menghadiri majlis buka puasa di City Park Oriental di Seremban 2 pada tahun lepas, masakannya memang menawan selera kami sekeluarga, pernah berangan dalam hati agar restoran ini beroperasi di Melaka, dekat sikit dan bolehlah kami pekena masakannya selalu terutama butter prawn dan ketam berlada. Tanpa disangka-sangka, restoran ini adalah milik Op RMC baik di Seremban 2 mahupun yang baru beroperasi di Melaka. Restoran ni pun dah beberapa kali saya kunjungi termasuk menjadi port rasmi Op Melaka Chapter mengadakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi. Makanan memang marbeles, layanan mesra dan cepat cuma masa beroperasi mereka mempunyai keunikkan sedikit. Kena perihatin sedikit supaya anda tidak kehampaan bila kemari.
Bagi rakan Op yang ingin hadir menjamu selera, pastikan datang week day, insyallah anda akan dilayan oleh adik pemilik restoran ini, Op Hassan F Coy. Kalau hujung minggu, beliau perlu berada di Kuala Lumpur pula. Namun kalau segan, call saya, insyallah saya tidak akan pulang kelaparan...ha ha ha...
|
Casa Lagenda |
|
Perhatikan masa beroperasinya. |
|
Hidangan ketika mesyuarat Op Melaka Chapter, kuey tiaw goreng pujaan hatiku...ki ki ki... |
|
Op Hassan, adik pemilik rangkaian restoran ini. |
|
Antara pemikir dan pengubal dasar Op Melaka Chapter 2014, 2015 tak tahulah siapa pulak... |
Kadang-kadang mencari makanan chinese muslim agak susah tapi dengan adanya Casa Lagenda ini, kepayahan anda bakal terubat. Menu kesukaan saya adalah Kuey Tiaw goreng dan butter prawn nya, anda bagaimana pula??? Cubalah, anda pasti akan kembali lagi.
...
No comments:
Post a Comment