Sunday, June 24, 2012

Nasi Campur - Tapah

Nasi campur.. sebut sahaja nasi campur terbayang lauk pauknya, berkesempatan bercuti ke Lumut, Perak baru-baru ni membuatkan aku nak mencuba masakan lauk pauk negeri Perak namun hajat tersebut tak kesampaian kerana kawasan percutian aku dan keluarga tidak mempunyai sebarang masakan istmewa seperti di Taiping, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Ipoh dan pelbagai lagi. Namun untuk tidak menghampakan keluarga, aku menghubungi seorang rakan OP batch aku yang menetap di Teluk Intan iaitu Op Fauzy Omar E 83-87. Beliau mencadangkan agar aku singgah digerai medan selera kira-kira 1 kilometer sebelum masuk Tol Tapah, ingin mencuba nasib, aku setkan GPS dan tawakal.

Alhamdulilah sampai juga aku ke kawasan yang ditunjukkan oleh Op Fauzi, aku memilih men"tapau" aje dari makan kat situ pasal anak-anak masih kenyang lagi dengan heavy breakfast yang diambil sebelum check out hotel penginapan tadi. Dan macam biasa, inilah gambar kedainya.


Lihatlah deretan makanannya....menyelerakan...

Dekat medan selera ni ada 3 kedai dan kedai ini adalah kedai yang ditengah-tengahnya.

Mana satu nak pilih ni???

Aku pilih lauk yang simple-simple aje....

Kat sini pun ada gulai kawah, memang best, menjilat jari jugaklah rasanya...he he he...

Thums up untuk kedai ni, best dan sodap, selamat mencuba semua lauk pauknya ...kalau boleh lah...den pun tak larat...ahakss

Kata orang bila pergi bercuti dalam Malaysia ni tak kira negeri mana pun, kalau mencari kedai makanan yang sedap atau lebih tepat lagi yang kena dengan selera atau tekak sendiri atau family memang susah. Kita seolah-olah macam berjudi, mencuba nasib, kalau ngam, bonuslah, kalau tak ngam...sakit hati sampai dua hari...he he he.. Maka kesimpulan yang terbaik, kalau sampai kat negeri kengkawan tu, contactlah kawan tanya-tanyakan kat mana kedai yang ok, kalau takde kawan kat negeri  atau tempat tu...Ado den Kisah!!!...



...

No comments:

Post a Comment