Sunday, January 8, 2012

TT Ben Nacha di Port Dickson 7hb Januari 2012

Nampaknya TT ini adalah aktiviti pertama anjuran RF yang aku sertai tahun 2012 ni. Nasib baik tak jauh sangat dan paling penting tak mencekik darah orang, maknanya tempat tak mahal nak duduk bersembang dengan kawan-kawan lama. Ramai gak yang datang, tak kira lak pasal dah malas nak kira, selalunya bila post kat wall facebook atau dalam thread forum www.riafamily.com.my , yang menyahut nak datang ramai tapi bila hari sebenar, yang datang cam hampeh. Kalau betul-betul ada kes kecemasan contoh anak sakit atau kemalangan atau bos panggil masuk kerja, kita boleh maafkanlah tapi setakat benda-benda yang remeh, aku memang bengang kalau ada kawan-kawan macam ni, tak berkawan dengan dia pun bagus gak, buat dosa aje mengutuk orang macam ni. Rasanya dah boleh lupuskan dari senarai "Friend" dah ni.

Mulanya tempat TT ni berhampiran Petronas Si Rusa tapi bila kedai tu tutup, penganjur memindahkan ke lokasi terbaru kat round a bout batu 6 berhampiran hospital PD. Aku tak kisah buat kat mana-mana pun, yang penting dah sampai dan yang utama kita nak berTT dan nak mengeratkan sillaturahim bagi mereka yang berminat mengeratkan ukhwah ini. Yang tak berminat, ado den kisah!!!

Tahun ni blog den ni nak bubuh banyak gambar bak kata orang putih "picture show thousand word"... Cerita banyak takmau, kita layannnnnnn....


Nama TT ni sempena bro ni, Cikgu aka Encik Ben Nacha (bukan nama sebenar..wakakaka)

Bro Napala Turki dan Bro Noreis ..otai paling lama dalam Kelab Ria Family....tabik buat mereka

Minuman dah mula sampai...jangan terperanjat...

First time tengok air diaorang tak bertambah...wakakaka...

Air minuman aku, yang geram tu, limau suam gelas kecik, air suam gelas besar........hampeh tul...

CP dan CC yang rajin mengikut Pilotnya, ada sebab tu.....ha ha ha...

PD ni dah macam I City juga, pokok bernyala...

Uptown PD, tapi takleh lawan Danau Kota, bapak segala Uptown Malaysia.

Ni bukan pekerja restoran ni, ni Bro Masprop aka bro Alee Rf N9, rajin menolong pasal yang lain sibuk angkat perut masing-masing...wakakaka...

CKT mashyur, first time ke sini dan rasanya itulah first time and the last time ..he he he...

Antara rakan-rakan RF yang hadir.

Nak tunjuk gelas aku besar sebesar aku...ha ha ha...

Bro De Mija menerima borang kemasukan ahli baru..tahniah En Izham dan welkam to the club.

Kameraman ni lagi, hari tu jumpa kat Bowling Tournament...he he he...

Late comers...mummy rozie and family.....terbaikkkkk!!!

Nasib baik husband dia mahir kopek durian, konyang den...ha ha ha...

Memang konyang durian kitaorang....

Kuih koci and lempeng pisang the best in town air tangan CP Bro De Mija, tq juga dengan bungkusan nasi ambeng, den dan Bro Ben sapu bersih...keh keh keh..

Tq Bro Harisria penaja durian 10 biji, memang marveles...

TT Ben Nacha di PD, dari sahabat untuk sahabat...hidup RF!!! Hidup sillaturahim!!!   ahaksss


Seronok berkumpul sebegini sekali sekala, walaupun tak ramai yang hadir, yang penting sillaturahim tetap terjalin....   yang lelain...Ado den Kisah!!!!  wakakakaka..



...

1 comment:

  1. kuih koci tu memang mavles.bro...

    ReplyDelete