Saturday, March 19, 2011

Dodol Panas Melaka

Dodol, apa yang anda tahu tentangnya?... Secara ringkas dodol sering dimasak ketika menyambut hari lebaran seperti Aidil Fitri ataupun Adil Adha, ianya memerlukan banyak tenaga manusia selain mengambil masa yang panjang untuk dimasak. Kalau ada ramai adik-beradik untuk bergotong royong memasak memang cantik tapi kalau yang tiada..tobat angkat tangan. Dulu dodol ini seringkali diperolehi mengikut musim maknanya hanya banyak terdapat ketika musim perayaan sahaja, selain dari tu kira nasib-nasib jugalah. Paling parah kalau-kalau ada isteri yang mengandung yang mengidam nak makan dodol dan time tu pulak bukan musimnya. Boleh bayangkan bagaimana peningnya dan berserabutnya kepala sang suami.

Kali ini catatan blog saya adalah berkaitan dodol, kalau anda ke Mydin yang bertempat di MITC, Melaka, anda pasti akan bertemu dengan gerai yang menjualnya. Gerai ini berdepanan dengan kedai makan mamak Padang Kota. Pengusahanya adalah seorang bumiputera yang berpengkalan di Merlimau, Melaka. Tak boleh nak promote lebih-lebih, saya tak dapat royalti..ha ha ha.. Kalau anda berminat untuk mencuba dodol disini amatlah saya alu-alukan. Disini dodolnya mempunyai 2 perisa iaitu jenis dodol biasa atau dodol durian. Melalui gambar pertama, dodol ini dimasak di gerai ini setiap hari, ianya akan mula dimasak bermula jam 10 pagi hinggalah 8 malam. Yang memasaknya hanyalah seorang gadis sahaja, tanpa perlu membakar kayu api, memegang centong sepanjang 12 depa, beliau boleh melaksanakannya sambil membuat kerja-kerja lain. inilah kecanggihan teknologi moden.

Kita boleh memilih samada membeli dodol yang telah siap dibungkus atau yang baru dimasak, lazimnya ketahanan dodol ini berbeza-beza, yang baru dimasak sekiranya kita membeli disitu juga yang mana diangkat terus dari kawah, ianya dijual dengan harga RM9.00 bagi setiap setengah kilo, ianya hanya boleh disimpan selama 7 hari sahaja dan bagi yang telah siap dibungkus pula boleh disimpan sehingga 7 bulan. kenapa berbeza yea?  

Anda nak tahu jawapannya? Anda kena datang sendiri kesini dan bertanya terus kepada gadis penjual tersebut, saya tak dapat komisen maka tak perlulah saya terangkan dan setakat disini sahaja khidmat saya... cabutttttttttttttt.....ahakss 


Dodol dimasak dengan teknik moden, tak perlu 20 orang ataupun kayu api tinggi menggunung ..ahakss

Dah siap, nak rasa?.....

...

No comments:

Post a Comment