Monday, January 3, 2011

3hb Januari 1983 Tarikh Keramat

Tarikh apa yang selalu kita ingat? Ada orang akan ingat semua tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka, ada yang ingat tarikh kahwin aje, tarikh bertunang (cam bini aku ler), tarikh lahir bini, tarikh lahir anak-anak, tarikh kena ragut, tarikh masuk kerja kat office bapak, tarikh kena buang kerja, tarikh kena kencing dengan kawan-kawan, termasuk lah tarikh nikah lagi satu...ahaks ahakss

Bagi aku, tarikh 3hb Januari 1983 paling aku ingat sekali, walaupun dah 28 tahun aku tinggalkan tarikh tersebut tapi semangat es spirit de corp yang lahir bermula dari tarikh keramat tu membuatkan aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Aku dan 114 orang lagi anak muda dari seluruh negara mula melaporkan diri ke cawangan putera, Maktab Tentera DiRaja yang terletak di Kem Sg Besi, Kuala Lumpur. Bermula tarikh itulah aku bertempur dengan realiti dunia nyata. Yang gagah dan bersemangat waja aje yang mampu mengharungi liku-liku kehidupan disitu. Dari 115 orang yang terpilih dari ribuan anak muda yang memohon ke situ pada 3 Jan 1983, hanya aku dan 106 orang sahaja yang dirahmati untuk menamatkan latihan pada 12 Disember 1987.  Selama 5 tahun disitu, aku pelajari pelbagai cabang ilmu, ilmu ketenteraan, ilmu agama, ilmu hakikat, ilmu kehidupan dan paling berharga adalah ilmu persaudaraan.

Kita tak mungkin tidur sebantal dengan adik beradik kita, kita tak mungkin makan sepinggan dengan adik beradik kita, kita tak mungkin berpeluh menahan tekanan dan cabaran bersama-sama adik beradik kita malah kita tak berpeluang bermandikan air peluh sahabat-sahabat kita bila "sideroll" satu bilik, bila "crawling" bawah capoi, ada juga merasa sumpah seranah tika menjunjung putung rokok sebatang beramai-ramai malah lagi teruk kita tak mampu berkongsi kesakitan dengan adik beradik kita sama seperti yang dirasai oleh sahabat yang terkulai pada 1 ramadan tahun 1983 itu. Nostalgia yang tak mungkin nak diputarkan masanya untuk kembali tapi nostalgia yang terpahat bangga bahawa aku dan komrade pernah lalui.

Membujur lalu melintang patah, takan goyah semangat dan arah ku. Setitis peluh yang mengalir tak ternilai kudrat yang berjuang di perbatasan. Aku menjadi dewasa bermula 3 Jan itu dan sehingga kini, keakraban ku berdiri teguh bersama-sama sahabat dan komrade ku, bersama-sama mereka kami beratur ala masuk darjah satu dipermulaan dan bersama-sama mereka kami melangkah terakhir meninggalkan padang kawad Maktab Tentera DiRaja dengan langkah seiring, derap sekata dan lenggang separas....."bertemu dan berpisah adalah adat biasa, jauh dimata tapi dihati tidak lupa...".  Ambilan 83-87 bergempita 3 Januari 1983 dan 4th Thoroughbred bergegar pada tarikh keramat....Gempur Wira!!! Gempur Wira!!! Gempur Wira!!!..



Selamat Ulang Tahun Bekas Putera Ambilan 83-87. 


No comments:

Post a Comment