Tuesday, October 8, 2019

NASI LEMAK FACTORY - Konsep Food Truck

Dah lama juga tak menulis, kali ni kena juga mengarang sebab nak memperkenalkan perniagaan adik sendiri..he he he. Adik bongsu saya ni baru balik dari kerja perhotelan di Dubai, baru tak baru jugaklah, kira2 dalam 6 bulan, dia tak nak terikat dengan kerja pejabat jadi dia mulakan bisnes food truck dengan menu utamanya adalah nasi lemak. Kenapa dia pilih tema Nasi Lemak Factory?? itu kena tanya dia sendiri.

Nama dia Azizi tapi kami sekeluarga panggil dengan nama Jijinai, rupa dia bukan macam muka jepun yea, tu nama timangan aje...dah berumahtangga dengan Pn Shida, orang JB, kami orang Melaka, mungkin dia jumpa kat RnR kot...ha ha ha  Dah ada anak pun, sekarang mereka meniaga nasi lemak kat Tapak Urban Dining Street berhampiran KLCC, sebelah Hotel Corus Jln ampang macam tu. Meniaga setiap hari Rabu sehinggalah hari Ahad kat situ, selebihnya beliau berniaga COD dekat2 aje.

Kat Tapak ni, waktu meniaga dari pukul 6 petang sampai 1 pagi, kat kl ni, tempat makan memang happening, macam2 menu aje dan malam perasmian beliau meniaga tu, kami adik beradik turun ramai2 termasuk mak dan abah yg datang dari Melaka. Kira support adik beradik, kalau bukan kita, siapa lagi??/Sekali dengan sambut birthday adik yg no 4 bawah saya, kecoh jugalah time tu, nasib baik tak kena halau...ha ha ha..




Ni food truck beliau, warna hitam, ada bunting tulis Nasi Lemak Factory, menu memang pelbagai macam nasi lemak antarabangsa lah mcm tu, try nasi lemak sotong crispy dia..memang power




Saya order nasi lemak paru dan ayam goreng...




Anak buah den, sempat lagi nak menyelit...



Suami isteri sedang beraksi, hari pertama, malam pertama...... berniaga...dah macam bersilat...ha ha ha



Keluarga kami yang turun support beliau...

Cubalah try nasi lemak beliau, terutama sambal kosongnya, memang best, menu yang lain2 tu banyak jugak cuma kena datang singgahlah. Belum cuba belum tahu, dah cuba..tertungu tunggu...


...

Thursday, March 21, 2019

Strada Coffee, Dataran Centrio

Jom order....


Sekarang tengah promosi, capucino dan latte RM2 aje tapi kalau tambah ais RM3. Den pilih ice latte lerrrr



Dannnnnnn jemput2 geragau..peberet org Melaka errrr..ha ha ha

Dan nak cari dah senang pasal dah popular kat Waze, boleh try minum kat sini..terasa aman damai...


...

Bawal Power Teras Jenang

First time sampai sini, sebelum ni kat Cyberjaya. Setting tempat makan luas dan selesa....


Beli bungkus aje semalam sebab datang sorang2, kalau datang berdua, mahu duduk sampai petang..ha ha ha


Hasil tangkapan....air asam dan kicap cili pun power gak...terangkat


Pilih sotong bakar dan bukan sotong goreng..satu den makan dan satu lagi wife makan yea...


Bawal goreng, den ambik yg garing sikit..ikut tekak den..


Macamana,nak kesini...boleh waze aje, dah terkenal kedai ni...


...