Tuesday, December 12, 2017

Warung Cikgu Hashim, TTDI Groove, Kajang

Kebelakangan ini, banyak diviralkan kedai makan atau restoran baru dalam facebook, katanya sedap2 jadi kesempatan pulang dari ziarah seorang sahabat di Setiawangsa, kami singgah di kedai yang baru saja diwujudkan. Nama kedai ini adalah Warung Cikgu Hashim, betul2 terletak di TTDI Groove, ditepi jalan utama dari kajang ke Highway Lekas, kalau tak nampak...kena buat cermin mata tu...ha ha ha


Kami sampai dalam pukul 6 lebih, dimaklumkan kedai ini baru sahaja beroperasi 3 hari yang lepas.



Design dalaman dia agak simple, bagi saya ianya tak perlu terlalu hipster atau rambu ramba..senak tengok. Kami berlima sahaja, Fatin belajar, tak boleh keluar...



Saya order sup tulang dengan nasi putih sahaja. Nak jaga badanlah gamaknya tapi rasanya kalau ke sini, lupakanlah diet2 ni..mesti ke laut jadinya.



Sup tulang ni, daging dia lembut, just tolak dengan sudu aje..dia dah longlai pastu sup dia, memang power, terasa rempah ratus macam mak2 kita masak time nenek pantau, kalau masak sendiri aje..bantai bubuh sup bunjutlah jawabnya..ha ha ha..  sup ni kena makan dengan kuah cili kicap, terasa berdesing telinga, memang saya bagi 5 bintang ni, tak bohong. Kalau ada sekali telur dadar bawang masa ni..mahu dua mangkuk sup saya order...



Yang ini Murtabak Hindustan, kami bungkus aje pasal nak cepat tapi memang rugi sapa yang tak rasa sendiri, terasa kerugiannya. Murtabak ni sebenarnya sedap makan panas2 dan masa yg benar2 sesuai untuk makan murtabak ni adalah disebelah petang, masuk waktu lain...aura dia dah lari. Kalau tak caya, cuba beli bungkus malam ni pastu simpan dalam peti ais. Esok pagi2 buat sarapan, kasi preheat kat microwave pastu makan berjemaah satu keluarga, saya berani gerenti...kalau tak habis sebungkus ni..panggil saya...saya habiskan..ha ha ha..



Ini pulak nasi lemak sotong king, saya tak makan tapi anak2 order, memang besar gila sotong ni, memang puaslah makan sorang2. Cuma kalau nak makan ni, kena minta gunting atau pisaulah, kalau pakai sudu garpu aje...memang tak puashatinya lagipun takut tercucuk batang lidi tu. Ada juga pilihan lain seperti telur goreng, ayam berempah dan lain2, datanglah sendiri dan tengok pilihan menunya. Pasti tak rugi.


Soal harga pulak, subjektif bagi setiap individu, bagi saya sekeluarga, ok2lah harga ni, tak terlalu mahal, tak terlalu murah tapi kalau sedap giler, soal harga bukan lagi jadi pertikaian. Cubalah singgah Warung Cikgu Hashim ni, menu yg sedap dan unik, dengar cerita owner dia budak RMC, nanti saya cuba cari dia. Harap2 dapat diskaun...ha ha ha


#warungcikguhashim
#ttdigroovekajang
#adodenkisah


...

No comments:

Post a Comment