Wednesday, May 10, 2017

Nasi Dagang Kelate D'lite

Kadang kala selera nak juga rasa masakan negeri lain dan kali ini.....kita pekena nasi dagang. Stall Kak Za ni terletak betul2 depan rumah dia, dia hanya meniaga setiap hari sabtu dan hari ahad sahaja, masa dia bermula jam 7 pagi dan selalunya dalam pukul 12 tengahari dah selesai. Orang dia ramah, mesra dan masakan dia tentulah sedap2 belaka, selain menu nasi dagang, ada juga menu lain seperti laksam, nasi lemak, nasi kerabu, pulut kuning dan kadangkala ada juga laksa. 

Soal rasa, memang best berbanding dua tiga kedai masakan org kelantan di nogori ni, lokasi beliau betul2 nak masuk ke Taman Ampangan/Taman Margosa/Taman Sri Telawi. Jangan laju sangat bila ambik selekoh masuk taman tu..takut terbabas.... Selamat mencuba


Stall yang simple aje. Bungkus boleh, makan kat situ pun boleh tapi beliau hanya menyediakan 2 buah meja sahaja.


Banner beliau, boleh call untuk sebarang pertanyaan.



Ini menu kesukaan den kalau ke mari. Nasi dagang....


Kak Za ni turut mempuyai seorang anak syurga, saya tak berpeluang melihat anak beliau lagi tapi dari luar, saya melihat Kak Za dan suami beliau seorang yang tabah dan kuat. Kagumi semangat dan keredhaan beliau berdua. Semuga beliau diberi kekuatan untuk meniaga dan menjaga anak2 beliau. amin...


...