Tuesday, January 3, 2017

Nasi Arab Damsyik, Senawang

As salam dan selamat tahun baru 2017, semuga ianya bakal memberikan kita setahun lagi masa untuk dekat dengan Allah dan juga dekat dengan keluarga kita sendiri. Sejak pemergian Baby Wafi, kami sukar untuk duduk semeja sekeluarga bila makan diluar dan kali ini, alhamdulilah ianya termakbul namun tetap merasai kehilangan insan kecil dimeja kami...sebak seketika masing2.

Kali ini saya mencuba di Restoran Nasi Arab Damsyik, ramai kata ianya sedap dan ada juga yang kata biasa2 aje, bagi saya..belum cuba belum tahu...



Pintu depan dan senang boleh dilihat dari tepi jalan utama, banyak kerusi dan meja serta diatur agak jarak jadi senang pelanggan bertubuh besar semacam saya untuk berjalan diantara meja2 pelanggan lain. Ada juga ruang makan bersila, ada 2 hall besar, sesuai untuk keluarga besar, memang kedai ini berkonsepkan untuk family selain irama lagu arab berkumandang sepanjang masa, terasa macam di Turki pulak..ha ha ha..



Ini portion untuk 5 orang makan, nasi arab mandy campur kambing dan ayam. Ayam ada 2 ekor dan kambing dalam sekilo lebih rasanya, puas kami makan berlima. Ada xtra lagi untuk bawa balik.



Fatin tukang serve, jangan risau...memang cukup. Dulang 5 orang makan ni ada pakej dia, nak ayam sahaja boleh atau nak kambing aje boleh atau campur ayam dan kambing, terpulang pada selera masing2. Harga....RM128



Syafiq join kemudian, kena order satu single kambing untuk dia, pun dia tak habis. Pandangan saya, kalau keluarga datang 6 org, boleh order untuk set 5 orang ni, kalau keluarga tu kurus2, silap2 boleh order dan makan 7 ke 8 orang. Swafoto kami sekeluarga....rindu pada si kecil....


Lokasi kedai ni terletak di Jalan Paroi - Senawang. Kalau masuk dari tol PLUS Senawang, sila menghala ke Ke Kuala Pilah, akan jumpa satu stesen minyak PETRON sebelah kiri, lepaskan medan selera selepas PETRON tu, baru belok ke kiri. Jalan ni juga boleh tembus ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga Pusat Dakwah Islam Paroi. Kedai ini terletak disebelah kanan jalan kira2 3 km dari simpang tadi. Kalau dah jumpa Pusat Dakwah Islam Paroi...dah terlepas lah tu.

Saya sekeluarga dah cuba, bagi saya, kedai ini menjual nasi arab yang tersedap di Negeri Sembilan setakat ini, saya dah mencuba dan anda bila lagi???


...