Tuesday, December 12, 2017

Rojak Dan Cendol, Seremban 2



Kat sini kalau nak makan cendol dan rojak, memang saya rekomenkan cuma saya paling tak suka konsep self service yg dia buat, macam poyo aje...ha ha ha



Rojak sotong dan cendol kosong, a must for me kalau singgah disini.




Sedap tak??



Saya suka ke sini dengan boss saya sebab selain rojak yg sedap dan cendol yg power, bos saya suka belanja saya, saya bedal aje....ha ha ha


|Lokasi kedai ni agak tersorok sikit, siapa2 yang suka ke Citypark Sbn 2 pasti tahu lokasi ni, kedai ni terletak dekat dengan stesen minyak petronas yg ada KFC, memang terpencil sikit. Nak bagi panduarah...malas lah pulak, cer tanya orang Petronas yg ada KFC pastu cari kat shoplot belakang2 Petronas tu, insyaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga, ado den kisah.....ha ha ha.


...

Warung Cikgu Hashim, TTDI Groove, Kajang

Kebelakangan ini, banyak diviralkan kedai makan atau restoran baru dalam facebook, katanya sedap2 jadi kesempatan pulang dari ziarah seorang sahabat di Setiawangsa, kami singgah di kedai yang baru saja diwujudkan. Nama kedai ini adalah Warung Cikgu Hashim, betul2 terletak di TTDI Groove, ditepi jalan utama dari kajang ke Highway Lekas, kalau tak nampak...kena buat cermin mata tu...ha ha ha


Kami sampai dalam pukul 6 lebih, dimaklumkan kedai ini baru sahaja beroperasi 3 hari yang lepas.



Design dalaman dia agak simple, bagi saya ianya tak perlu terlalu hipster atau rambu ramba..senak tengok. Kami berlima sahaja, Fatin belajar, tak boleh keluar...



Saya order sup tulang dengan nasi putih sahaja. Nak jaga badanlah gamaknya tapi rasanya kalau ke sini, lupakanlah diet2 ni..mesti ke laut jadinya.



Sup tulang ni, daging dia lembut, just tolak dengan sudu aje..dia dah longlai pastu sup dia, memang power, terasa rempah ratus macam mak2 kita masak time nenek pantau, kalau masak sendiri aje..bantai bubuh sup bunjutlah jawabnya..ha ha ha..  sup ni kena makan dengan kuah cili kicap, terasa berdesing telinga, memang saya bagi 5 bintang ni, tak bohong. Kalau ada sekali telur dadar bawang masa ni..mahu dua mangkuk sup saya order...



Yang ini Murtabak Hindustan, kami bungkus aje pasal nak cepat tapi memang rugi sapa yang tak rasa sendiri, terasa kerugiannya. Murtabak ni sebenarnya sedap makan panas2 dan masa yg benar2 sesuai untuk makan murtabak ni adalah disebelah petang, masuk waktu lain...aura dia dah lari. Kalau tak caya, cuba beli bungkus malam ni pastu simpan dalam peti ais. Esok pagi2 buat sarapan, kasi preheat kat microwave pastu makan berjemaah satu keluarga, saya berani gerenti...kalau tak habis sebungkus ni..panggil saya...saya habiskan..ha ha ha..



Ini pulak nasi lemak sotong king, saya tak makan tapi anak2 order, memang besar gila sotong ni, memang puaslah makan sorang2. Cuma kalau nak makan ni, kena minta gunting atau pisaulah, kalau pakai sudu garpu aje...memang tak puashatinya lagipun takut tercucuk batang lidi tu. Ada juga pilihan lain seperti telur goreng, ayam berempah dan lain2, datanglah sendiri dan tengok pilihan menunya. Pasti tak rugi.


Soal harga pulak, subjektif bagi setiap individu, bagi saya sekeluarga, ok2lah harga ni, tak terlalu mahal, tak terlalu murah tapi kalau sedap giler, soal harga bukan lagi jadi pertikaian. Cubalah singgah Warung Cikgu Hashim ni, menu yg sedap dan unik, dengar cerita owner dia budak RMC, nanti saya cuba cari dia. Harap2 dapat diskaun...ha ha ha


#warungcikguhashim
#ttdigroovekajang
#adodenkisah


...

Wednesday, August 16, 2017

Pizza Budget, Seremban Jaya.

Sejak berpindah ke Seremban setahun yang lalu, wife banyak meniaga secara online terutama Jamu Ratu Malaya, beliau stokist kawasan Sikamat dan dalam berniaga tu, banyaklah info jualan online makanan homemade yg murah2 dan harga yg berpatutan. Den pun terkenalah tempiasnya, order ikut suka2..ha ha ha..

Ada satu brader ni jual pau frozen hampir 3 tahun dan baru2 ni beliau meluaskan sedikit perniagaan dengan menjual pizza homemade. Harga murah juga dalam RM12 satu, besar/lebar 12 inci. Saya dah beli, beliau ada 3 perasa tapi kesemua perasanya sedap2. Roti pizza dia pun lembut walaupun dah sejuk. 



Ni perasa daging rasanya..he he he



Ni sosej dan ayam...



Yang ni tak ingat....ha ha ha..


Kalau nak cuba, boleh call En Azahari hp 017-6099194. Beliau selalu start delivery area Senawang dan Seremban Jaya mulai 5.30 ptg keatas. Nak pick up pun boleh tapi bincang masa betul2, takut doh roti habis cepat. Saya dah try, sesuailah dgn rasa, bentuk dan harga nya sebagai Pizza Budget. Yang lain camner? takan nengok yo? ahakss..


...

Kari Kepala Ikan, Kampung Pandan, KL

Baru2 ni berkesempatan ke KL untuk urusan beli barang2 sukan Sportivo Sbn 2 dan kebetulan seorang sahabat mempelawa untuk join beliau makan tengahari. Bila tanya lokasi, beliau maklumkan di Kampung Pandan, sebab masa pun banyak lagi..den join lah.


Kedai kari kepala ikan kg pandan ni tak perlu diperkenalkanlah kot..ramai dah tahu. Boleh check kat waze atau google. Bagi saya..rasa dia  sedaplah nak2 org belanja..ha ha ha..



Dan paling best, lepas makan ada sembang2 teh tarik dan kebetulan sahabat saya, mantan komandan MTD pun ada..apa lagi..mengetehlah kami puas2.

Kedai kari kepala ikan ni banyak di KL..bersepah, cuma soal rasa..terpulang pada tekak masing2, satu lagi soal harga, kena bawa banyak duit kalau makan kedai2 sebegini. Bagi saya, sekali sekala bolehlah tapi kalau selalu...parah poket. 

Lepas ni nak try nasi kandar Line Clear Kg Bru lak..tah apa rasanya pulak lepas ni. Jom kita try ramai2...ahakss


...

Sengkuang Calit, Tapah

Baru-baru ni jemput Fatin balik untuk cuti semester di Uitm Tapah, singgah sebentar di RNR Tapah arah Selatan untuk beli buah tangan sikit buat wife. Standard di Rnr Tapah ni..buah jambu dan kuah cicah dia selain lauk pauk lah tapi kali ni kebetulan jumpa abang ni jual sengkuang cicah. Baru lagi meniaga katanya, lokasi beliau betul2 kat kedai buah yang mula2 sekali. Saya order dua lah..memang best. Rugi sapa2 yg lalu Rnr ni tapi tak singgah beli. Teringat masa makan kat Kotaraya tahun 1987 dulu...sambil tengok awek lalu lalang naik bas..makan asap pun makan asap lah janji happy he he he..


Abang ni minta dipanggil sebagai Paksu...nama trademark dia.



Memang terliur air liur dibuatnya. Makan time sengkuang sejuk2..baru menyengat gigi geraham..ha ha ha


Banner beliau...


Ni sengkuang den yang kedua..yang pertama..dah selamat... Jom..tunggu apa lagi.


InsyaAllah awal September nak kena hantar Fatin lagi..memang kompom singgah lagi lah jawabnya..ahakss.


...

Wednesday, May 10, 2017

Nasi Dagang Kelate D'lite

Kadang kala selera nak juga rasa masakan negeri lain dan kali ini.....kita pekena nasi dagang. Stall Kak Za ni terletak betul2 depan rumah dia, dia hanya meniaga setiap hari sabtu dan hari ahad sahaja, masa dia bermula jam 7 pagi dan selalunya dalam pukul 12 tengahari dah selesai. Orang dia ramah, mesra dan masakan dia tentulah sedap2 belaka, selain menu nasi dagang, ada juga menu lain seperti laksam, nasi lemak, nasi kerabu, pulut kuning dan kadangkala ada juga laksa. 

Soal rasa, memang best berbanding dua tiga kedai masakan org kelantan di nogori ni, lokasi beliau betul2 nak masuk ke Taman Ampangan/Taman Margosa/Taman Sri Telawi. Jangan laju sangat bila ambik selekoh masuk taman tu..takut terbabas.... Selamat mencuba


Stall yang simple aje. Bungkus boleh, makan kat situ pun boleh tapi beliau hanya menyediakan 2 buah meja sahaja.


Banner beliau, boleh call untuk sebarang pertanyaan.



Ini menu kesukaan den kalau ke mari. Nasi dagang....


Kak Za ni turut mempuyai seorang anak syurga, saya tak berpeluang melihat anak beliau lagi tapi dari luar, saya melihat Kak Za dan suami beliau seorang yang tabah dan kuat. Kagumi semangat dan keredhaan beliau berdua. Semuga beliau diberi kekuatan untuk meniaga dan menjaga anak2 beliau. amin...


...

Tuesday, January 3, 2017

Nasi Arab Damsyik, Senawang

As salam dan selamat tahun baru 2017, semuga ianya bakal memberikan kita setahun lagi masa untuk dekat dengan Allah dan juga dekat dengan keluarga kita sendiri. Sejak pemergian Baby Wafi, kami sukar untuk duduk semeja sekeluarga bila makan diluar dan kali ini, alhamdulilah ianya termakbul namun tetap merasai kehilangan insan kecil dimeja kami...sebak seketika masing2.

Kali ini saya mencuba di Restoran Nasi Arab Damsyik, ramai kata ianya sedap dan ada juga yang kata biasa2 aje, bagi saya..belum cuba belum tahu...



Pintu depan dan senang boleh dilihat dari tepi jalan utama, banyak kerusi dan meja serta diatur agak jarak jadi senang pelanggan bertubuh besar semacam saya untuk berjalan diantara meja2 pelanggan lain. Ada juga ruang makan bersila, ada 2 hall besar, sesuai untuk keluarga besar, memang kedai ini berkonsepkan untuk family selain irama lagu arab berkumandang sepanjang masa, terasa macam di Turki pulak..ha ha ha..



Ini portion untuk 5 orang makan, nasi arab mandy campur kambing dan ayam. Ayam ada 2 ekor dan kambing dalam sekilo lebih rasanya, puas kami makan berlima. Ada xtra lagi untuk bawa balik.



Fatin tukang serve, jangan risau...memang cukup. Dulang 5 orang makan ni ada pakej dia, nak ayam sahaja boleh atau nak kambing aje boleh atau campur ayam dan kambing, terpulang pada selera masing2. Harga....RM128



Syafiq join kemudian, kena order satu single kambing untuk dia, pun dia tak habis. Pandangan saya, kalau keluarga datang 6 org, boleh order untuk set 5 orang ni, kalau keluarga tu kurus2, silap2 boleh order dan makan 7 ke 8 orang. Swafoto kami sekeluarga....rindu pada si kecil....


Lokasi kedai ni terletak di Jalan Paroi - Senawang. Kalau masuk dari tol PLUS Senawang, sila menghala ke Ke Kuala Pilah, akan jumpa satu stesen minyak PETRON sebelah kiri, lepaskan medan selera selepas PETRON tu, baru belok ke kiri. Jalan ni juga boleh tembus ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga Pusat Dakwah Islam Paroi. Kedai ini terletak disebelah kanan jalan kira2 3 km dari simpang tadi. Kalau dah jumpa Pusat Dakwah Islam Paroi...dah terlepas lah tu.

Saya sekeluarga dah cuba, bagi saya, kedai ini menjual nasi arab yang tersedap di Negeri Sembilan setakat ini, saya dah mencuba dan anda bila lagi???


...