Sunday, December 18, 2016

Mee Jawa Mak Siti

Dah lama tak post di blog ni, insyaAllah ambang 2017 bakal memberikan semangat untuk kembali aktif, harap2nya sebegitu. 

Setelah berpindah ke Seremban pada bulan Mac 2016 yang lalu, agak lama juga saya mengutip kembali semangat yang hilang dan sebagai permulaan, menu pertama kali ini adalah  Mee Jawa Mak Siti. Mee jawa mak siti ni agak popular jugalah, bermula dari sebuah kedai di Temiang, kini bertambah 3 lagi kedai yang setiap satunya dikendalikan oleh anak2 mak siti. Ada dibuka di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik, Lavender Height dan yang terbaru di S2 Citypark berdekatan masjid putih Seremban 2.

Baru2 ini saya berkesempatan makan di S2 Citypark, kedai yang ringkas dan hiasan biasa2 sahaja. Menu pula standard dari satu kedai ke satu kedai dan menu kegemaran saya adalah mee jawa ayam ataupun nasi lemak ayam goreng. Ada juga menu2 lain seperti mee jawa tulang, mee jawa daging serta bihun sup. Ikut pada selera masing2lah tapi bagi saya, mee jawa juga yang best dan power dikedai ini.


bahagian depan kedai.



Menu dan harga.



Mee jawa ayam dan selalunya saya akan tambah cili jeruk atau sambal mee jawa, tengok mood, kadang2...dua2 saya bubuh.



Bersarapan dengan pengasas Sportivo, pemilik Pusat Sukan Badminton Sportivo Sports Hub di Oakland Industrial Park, Seremban 2.

InsyaAllah akan kembali merantau mencari kedai2 yang best di Seremban pulak, dah jauh dari Melaka ni maka terpaksalah memilih yang dekat2 sahaja namun kalau berkesempatan singgah dimana-mana, pasti akan saya post juga. 


...

Saturday, August 27, 2016

Terima Kasih Allah...













...

Rindu Bertandang Lagi...

Kadang-kadang.... tak terucap dengan kata-kata, kala diberi kegembiraan, Allah ingin menguji hambanya... saat hambanya redha dengan ujianNYA... ia mengakhiri dugaan dan ujian tersebut.. Kami kehilangan seorang cahayamata berusia 1 tahun 4 bulan semasa kembali ke penciptaNYA. Lahir dengan keistimewaan sebagai anak syurga, anak Syndrome Down dengan mempunyai komplikasi terhadap jantung beliau. Pernah menjalani pembedahan di IJN namun kuasa Allah, tiada siapa mampu menafikannya...



Berbaju melayu dan menyambut kehadiran Aidil Fitri yang pertama dan terakhir buat beliau...tahun 2015.



kami akan merindui setiap saat kenangan bersamanya...



Menangis hampir 3 hari ketika menyambut kelahirannya bila Doktor memaklumkan keistimewaannya. 28 hari di SCN GH Melaka sebelum pulang ke rumah. Sentiasa berulangalik ke hospital hampir setiap bulan malah hospital dan IJN umpama rumah kedua kami. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tak mampu ditampung setiap masa. Hebat ujian yang maha ESA namun kami redha dan pasrah dan akhirnya......tersentap semangat kami bila ujian ini ditiadakan....



Rindu yang takan terpadam hingga akhir hayat kami...



Al Fatihah Buat Wafi...
....

Monday, April 18, 2016

Awang Roti Canai, Bukit Beruang

Punyalah lama duduk di Melaka, baru tahu ada kedai roti canai power ni...he he he



Proses mencanai telah bermula



Simple aje dapur kedai ni.



Roti canai dia, memang best, lembut dan sedap.



Tarikan utama dia......slurrppp

Roti canai cicah dengan kari ikan jenahak, mana tak meleleh air liur dibuatnya. Harga...plus minus, kesedapan...memang sedap dan layanan, pantas dan laju...ha ha ha..  Nak cari kedai ni, sila guna waze, memang tepat dan cepat.


...

Mayang 8 Cafe & Restoran, Melaka

Sebelum berpindah ke Seremban baru-baru ini, saya berkesempatan ke sebuah restoran milik seorang Doktor yang juga merupakan senior saya semasa menuntut di Maktab Tentera Diraja dulu. Senior yang baik, tak kacau junior yang kebetulan adik beliau juga satu batch dengan saya. Beliau bertugas di Hospital Putra Melaka dan menceburi bidang makanan kerana minat untuk mencuba sesuatu yang baru.



Asalnya taknak masuk sebab parking memang susah kat area ni. Belakang The Shore Melaka.



Ada dua zone restoran ni, yg bahagian depan...open zone dan bahagian dalam, berhawa dingin.



Suasana dia agak cozy dan best sebab menggunakan konsep recycle alam sekitar, meja makan pakai kayu palet dan ada daun nipah sebagai bumbung hiasan dibahagian kaunter makanan.



Kadang2 orang takut nak masuk kedai2 yg nampak mahal dan very vvip. Saya sertakan menu dia supaya boleh menilai harganya. Berpatutan atau tidak.




 











 






 



 

Ni bahagian depan kedai, jangan salah masuk pulak...ha ha ha



Bersama Op Dr Malik Faisal, bekas pegawai tentera dan pemilik Mayang .

Saya dah rasa masakan disini cuma tak semua menu yang saya rasa, ikut selera saya, untuk review rasa, rasanya tuan2 kena datang dan mencuba sendiri, nanti kata saya berat sebelah. Good luck Dr, semuga bisnes bloom..he he he...


...

Tuesday, March 15, 2016

Al Fatihah Buat Wafi

Lahir 10 Oktober 2014 dan pergi meninggalkan kami 10 Feb 2016. Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan insan tersayang, anak kecil yang belum puas mengenal dunia dan kami belum puas membelainya.. Masih terasa sehingga kini saat mendodoikan beliau, bemain, bergurau malah menjaganya...semuga beliau tenang disana. Al fatihah...










































...

Murtabak Cheese Bukit Katil (Sebelah ILP)

Kedai ni terletak bersebelahan dengan ILP Bukit Katil, dalam Taman Tun Rahah, kedai paling tepi sekali kat pokok besar. Ianya juga dikenali dengan nama Warung Yus. Turut menjual beberapa menu lain selain murtabak cheese ni, antara lain adalah murtabak singapore. Boleh try kalau rasa terliur..ki ki ki,,,


Ni set kecik, untuk saya sorang.



Kenyang jugalah untuk sorang makan yang badan dia sado macam saya..he he he.. Set lengkap ni.



Merereh-rereh cheese dia...ummmppphhhhhh


Ni kedai pakngah den..ha ha ha..


...

Laksa Limbongan

Laksa Limbungan ni merupakan salah satu menu yang best untuk dibuat minum petang, ianya dijual sama kedai dengan kuih keria Melaka yang popular tu, kat Limbongan kedai ni. Boleh try kalau ke sini, servis atau layanan aje agak kureng...jangan tanya, datang dan alaminya sendiri...ki ki ki



Banner dia...



Kami suka beli bungkus aje, jimat sikit..takyah order air..ki ki ki


Sekarang kami dah berpindah ke Seremban, susah sikit kalau semata-mata nak datang sini tapi kalau tersesat ke area sini, boleh singgah lagi.


...

Rojak Mamak - Restoran Alami, Jalan Bunga Raya

Banyak-banyak rojak, rojak mamak lah yang saya suka pekena terutama kat Jalan Bunga Raya. Cendol dia pun power, kalau ke mari, saya pasti pekena rojak dan cendol, satu kemestian.



Sorilah, gambau masih ada simptom senget..ki ki ki



Rojak power...



Set lengkap den.


Kedai mamak ni dekat dengan Hotel Wana Riverside, berdepanan dengan tapak lama emporium Khelas yang terbakar kat Kg Jawa. Parking kena tengok2 juga, lunch hour, memang sesak sikit. selamat mencuba...


...

Western - Big Mug Big Plate

Lokasi kedai ni at Ayer Keroh, berdekatan trafik light Taman Tasik, dekat dengan pejabat CIDB. Saja singgah nak try rasa dia.... susah nak bagi bintang ni sebab tak reti. Kena datang dan cuba lah sendiri. Sekali lagi kamera hp biol, senget gambau2 den....ha ha ha..



Bahagian depan kedai.



Jus tembikai den, dalam gelas berbotol ..errrr botol bergelas....



Chicken chop den....no komen...



Wedges den... pun no komen..

Big plate memang big plate tapi soal rasa dan persembahan pinggan...macam boleh diperbaiki lagi. Dekorasi kedai, menarik dan simple.


...