Tuesday, August 18, 2015

Kuih Udang Alor Gajah

Kalau datang ke Melaka, kalau tak singgah ke Pekan Alor Gajah untuk minum petang dan pekena rojak alor gajah atau pun dipanggil juga kuih udang alor gajah, memang tak sah. Sebenarnya kuih udang ni asalnya dari kuih cucur udang, dicampur dengan pelbagai menu lain seperti tahu, fish cat, sosej, ayam goreng, nugget, telur rebus dan timun. Ni campuran asal masa mula-mula kuih udang ni diperkenalkan tapi sekarang menu ni dah berkurangan selaras dengan kenaikan harga barang-barang semasa. Namun yang menjadi daya penarik utamanya adalah sos cicah nya. Kuih2 ni kita boleh beli diluar atau masak sendiri tapi sosnya...memang tak boleh tiru. Asli dan power.


Minum petang kami, kuih buat sendiri cuma sos, kami import.



Sos yang diimport, he he he... ada dijual berdekatan kedai kuih udang tersebut. Bekas besar pun ada, bukan boleh buat cicah rojak alor gajah ni juga, cicah macam-macam kuih bergoreng pun sedap terutama kuih popiah dan keropok lekor.


Ini kedai tersebut di Pasar Menggong, Alor Gajah, dekat dengan Taxi Stand, kalau tak jumpa, tanya orang, insyallah akan ditunjukkannya kesini. Orang Melaka baik-baik lerrrr... Ha ha ha.



Selamat menjamu selera.



...

Thursday, August 6, 2015

Roti Benggali Penang

Masa baby Wafi masuk IJN, saya sempatlah merayau petang-petang area kawasan Hospital KL, dalam duk rayau-rayau tu terjumpa lori jual makanan berdekatan kuarters pekerja hospitak KL, makanan yang dijual adalah roti benggali. Apa lagi, first time tengok benggali jual roti pakai lori, singgah lah...rupa-rupanya nama aje tapi orang dia bukan..ki ki ki..


Roti Benggali Penang Mai... Ada banyak pilihan, roti biasa, cokelat, roti arang, ori...he he he..


Saya pilih roti biasa, pastu disapu kombinasi kaya dan mentega..lepas sapu..ianya akan dibakar rupanya...


Roti dia memang tebal, minum petang2 sambil cicah milo..memang pehhhh...


Dia pun ada jual dari  jenis bun, harga boleh tengok kat poster tu, bagi saya, portion yg dijual dangan harga ni memang berbaloi, besar dan sedap, lagi satu ianya murah berbanding dengan kos kalau kita nak ke Penang beli roti benggali ni..ki ki ki.. Sorry, loyar buruk naaa...



...

Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Samudra Exotic

Sebelum ramadhan yang lalu, saya sempat berkunjung ke sebuah restoran di Kg Baru, restoran ini dikatakan menyediakan masakan ikan sungai untuk Presiden Obama semasa lawatan beliau ke Malaysia dulu. Saya berkesempatan merasa sarapan pagi sahaja kerana terlalu sibuk dengan urusan anak di IJN, alhamdulilah anak pun dah beransur ok, baru dapat saya bercerita sikit kat sini, kalau tak,dua bulan beku dirumah...


Masa saya pergi tu restoran ni menyediakan pakej sarapan pagi serendah RM5, makanlah sebanyak mana pun tapi bayar RM5. 


Bersama pemilik restoran yang juga merupakan adik beradik, chef disebelah kanan sekali. Seronok dapat duduk semeja dengan mereka dan berbual tentang pengalaman dan amanat arwah ayah mereka tentang konsep cara jualan yang sesuai. 


Ni pintu masuk, comel n cenonit aje tapi jualannya...jangan tak sangka.

Insyallah saya akan cuba kembali lagi untuk makan tengaharinya. Maklumlah, dapat try sarapan aje, lunch belum lagi sebab masa lunchlah paling best rasa ikan patin masak tempoyak dan sebarau goreng kunyit. Terliur dah ni...ki ki ki..


...

Kambing Golek Ansal Ternak, Melaka

Kambing golek atau kambing panggang sekarang ni dah jadi cukup popular dan banyak majlis hari raya atau kenduri kendara yang saya pergi, menyediakan salah satu menu ini. Ada yang sedap dan ada juga yang tak boleh tahan sedapnya...ha ha ha. Baru-baru ni saya ke Maktab Tentera Diraja, ada pertandingan dalaman dan selepas pertandingan tersebut, ada pula jamuan hari raya dan saya difahamkan pihak penganjur menyediakan hampir 6 ekor kambing golek. Apa lagi, saya lepak tepi stall kambing golek tu aje sepanjang hari..ha ha ha..


Soal rasa, tak perlu cakaplah, memang sedap, tiga pinggan saya seorang aje belum lagi orang lain, ada coleslow, ada kuah black pepper. Sempat juga saya dapat info tentang penyedia saji kambing golek ni, famous juga nama dia kat FB. Nama dia Ansal Ternak, ni sedikit info yang saya dapat, orang selalu bandingkan harga baru rasa, saya rasa dulu baru tengok harga..he he he.









Boleh contact En Firdhaus, kawan saya ni...baru jadi kawan.. he he he


Produk Ansal Ternak yang pelbagai.


Inilah santapan saya hari tu..ki ki ki...



...

Wednesday, August 5, 2015

Abang Indra Homemade Lamb BBQ - LIVE dari dapur beliau.

Baru-baru ni berkesempatan merasa lagi secara LIVE homemade lamb BBQ disediakan, maklumlah bukan selalu dapat makan kambing panggang pagi-pagi, biasa dijual diwaktu petang atau malam. Kali ini abang Indra buka jemputan pada semua geng Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia Melaka maka macam biasalah, berduyun yang turun..al takat 5 orang aje..ki ki ki..


Sesi memilih daging kambing yang telah dipanggang..



Barisan lamb yang menanti untuk dibaham..ki ki ki



Hidangan den, tak banyak...dua keping aje..itu yg depan mata, yg belakang mata...jgn kira...



Tok Muda Shah, Penghulu RF Melaka, masih bujang trang tang tang..



Abang Indra siap layan kami dalam kesibukan dia memanggang utk bisness frozen dia....mesra dan peramah.



Bayangkan tinggal ni aje dari dua freezer yang ada walhal baru tiga hari direstock oleh beliau. Laris permintaan Abg Indra Homemade Lamb BBQ ni. 


Abang Indra kadang-kadang open juga pada orang luar kalau nak tengok cara dia memanggang selain boleh order dan makan panas-panas disitu, ikut nasib-nasib juga. Kalau nak lebih selamat, ikuti di facebook beliau, insyallah beres semuanya, tak perlu tertanya-tanya. Saya dah cuba beberapa kali frozen ni, daging yang lembut, perapan yang special dan layanan yang mesra rakyat....saya mesti piliyyyy lagi...ahakss


...