Tuesday, August 18, 2015

Kuih Udang Alor Gajah

Kalau datang ke Melaka, kalau tak singgah ke Pekan Alor Gajah untuk minum petang dan pekena rojak alor gajah atau pun dipanggil juga kuih udang alor gajah, memang tak sah. Sebenarnya kuih udang ni asalnya dari kuih cucur udang, dicampur dengan pelbagai menu lain seperti tahu, fish cat, sosej, ayam goreng, nugget, telur rebus dan timun. Ni campuran asal masa mula-mula kuih udang ni diperkenalkan tapi sekarang menu ni dah berkurangan selaras dengan kenaikan harga barang-barang semasa. Namun yang menjadi daya penarik utamanya adalah sos cicah nya. Kuih2 ni kita boleh beli diluar atau masak sendiri tapi sosnya...memang tak boleh tiru. Asli dan power.


Minum petang kami, kuih buat sendiri cuma sos, kami import.



Sos yang diimport, he he he... ada dijual berdekatan kedai kuih udang tersebut. Bekas besar pun ada, bukan boleh buat cicah rojak alor gajah ni juga, cicah macam-macam kuih bergoreng pun sedap terutama kuih popiah dan keropok lekor.


Ini kedai tersebut di Pasar Menggong, Alor Gajah, dekat dengan Taxi Stand, kalau tak jumpa, tanya orang, insyallah akan ditunjukkannya kesini. Orang Melaka baik-baik lerrrr... Ha ha ha.



Selamat menjamu selera.



...

1 comment:

  1. memang sedap pun, saya mula-mula masuk keje kat area Alor Gajah, memang kerap g makan situ.

    ReplyDelete