Tuesday, June 9, 2015

Briani JDT, Taman Seri Duyong - Ada Berani?

Baru-baru ni, saya berkenalan dengan Abang Ramli, beliau merupakan orang kuat belakang tadbir dalam pelbagai bidang kat Malaysia ni, antaranya dalam bidang pemasaran perniagaan, alat muzik pentas dan macam-macam lah lagi. Lama juga kami berbual dan satu topik yang saya tertarik adalah tentang makanan, beliau mencadangkan saya mencuba briani JDT di Taman Seri Duyong, saya tanya apa nama kedai, dia bagikan lokasi, maka saya meneruskan pencarian saya sendiri...



Inilah kedai yang Abang Ramli tu maksudkan, ianya terletak betul-betul bersebelahan BSN Duyong. Kedai ni beroperasi setiap hari kecuali hari Rabu, cuti rehat dan kalau hari sabtu dan ahad, kalau ada tempahan katering, rasanya kedai ni terpaksa ditutup.



Yang jaga kedai ni saya tengok seorang anak muda, nama dia Adi, berusia dalam 20an, dan beliau sebenarnya menyewa stall kat kedai ni, portion stall dia tak besar tapi bolehlah menampung tempahan makanan seingga 80 orang. Dikhabarkan mula meniaga sejak 3 tahun lepas, waktu perniagaan bermula seawal jam 10.30 pagi dan akan tutup semula paling lewat pukul 3 petang, itu paling lewat katanya, paling awal pernah dia tutup pukul 12 tengahari. Laris ni....



Saya suka dengar cakap orang, kalau dia kata best, tentulah best makan saya pun belilah dua bungkus, satu briani kambing dan satu lagi briani ayam, errrr saya makan satu aje, satu lagi untuk orang rumah...he he he..



Ini kambing, potongan dia agak besar dan tebal juga, rasanya dia memang terangkat, pakal daging dia lembut, kalau tulang dia lembut, mahu dengan tulang tulang saya telan....






Portion nasi untuk seorang makan. 



Ini set yang saya beli, ayam tu untuk wife yea, ada papodom sekali, kalau katering katanya guna keropok yang kecik, kalau makan kat kedai, dia sediakan papodom.  Saya dah try, memang boleh repeat lagi ni...


Adi ni saya dengar anak muda yang berwawasan, pagi masak lauk, tengahari meniaga nasi briani , petang buat part time kontraktor dan malam kerja meniaga bundle. Beliau lebih suka bekerja dan cari duit dari buat tak tentu hala, saya dengar pun seronok, ternyata beliau tak suka membazirkan masa. Katering yang dijalankan kadang-kadang sampai luar dari negeri Melaka. Dan sempena ramadhan yang akan datang ni, beliau akan mula meniaga disini juga mulai jam 3.30 petang setiap hari. Semuga bisness beliau success, dipermudahkan sentiasa dan insyallah, saya pasti akan kembali lagi kesini. 


...

Thursday, June 4, 2015

Pulut Mangga Jalan Maktab Perguruan, Melaka

Semalam ada TT dengan dua orang  rakan op Melaka kat restoran tomyam. Buat pertama kalinya aku tengok menu pulut mangga. Selalu tengok dalam tv dan kali ni, real punya.



Pulut mangga yang diorder. Rasa memang best, bagi aku, makan pulut dengan santan aje dah ok tapi kalau suap sekali dengan mangga yang manis, memang terasa macam kat Thailand aje...ha ha ha...



Order juga western, nak try rasa, kentang goreng dia...bolehlah...



Lamb chop dia...rasanya kena order kat kedai lain kot, tak menangkap..he he he.. Terlalu masak sangat, kepingan banyak cuma bila over cook...dia jadi keras sikit, patut biarkan lamb tu embal2 basah, baru sedap potong, cicah...suap...ahakss

Restoran Andalas ni terletak ditepi jalan sahaja, kalau dari Bukit Baru nak ke Maktab Perguruan Durian Daun, sekarang panggil IPG macam tu lah, kedai dia sebelah kanan, sebelum IPG. Buka hanya dari petang sampai tengah malam. Table banyak cuma kawasan parking agak sempit sikit tapi takper, boleh parking tepi jalan aje. 

Menu pulut durian ni memang best, first time makan aje dah terpikat, rasanya nak datang lagi bawa wife pekena kat sini, kena tunggu gaji dia lah..ha ha ha.. 


...

Wednesday, June 3, 2015

Cendol Taman Bukit Beruang Utama

Semalam hantar anak belajar tuisen di Taman Bukit Beruang Indah, nak ke taman ni kena masuk melalui Taman Bukit Beruang Utama atau u-turn kat trafik light berhadapan Restoran Nasib Arab Dima. Saya masuk melalui Taman Bukit Beruang Utama ni terus, malas nak u-turn dan masa masuk taman ni saya terserempak dengan stall cendol. Ianya terletak depan rumah, harga dia pun murah, rasanya...belum cuba.


Stall yang dimaksudkan..



Masuk kat simpang ni, jalan terus kedalam dan perhatikan sebelah kiri.



Bungkus aje, itupun satu, tujuan dia nak try dulu..



Memang sedap cendolnya, manis santan dan lembutnya cendol nya menyakinkan saya yang ini cendol setaraf dengan cendol jam besar. Lemak manisnya memenuhi aura tekak kita. lelangit rasa kembang dan sedutan strawnya buat kira rasa alpa.....kalah cendol bakar juga ni...ahakss


Kenapa stall ni hanya dibuat didepan rumah, bukan diletakkan ditepi jalan. Mungkin pemiliknya ada rashia yang tersendiri. Hanya beliau yang tahu...


...

Ikan Bakar Warisan Rasa Kuala

Baru-baru ni pergi meeting kat KL, ada kawan bawa ke AU3 untuk makan tengahari. Nama kedai dia Warisan Rasa Kuale, kedai no 5 Jalan Keramat AU2. Memang tengok rasa berselera amat-amat, lauk banyak, sayur ulam-ulaman pun banyak, yang best ada ikan bakar waktu tengahari dan ada kambing bakar juga. Kuah cicah bagi dua jenis, jenis kicap dan air asam. Apa lagi, berpeluhlah time makan..ha ha ha..



Saya ambik daging sup, daging dia lembut, tarik dengan gigi terlerai dengan mudah...
'


Ni menu yang kawan saya ambik, ada kambing bakar tu...perghhh....menangkap...



Selesai...kah kah kah...


Ada pencuci mulut set stail hotel....memang mercik.

Ini kali pertama saya datang ke sini, rupanya kedai ni dah lama beroperasi, macam kedai medan selera jugalah, ada 4 pintu macam tu, Pilihan menu memang pelbagai, orang pun ramai yang hadir, bos sangat simple, sambil jaga kaunter, siap tolong kemas meja. Pekerja pun ramah juga, terasa seronok datang makan kat sini. Boleh datang lagi ni..


...

Ikan Bakar Parameswara

Lama menetap di Melaka dan lama juga jadi orang Melaka, saya kurang makan ikan bakar kat Melaka ni pasal boleh buat sendiri. Wife dah diajar cara-cara buat kuah kicap yang paling best... Baru-baru ni kami ke Ikan Bakar Parameswara yang terletak di Umbai. Kedai ni rasanya antara yang top di Melaka. Dia menyediakan pelbagai menu dari ikan bakar, tomyam, western hinggalah ke ala carte yang pelbagai. Sistem dia agak teratur, saya tertarik melihat jumlah pekerja yang dia da, kalau dihitung betul-betul, rasanya ada dekat 50 oang semuanya. Tak percaya?... Boleh datang kesini dan menghitungnya sendiri..ahakss.



Menu yang kami order...



Dah selesai....



Lihatlah betapa besarnya kedai dia, ada section A sampai section F. Memang luas kedai ni, rasanya boleh muat dekat 300 orang dalam satu masa. Service pun cepat dan sistematik.



Menu sihat saya, ikan pari bakar cuma rasanya ikan pari ni lebih sedap dimasak asam pedas kot.



Menu istimewa disini, sotong celup tepung, rasanya memang best, kena lak dengan tiga jenis cicah. Memang terangkat.


Harga kami malam tu, 4 dewasa 1 kanak-kanak dalam RM120. Rasanya berbaloi dengan apa yang kami order. Macam biasa, selera kita berbeza dan poket kita juga berbeza, datang dan cubalah sendiri.


...