Tuesday, April 28, 2015

Asam Pedas Telur Ikan - Batu Berendam

Sekarang dah masuk zaman GST, perlu keluar duit untuk GST 6 % lagi bagi setiap belian maka sekarang juga zaman kami sekeluarga berjimat cermat. Dari makan kat luar dengan menu makanan dan air yang pelbagai warna dan rasa, saya hanya beli bungkus aje, makan kat rumah dan air bancuh sendiri...ki ki ki..


Semalam ada kawan kat groups Whatsapp post gambar dinner dia sekeluarga, makan roti canai dan asam pedas telur ikan, apa lagi, jiwa rasa terliurlah, tengok jam baru pukul 9 malam, tanpa ragu-ragu dan was-was, start enjin kereta, pergi carilah menu ni...Saya beli kat medan selera Pasar Borong Batu berendam, kedai no 3 & no 4, beli bungkus aje, macama saya tulis kat atas tadi...GST punya hal...ki ki ki..



Roti canai dan asam pedas.......



Asam pedas daging tetel, sori gambar kabur...



Asam pedas telur ikan, perhatikan kepekatan kuah antara dua asam pedas ni....berbeza kan???

Soal rasa, ikut selera masing-masing, bagi saya, ianya boleh dikunjungi lagi, roti canai dia tebal, asam pedas pun berasa, macam kawan-kawan saya selalu cakap, kena makan kat kedai lagi sedap dari makan bungkus ni tapi kalau family dah satu bas, mahu bungkus poket ayah dia...ha ha ha...



...

A&W - Kenangan Zaman Persekolahan

Sapa tak tahu atau tak kenal Restoran segera A&W bermakna dia belum lahir lagi lah...ki ki ki. Banyak nostalgia saya dengan makanan ataupun restoran A&W ni, dulu selalu pergi ke A&W dekat PJ, dekat bangunan AMCorpMall dan juga dekat Taman Tasik Seremban. Dulu siap berkasut roda lagi ambik dan hantar pesanan oleh pelayan A&W bila pengunjung datang makan kat Seremban ni.

Ramahnya diaorang ni lain macam, dari mula masuk, habis semua pekerja ucap selamat datang, senyum tok sah kira, tak pernah lekang dari bibir yang mulus diaorang ni, sampailah nak balik, semua pakat bersuara ucap sila datang lagi.. ki ki ki..

Dulu masa zaman persekolahan kat Kem Sg Besi tahun 1986, saya satu bilik dengan Tengku Majid, anak agong ketika itu, puas kami makan A&W ni time buka puasa pasal Istana Negara akan hantar makanan yang banyak ketika bulan Ramadhan pada Tengku Majid ni, jadi yang sebilik dengannya tumpang tempias jugalah. Dalam seminggu, A&W mesti ada dalam menu, air root beer botol besar dan coney dog dekat 20 bungkus padahal kami berlima aje dalam bilik tu maka....sampai sahurlah makan coney dog ni. 

Masa tu mewah, kami turut merasai kekebalan diraja ketika itu cuma untuk setahun ajelah, lepas tu apa lagi, masaklah kami dikerjakan semula oleh jurulatih selepas tahun diRaja kami tamat tempoh..ki ki ki.. Inilah nostalgia saya dengan A&W...masih teringat-ingat sehingga kini.




Coney dog.....masih dengan kuah yang sama, tak berbeza rasanya.



A&W Float, memang pujaan hatiku satu ketika dulu...



...

Restoran Gelas Besar Uncle Noor - Cheng

Saya tak nak promote atau cerita soal menu lebh-lebih sebab soal rasa ni, masing-masing berbeza selera. Entry kali ni menceritakan tentang specialnya kedai Uncle Noor ni. Terletak sederet dengan Maybank Cheng cuma ianya agak kedepan sikit, berdekatan kedai aksesori kereta. Dah beroperasi hampir setahun, kedai ni diambilalih dari pengurusan lain dan telah menjalani proses pengubahsuaian mengikt selera Uncle Noor.

Keistimewaan dia adalah menjual air dalam gelas besar, gelas kecik takde jadi jangan sedih kalau gelas kita bukan gelas standard macam kat rumah...ha ha ha. Baru puas minum gelas besar ni, puas gilalah senang cerita. Saya diperkenalkan kedai ni semasa mengadakan sesi TT dengan rakan-rakan dari Kelab Ria Family Melaka. Ada kawan kata best maka saya pun trylah. Inilah hasilnya...



Air tembikai adalah air kegemaran saya. Besar tak gelas dia???



Ikhwan dengan air laicinya, gelas dah macam jug air aje, jangan risau, habisnya air tu, percayalah....


Kalau nak kenyang minum air, bolehlah singgah ke kedai ni, soal menu masakan, bagi saya ok aje, saya hanya tumpu pada minuman, makanan...insyallah lain kali saya datang try lagi...ahakss


...

ABC Big Bowl Ice - Batu Berendam



First time try ni...



Yang ni diaorang panggil snow ice...air batu yang dikisar agak halus dari biasa...



Yang ni Ice Shave atau kita panggil air batu campur sebab air batu dia dikisar mcmorder ABC..ki ki ki



Wafi pun nak makan juga tapi kami bagi makan buah  tembikai aje, air batu tak boleh, keras sangat.



Ada juga ngonyel-ngonyel menu panas selain air batu kisar aje..


Pertama kali try minum kat Big Bowl Ice ni sebab anak-anak duk ajak selalu, saya malas nak pergi sebab suka makan ABC aje, kalau dah macam-macam ni, saya agak khuatir juga. Kami pergi ke kedainya yang terletak berdekatan Pasar Borong Batu Berendam, Big Bowl Ice ni rasanya dah mula mendapat tempat di hati rakyat Negeri Melaka ni sebab banyak dah kedai ni dibuka, kalau tak silap saya, dah empat kedai ni dibuka disekitar Melaka.

Rupa-rupanya dia ada pelbagai menu untuk dipilih, air batu yang dikisar lak ada dua tiga jenis, jenis snow lah, jenis abc lah, jenis puddinglah kira macam-macam pilihan lah buat pengunjung. Kalau datang tu pastikan ambik kertas order, pensel dan menu kat kaunter, bawa ke meja dan diskus anak-beranak apa yang hendak diorder. Dah tulis dalam kertas order, bawa ke kaunter dan bayar. Kemudian duduk sehingga tempahan kita dihantar oleh pelayan. Senangkan...

Kami pergi malam, time tak hujan, kalau pergi diwaktu tengahari tentu lagi seronok, maklumlah minum air batu sejuk dikala matahari memancarkan cahayanya. Bagi saya, rasanya sedap, banyak pilihan dan juga saiz mangkuk, jangan terperanjat kedai ni juga menyediakan tempahan sebesar mangkuk nasi tambah, cuma kita larat habiskan atau tidak aje. Terletak sederet dengan Domino Pizza di Batu Berendam, kalau dari Cheng, persimpangan Domino Pizza ni terletak selepas simpang masuk Pasar Borong Batu Berendam. Sekarang dah senang, cari kat google, insyallah jumpa. Selamat mencuba.


...

Friday, April 3, 2015

Murtabak Cheese Kg Sg Putat

Pagi ni terpaksa keluar awal, hantar Fatin ke sekolah dulu pastu ke JPN untuk ambil kad pengenalan Aiman yang dah siap. Lepas tu ke MITC pulak, Ikhwan ada pertandingan Choral Speaking dan kebetulan wife bertugas jaga murid-murid sekolah beliau yang bertanding dalam formasi kompang di tempat yang sama cuma Choral speaking dibuat didalam dewan dan formasi kompang diluar dewan MITC, mesti berpeluhnya...

Dari JPN Malim, saya lalu Batu berendam, cross Sg Putat baru ke Ayer Keroh, semasa memandu ternampak banner di bawah betul-betul depan flat Taman Kg Putat Utama. Murtabak cheese ni popular di Majidee, Johor, katanya sampai orang sanggup beratur panjang membelinya. Saya tak pernah rasa, pernah kirim kat kawan-kawan yang ke JB balik hari tapi sampai ke sudah..tetap tak merasa. Tekad dalam hati, balik MITC kang saya lalu sini dan singgah beli.

Dijadikan cerita, tengahari tak lalu situ sebab kena urusankan Aiman yang masuk sekolah petang tapi kalau dah rezeki, tak larinya. Fatin call minta tolong hantar ke Ayer Keroh, beliau nak siapkan kerja berpasukan beliau sebab hari Sabtu ni dah nak kena submit maka selepas hantar Fatin,saya pun singgah kedai ni.



Ini banner kedai yang menjual murtabak cheese ni, jeling-jeling sikit waktu operasinya...



Saya order yang saiz sederhana berharga RM10. Ianya boleh dimakan oleh dua orang, tapi saya sorang pun dah settle ni..he he he..



Makan...memang sedap, kopek isi dalam dia time panas-panas ni... tu dia dah nampak cheese.....



Kasi close uplagi...perghhhhhh.. memang mercik, saya rasa memang sedap tapi saya perlu second opinion maka saya bungkus satu murtabak daging cheese untuk dibawa pulang, nak suruh wife try...



Kata orang, murtabak ni elok dimakan ketika dibeli secara tapau atau bungkus bawa balik pastu simpan sampai esok dalam fridge, panaskan semula time breakfast dan makan...memang mariiiiiiii....



Nampak tak cebisan cheesenya?.....sedap wehhhhhh... 


Saya tak pernah rasa murtabak cheese JB tapi kalau disini rasanya sama maka tak perlulah saya ke JB untuk mencarinya sebab disini kita dah jumpa saingannya. Bagi saya, 5 bintang, sedap, lazat dan menyelerakan tapi ianya buatkan kita cepat kenyang dan cepat muak. Sekeping yang bersaiz sederhana dah buat saya kenyang, inikan kalau yang bersaiz besar.

Terletak di Kg Sungai Putat dan kedai ini hanya ditepi jalan sahaja, memudahkan pengunjung untuk melihatnya dari kenderaan. Ada kawasan letak kereta didepan kedai ini, sekeliling ada kawasan hutan sikit maka tak rasa panaslah sangat bila melepak santai kat kedai ni. Makanlah seperlahan yang boleh kerana anda akan merasa keju ini mengalir masuk ke kerongkong perlahan-lahan...lahan...lahan....mmmmm..

...

Wednesday, April 1, 2015

Lamb Chop Sri Pandan

Di Melaka ni susah sikit nak cari masakan western yang menepati tekak dan selera saya, terutama lamb chop dan kuah black peppernya, dulu pernah try kat Kg Lapan, sampai hari ni dah tak nak pergi lagi. Kali ni masa pergi pasar malam Taman Bertam Jaya, ternampak sorang abang sado meniaga lamb chop, apa lagi, mesti trynya...



Ni banner stall kat pasar malam Bertam Jaya, nama abang sado tu, abang Bob atau Zaki.



Oleh sebab aku kata aku nak try makan kat situ, abang ni kasi duduk belah dalam stall dia, aku curi snap gambar ni....nampak menyelerakan...



Lamb chop ni dijual dalam dua saiz, yang kecik dalam RM5 dan yang besar sedikit dalam RM8.  Ada fries sekali disertakan. Yang bagusnya dia dipacking dalam bekas plastik mesra microwave, kalau balik kang dah sejuk kena aircond kereta, masuk microwave, tekan 1 min, keluar microwave...berasap satu rumah....



Yang ni order aku, yang lain taknak, nak lamb chop semata...fuh...memang sedap, rasa macam tak cukup lak. Budget punya pasal, alhamdulilah lah....


Jarang kita nampak orang jual lamb chop kat pasar malam di Melaka ni, kalau kat kl tu, dah biasa sangat. Kira abang sado ni nak memulakan trend lamb chop pasar malam kot. Beliau meniaga hanya dua kali seminggu, hari selasa dia di Taman Bertam Jaya dan hari rabu di Kg Tun Razak, Bukit Katil. Bila ditanya kenapa tak jual tiap-tiap malam, dia jawab, yang ni part time dia aje, biasa dia kerja belayar kapal...

Perapan dia memang sedap, rasa macam nak tambah lagi tapi nak jadi perasa makanan, tak bolehlah makan banyak2, nanti tak kurus..kui kui kui... Stall dia bersebelahan stall menjual kebab dan tahu bakar, kalau kita sampai kat tapak pasar malam taman ni, kita belok ke kiri dan cari kedai paling hujung sekali. Kalau tak jumpa, cuba tanya-tanyakan orang, kalau tak jumpa juga, dia tak meniaga lah tu... ki ki ki..


...

Sarapan Pagi Pulut Kuning - Restoran Matt

Pertama kali singgah ke kedai ini bila dipelawa oleh seorang rakan..Masa tu malu-malu, hanya order air limau suam sahaja. Kali ni bila lalu lagi kawasan tu, saya ajak wife singgah dan bersarapan disana.



Nama kedai Restoran Matt, terletak betul-betul depan Pasaraya Giant Taman Permata.



Menu kedai ni simple aje tapi rasanya memang best, awal pagi dah ada jual pulut kuning dan  pelbagi menu lain.



Menu saya.

Semasa saya makan, ramai yang saya lihat membungkus kuah kacang dan lontong, seperti yang dilihat pada gambar mula-mula tu, ianya dah disiapkan dalam bungkusan banyak-banyak, pelanggan tak perlu menunggu lama. Bilangan kerusi pun agak terhad sebab keluasan kedai ni tapi sebagaimana cepatnya kedai ni dipenuhi, secepat itu juga ianya kosong, ramai pelanggan yang memahami keadaan ini, sebab tu mereka tak duduk minum lama-lama.

Soal rasa, saya sangat-sangat suka, wife dan anak-anak ambil menu yang berbeza dan semua komen sedap. Layanan pun pantas, tempahan air cepat sampai, nak bayar pun lagilah laju, masa duduk dah ada orang kira dari belakang, pergi kaunter, tunjuk meja, dah dapat harga, takyah nak cakap-cakap tadi makan apa.

Kedai ni terletak di kawasan perniagaan Taman Permata, bersebelahan Taman Melawati, Kuala Lumpur, betul-betul menghadap pintu masuk utama Pasaraya Giant, parking boleh pilih parking didepan kedai ataupun dikawasan Giant. Saya dah cuba, memang best dan sedap. Harga berpatutan, cubalah lah kalau tuan-tuan kesana...


...

Cendol Cheng


Hari tu lepas hantar anak ke latihan bola tampar, tekak rasa haus pulak, cakap dengan wife nak pekena cendol, dia cakap ok aje maka ke sinilah saya tuju. Gambar kedai takde, saja tak nak ambik, nak cari tak susah, kalau pergi kat Cheng, ada empat bank yang terletak berdekatan, ada bank simpanan nasional, maybank, alliance bank dan juga CIMB, kedai ni terletak berdepanan dengan CIMB, seberang jalan aje, tak jauh mana pun.




Kuih udang, nampak macam kuih udang Alor Gajah tapi bukan, rasa sosnya seakan-akan tapi kuih udangnya agak berbeza sedikit, agak keras.



Wife order laksa, dekorasi dia failed bagi saya tapi wife kata rasanya ok, maka saya bagi dua bintang...kui kui kui...



Cendol, cendolnya memang best, santan dan gula melakanya memang blend bersama-sama, saya menghirup hingga ketitisan yang terakhir. Cendol ni dia campur cincau dan kacang merah, masalahnya kacang merah dan cincau ni keras sedikit maka ianya menganggu kesyahduan untuk menghirupnya. Air batunya dikisar, tak macam cendol leman dawi Senawang, terasa puas dan sedap minumnya.....

Gerai ni macam dikira seperti medan seleralah, terletak bertentangan CIMB Cheng, ada sederet kedai-kedai kat sini dan kedai ni yang paling awal. Ada pakcik dan makcik menjaganya, bagi saya ianya bolehlah dijadikan tempat untuk menghilangkan dahaga dipetang hari. Cendol dia memang best, sama par dengan cendol jam besar cuma kalau tak dicampurkan cincau dan kacang merah keras, bagi saya dah lima bintang rasanya...ahakss


...

Ikan Bakar Fort Supai - Kuala Linggi

Seorang sahabat ajak keluar makan, dia lepak di Lexus, PD dan aku di Melaka, nak ke PD, jenuh juga memandu, aku cadang jumpa tengah-tengah, dalam kepala kat Kuala Sg Linggi lah mana lagi. Kata orang kedai ikan bakar kat situ best. Aku suggest kat dia dan dia kata ok, maka kami bertemu disitulah nampaknya.


Nama kedai, lokasinya berdekatan RTC Kuala Linggi.



Pilihan ikan dan kupang...



Kedai ni ada dua bahagian, bahagian dalam dan bahagia luar, bahagian dalam semestinya berbumbung, ada tandas dan surau. Bahagian luar..agak luas.



Antara hidangan-hidangan kami.



Ikan bakar kosong, sebab ramai budak-budak maka kami tak order yang bercili.



Lala bercili...


Kedudukan kedai ni agak kedalam sedikit, ialah dah nama terapung, mesti jauh sikit dari pantai. Papan tanda kedai ni agak tidak mencukupi, kalau pengunjung nak datang, ikut papantanda Fort Supai atau kota lama Linggi. Terletak berdekatan RTC Linggi, kalau dari Port Dickson, boleh ikut dari Pasir Panjang ke Tg Mas dan keluar sebelum RTC Linggi ni, boleh juga ikut papantanda RTC ni. Tempat letak kereta agak besar tapi macam tersorok sedikit. Lepas parking kereta, kena jalan kaki melalui jeti batu dalam jarak 400 meter.

Masa kami tiba, air laut tengah pasang, jadi kira kami seolah-olah berjalan atas airlah, time balik, ianya dah surut, nampaklah kelandaian tepi laut ni. Boleh nampak bot besar berlabuh berdekatan, leka juga menengoknya. Lampu-lampu yang terpasang diatas bot tu macam lampu krismas aje...he he he.

Soal rasa, bagi saya ianya best, service pun laju, layanan pun mesra cuma masa kami kesana, ramai pemuda-pemuda kampung datang berkunjung kekedai tersebut, masalahnya mereka naik motor sampai ke hujung jeti, bila kami balik, ramai yang balik serentak, risau bila jalan pimpin anak-anak, takut terlanggar dek motor mereka. Kalau mereka boleh parking sama tempat macm kami parking kereta sekali kan bagus...



Sahabat saya, orang Melaka juga, Op Faroq Iskandar.



...