Sunday, March 8, 2015

Nasi Gunting Lagi, Pasar Melaka

Minggu lepas dapat tugas bawa abah ke Hospital Melaka, lepas tu tinggalkan beliau kat sana. Bila dah siap pemeriksaan doktor, beliau akan call suruh jemput. Semasa beliau call suruh jemput, beliau suruh tinggalkan Wafi, jangan bawa katanya, nak singgah pasar Melaka, nak pekena nasi gunting. Macam biasalah, den kena ikut arahan bos, maka Wafi ditinggalkan dibawah jagaan mak sekejap. Tanya mak nak kirim apa? mak cakap, bungkus apa yang korang makan...he he he.. 



Ini ler kedai dia, tingkat atas pasar besar Melaka, bukan pasar borong yea.



Ini sarapan saya, ada nasi, daging, perut yg digunting dan diletak kuah semacam kuah rempah, telur masin, timun, sambal belacan dan cili hijau. Air pulak air mata kuching.


Soal rasa, bagi saya.... biasa, soal unik, dah tentu lauknya digunting-gunting, soal sedap....subjektif, tapi orang tua2 suka makan kat kedai ni, ni rasanya dah turun ke generasi ketiga yang mengendalikan kedai ni. Kalau nak cuba, boleh cuba, datang ke pasar Melaka, naik ke tingkat dua, ada lift, ada tangga dan juga ada escalator. Boleh pilih. Jangan salah kedai sudah...he he he..


...

No comments:

Post a Comment