Monday, March 30, 2015

Cakoi Cheese - Bukit Rambai

Petang tadi hantar anak ke sekolah, Aiman dan Ikhwan ada latihan hoki, wife pesan minta tolong bungkuskan cakoi cheese, saya tanya semula, kat mana nak beli cakoi cheese ni, dia kata kat kedai yang sama jual goreng pisang cheese kat Sek Keb Taman Bukit Rambai tu... Dalam hati berkata dengan seribu kemusykilan...cakoi cheese?



Mula-mula macam tak percaya tapi bila pergi dekat stall tu..ni banner dia..



Yang ni banner belah depan, list ni panjang, saya ambik untuk cakoi cheese aje...he he he




Cakoi dan kuih-kuih lain yang sudah dimasak, diletakkan dalam bekas plastik besar, kira macam display unit atau cabinet, nampak kemas dan bersih.



Cakoi ni dipotong tiga dengan besar dalam 2 inci, ditabur susu, serbuk ajaib dan disangat dengan cheese, rasanya dari jenis mozarella kot. Harga sebungkus adalah RM3.00




Bagi pembaca puashati, saya beli sekali goreng pisang cheese untuk dibuat perbandingan isinya. Goreng pisang cheese ni berharga RM4 sebungkus. Ada dua lapis, kira-kira ada 8 keping goreng pisang didalamnya. Seperti biasa ianya sedap dimakan panas-panas. 


Saya suka beli goreng pisang cheese kat stall ni, ianya bersih, teratur dan sedap, dalam banyak-banyak tempat yang saya beli goreng pisang cheese, di sek keb tmn bukit rambai ni lah yg paling kemas dan menarik. Yang lain, kebanyakkannya...kalau askar kata, kuih tak reti baris...ki ki ki..berterabur..

Cakoi cheese ni sesuatu yang baru, bagi saya ianya sedap juga, rasanya blend juga dengan adunan cakoi ni sepertimana goreng pisang cheese. Kalau masa beli panas, bila dah balik ianya jadi sejuk sebab tersimpan dalam kereta aircond dan jarak perjalanan ke rumah pulak mengambil masa, saya rekomenkan masuk semula dalam microwave, letak 1 min dah memadai, kemudian rasalah sendiri...mesti mulut kumat kamit meniupnya...ha ha ha... Selamat mencuba.


...

Monday, March 23, 2015

Ilham Resort Port Dickson - mesra family day.


Cuti sekolah baru-baru ni, kami buat family day, semua adik beradik berkumpul di Ilham Resort ni. Makan, mandi manda dan bergumbira. Review hotel saya akan bagi last, marilah kita saksikan koleksi ragam my big family....ahakss



Wife dan anak-anak happy nak pi....termasuk Wafi. Gerak dari Melaka pukul 11 pagi dan sampai PD pukul 12.45..



Pit stop - pekena air kelapa muda dulu sebelum check in.




Cha cha pun ada sekali..geram kat pipi gebu dia.




Dah sampai Ilham Resort, belum boleh check in sebab kami terawal 1 jam...he he he. Lagipun tengah tunggu adik beradik yang lain berkumpul. Warna tema kami - hitam.




Acik dari KL dah sampai, selalu dia lewat, kali ni dia awal sikit aje...ha ha ha...




Fun time bakal bermula...




Cak!!!




Dah check in, apa lagi, swimming time. 




Yang tak swimming, lepak kat bilik aje, kami bawa banyak makanan, yang bagusnya apartment kat sini mesra family, ramai mana pun yang hadir, ianya mencukupi, ruang tamunya luas baik yg dua bilik mahupun yang tiga bilik.




Angah tengah serve makanan,dia juga memerangkap chef de mission...in charge jaga dapur...




Tetamu undangan kami...




Dah pukul 7 maka semua kena naik lah. Lepas ni ada doa selamat sikit dan potong kek.




Amin....




Aiman bawa zikir dan Ikhwan baca doa, dah besar anak-anak ayah.




Birthday girl n boy bagi bulan Jan hingga Mac diraikan sekali jalan, jimat kek..




Kameraman tak berlesen ni...




Tq acik tolong serve, punyalah siap bagai, swimming pool pun tak  jejak....puiiiii...




Mangsa perang ki ki ki...




Anak buah bujang2 ni, semua tidur kat hall, memang selesa dan besar hall dia.




My breakfast sebelum check out. Makanan 3 bintang for me, penginapan, 5 bintang. 




Lepas check out, adik ajak ke Extreme Park yang ada kat area nak ke Pasir Panjang, layan anak buah, apa lagi...kita enjoy...




Ada memanah, ada paintball dan ada go kart juga, siapkan duit lah..




Perlumbaan antara anak buah bakal berlangsung...




Fatin bawa Nabila, harap jangan Nabila tercampak  sudah...itupun kalau laju...




Taklimat marshall trek....dan.....Bakal bermula...




Alhamdulilah... dah selesai. Hanya ada satu kemalangan kecil aje melibatkan Aiman, beliau gagal menamatkan perlumbaan. Siapa menang???




Inilah juaranya....mak sedara dan bukan anak buah...ha ha ha...



Berbalik pada soal penginapan semasa family day kami... Bilik dan hall memang luas, kami pun berbudget bila travel ramai2 ni, biasa yang dibuat, kami akan masak siap2 dirumah dan prepare lauk untuk lunch dan sedikit untuk makan malam. Itu kalau ke Port Dickson, kalau ke hotel lain terutama Cameron Highland, Gambang atau Perak, tak masaknya, makan dikedai atau hotel. Dah 4 kali saya kesini dengan keluarga saya, termasuklah dengan adik beradik sendiri mahupun dengan ipar duai. Tempat best, kolam renang yang besar dan mesra pengunjung. Ada setengah tempat tu, kalau nak mandi kena pakai bikinilah, baju mesti putihlah, tak boleh pakai tudung tapi anak tudung aje...rasanya itu bukan mesra pengunjung, disini semuanya boleh.

Makanan boleh bawa dan makan didalam bilik, jadi tak perlu spending banyak kat cafe hotel, penginapan pun boleh isi ramai ahli keluarga tapi takdelah sampai bersesak-sesak. Kita planlah sendiri. Bangunan mungkin dah agak uzur sedikit pasal dah lama tapi ianya tak mencacatkan percutian kami sekeluarga. Pantai dekat, padang luas dan banyak, boleh buat dua atau tiga group family day sekali jalan, memang menarik.

Kami dah menginap dan mencubanya, anda bagaimana pula???...


...

Benum Hill SPA Resort - Camping alaf baru...

Baru-baru ni saya dan family menyertai satu percutian yang dianjurkan oleh seorang sahabat RMC, percutian ni bagi mencuba sendiri satu resort baru yang menampilkan percutian adventure ala-ala kem bina semangat, ala-ala kem PLKN yang anak-anak Malaysia sering jalani sekarang selain menikmati satu lagi konsep percutian yang lain dari yang lain, yang mula diperkenalkan. Saya hadir bersama 8 family RMC Batch 83-87. Kisahnya bermula begini...



Ini resit tol gombak. Bukan nak claim balik tapi nak tunjukkan, arahan berkumpul kul 10 pagi, kul 9.48 saya dah sampai...ahakss



Arahan berkumpul di tol gombak tapi kami lajak ke ke BHP, senang nak parking dan senang nak jumpa kawan2 yang pakai motor besar macam pokdin...ho ho ho. Dari kiri, Op Khairuzzamani A Coy, Op Rustardza F Coy, saya dan Op Kol Noorul Azril F Coy.



Kami dah sampai, travel time 1 jam 59 minit, gambar travel tak boleh tunjuk, bahaya bergambar ketika memandu. Ini Datuk Tay, pemilik Benum Hill SPA Resort dan juga Kem PLKN Benum Hill, Raub, Pahang.



Kami dan rombongan dibawa melawat ke kawasan penginapan Benum Hill Spa Resort ni....ada kolam renang...mesti best ni. Anak-anak dah melompat kesukaan.



Antara wife dan GF kami yang mengikuti rombongan ini.



Yang ini, Pavilion Lounge, menempatkan 10 orang, dibahagian kiri 5 orang dan bahagian kanan 5 orang, lounge ditengah-tengah, ada TV, sofa dan peti ais. Dah tentu berhawa dingin.



Yang ni pula Tent Premium....macam khemah kat Timur Tengah ni.... Jangan terperanjat sebab dalam khemah ni, deco dia benar-benar berbeza...berhawa dingin, bukan kipas angin.



Lunch time, seorang sahabat membawa sekali ibu beliau yang menggunakan kerusi roda, setakat ini, beliau tidak mengalami sebarang masalah untuk membawa ibu beliau ke mana-mana, baik dari tempat penginapan mahupun ke tempat makan. Yang sebelah kiri ni Op Mazri Ayub E coy, dia bodyguard tapi nampak macam dia makan dulu dari orang lain...he he he...



Set makan tengahari saya, nasi putih, kerabu paku pakis, ikan patin masak lemak tempoyak dan ayam potek. Tomyam pun ada. Menu boleh request kalau menginap disini tapi kena ada perbincangan dua hala, kalau sehala... bedal aje apa yang dihidangkan...



Dah kenyang makan, apa lagi...lepak time...



Bestnya dapat baring lepas makan...ki ki ki... Wafi pun hairan, ayah dia tak pernah tidur tengahari2 ni.



Jam 5 petang dalam jadual tertulis makan durian dan sekarang dah pukul 5, apa lagi, mendurian ler kita...



Wife seronok dapat makan durian, ni pesta durian tau, eat all you can, pesta ni boleh direquest bila nak menginap disini tapi kena tambah kos lah dan kena ada musim juga, kalau tak....makan hati ajelah... ki ki ki



Jeles tak tengok gambar ni???



Ni lagi satu...betul-betul holiau....ha ha ha....



Aktiviti memancing pun ada, bawalah joran sendiri. Ini sifu memancing...Op Sazeli G Coy...



Ini anak murid beliau, Aiman anak saya....he he he..

Dinner time... beratur macam kat mess putera aje....



Maher Zain look alike pun ada kali ni...



Dinner kami, ada bbq dan satay, bukan nak puji tapi hakikat nyata, makanan yang dihidangkan dari tengahari bawa ke malam, memang sedap-sedap belaka. 



Op Noorul Azril menyampaikan ucapan beliau, selepas ucapan....apa lagi, berkarok lah kami...



Suasana pagi...berkabus...memang menenangkan jiwa..



Kem PLJN Benum Hill yang terletak bersebelahan... Kalau ibubapa nak datang melawat dan bermalam,sebelah kem aje dah boleh menginap. Tak perlu pergi jauh-jauh.



Sambil morning walk keliling tasik.....



Flying fox pun ada, yang paling best, terbang melintasi tasik...memang thrill...



Seorang sahabat sedang bersiap untuk mencuba flying fox ni, Op Lazif  G Coy dari Perak.



Ini hasilnya....beliau bagi 5 bintang katanya...



Tempat ni juga sesuai untuk orang bercinta, menghayati keindahan alam bersama sidia, selain menyertai aktiviti yang disediakan, semuga cinta mereka semakin kuat bersemi harapnya...Amin.



Semalam durian, hari ni juga ada durian...memang pesta ni, nak pula makan ramai-ramai, terasa sedap hingga menjilat jari...




Wife pun khusuk mengopek gak.... Seronok katanya.




He he he...buat tatapan orang kampung, kami dah sampai, anda bila lagi.???..ahakss




Lepak santai depan Pavilion Lounge...lepas ni dah gambar pelbagai untuk menunjukkan bahawa kami seronok disini... Datanglah bersama family besar anda, Benum Hill SPA Resort mampu menggembirakan anda semua...




Jacuzzi pun ada, muat sekali 4 orang dewasa, kalau tolak saya, boleh dapat tambahan lagi dua...ha ha ha..




Family album......memang ummmph.



Macam senior ragging junior dulu-dulu.... Dulu lah, sekarang tak, eksyen aje tu....



Hero Dewi Remaja 1987...ha ha ha....puiiiiii...




Meeting larut malam...memang best dan klasik...



Wafi pun seronok main air.



Ibu Op Rustardza pun seronok melepak disini, best katanya.



Set lunch terakhir saya disini...terasa sedih lak nak meninggalkan resort ni...



Gambaran ringkas berkaitan Benum Hill SPA Resort



Ini dari kamera kami, betapa menariknya keadaan resort ini diwaktu siang dan juga diwaktu malam.



Premium Tents, memang klasik dan memukau mata memandang,deco alaf baru dengan sentuhan gabungan Timur Tengah dan pendalaman Benum. Belum lihat lagi bilik air dan tandasnya....anda pasti kagum. 




Buat pengurusan dan staff Benum Hill SPA Resort, terima kasih atas layanan lima bintang, dari penginapan, makanan dan infrastruktur, ternyata ianya sesuatu yang harus dikunjungi selalu. Kami akan pasti kembali lagi....



...