Saturday, February 28, 2015

Mee Bandung Udang Galah, Krubong

Dah lama tak menulis, rasa lesu pulak, bila ada seorang sahabat call bertanyakan khabar, tiba-tiba macam ada semangat untuk berkarya semula. Puas juga duk mencari apa entry yang hendak ditulis, sambil belek2 gambar kat Gallery hp, ternampak satu artikel dari fb berkaitan mee bandung udang galah, apa lagi, maklumkan kat wife, lepas ambik anak balik sekolah agama petang kang, kita try pekena mee bandung special, wife kata ok maka inilah hasilnya... 

Sampai ke hadapan kedai, nampak ada pelanggan tengah makan dengan khusyuknya, signboard pun jenis banner, nampaknya macam port baru, mungkin baru ambilalih dari pengurusan lama. Kerusi meja simple, bukan bertaraf cafe atau restoran jadi harganya mungkin jenis mampu milik atau mesra rakyat..he he he..



Kerusi meja jenis senang pindah..



Menu - harga yang ditawarkan bagi saya masih sederhana, kami sekeluarga try mee bandung udang galah gred B, mee bandung tulang dan anak-anak order kue tiaw goreng special sahaja.




Mee Bandung Udang Galah



Kami datang berlima, selalunya bila order menu yang berbeza, sudah semestinya hidangan akan dihantar berbeza masa tapi saya terperanjat juga bila semua menu kami sampai serentak. Setelah menikmati juadah, dan melihat secara imbas keadaan dapurnya, saya boleh rumuskan kuah mee bandung ini telah disiapkan secara bulk, sama macam dikedai asam pedas, siapkan kuah, bila ada order, baru masukkan ikan mengikut order. Dipanaskan baru dihantar kepada pelanggan. Bagi saya sepatutnya mee bandung disini juga mengikut konsep sedemikian. 

Biarlah bila hidangan dihantar, pinggan tu kelihatan berasap sedikit dan pelanggan perlu meniup sedikit bagi menyejukkannya, hidangan saya dah lah suam, rasanya tak perlu tiup, dua kali kaut dalam dua saat pun dah boleh habis. Portion mee dalam pinggan saya seolah-olah terlalu sedikit, pandangan saya , kalau harganya tinggi sedikit, biarlah isinya pun tinggi sedikit dalam pinggan. Pelanggan tak kisah membayar mahal tapi biarlah setimpal dengan bayarannya. 

Keunikkan mee bandung disini sudah semestinya ada udang galah bergred dan bertulang. Soal rasa, sama macam mee bandung yang dijual diseluruh Melaka, rasanya manis2 sedikit dan tak boleh pedas, ia akan membunuh keaslian rasa mee bandung itu sendiri. Bila diletakkan udang galah bapak besar, ianya meninggalkan pesaingnya hampir sedepa. Ada dua pilihan gred udang galah disini, ada gred A dan ada gred B, wife saya order gred B, beliau menjamahnya seorang. Komen beliau, beliau puashati dengan rasa dan besarnya udang galah ni, kenyang buat beliau seorang. Dan saya pula order mee bandung bertulang..



Mee Bandung Bertulang, kalau isi daging pada tulang tersebut empuk sedikit, mahu rasanya saya order pinggan kedua...he he he..



Ini saiz udang galah gred B, besar botol susu baby saya juga, kalau gred A, besar tarmus kot..he he he... Kami order ikut kemampuan...


Lokasi kedai ini terletak di Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana. Kalau dari Sg Udang, selepas Stadium Hang Jebat, depan sedikit ada persimpangan Parit Melana, belok ke kiri dan menghala ke Krubong, pandu dalam 4 km, taman ini terletak disebelah kiri dan kedai ini betul2 terletak ditengah-tengah deretan blok perniagaan taman ini. Bagi saya, ianya sedap dan unik, puas makan dan harga berpatutan. Saya dah cuba, anda bila lagi???


...

Friday, February 27, 2015

Hotel Bas, Klebang

Ini satu lagi keunikan tarikan pelancong untuk ke Melaka, di Klebang terdapat sebuah tempat yang diubahsuai dari bas2 lama yang beroperasi di seluruh Melaka dahulu dan kini ianya dijadikan seperti hotel. Sebuah bas diubahsuai menjadi dua buah bilik penginapan, ianya lengkap dengan katil queen size ataupun double single bed, ada tandas, meja, almari dan tv. Dah tentu ada aircond kalau tak, takde pengunjunglah ke bustel ni. Kedudukan bas2 ini diletak secara separuh bulatan dan jarak antara bas2 ini adalah 3 meter antara satu satunya. 



Papantanda siap no telefon, boleh call untuk detail. Den tak makan komisen, jangan risau.



Kedudukan bas, ada banyak lagi gambar bas ni tapi nak savekan ruang, den tapislah sikit.

Gambar dalaman memang sengaja saya tiadakan, bukan tak dapat masuk tapi nak bagi pembaca melihat sendiri keunikan bustel ni, ianya sesuai untuk keluarga 2 dewasa dan dua kanak-kanak kecil, kalau ramai, kena ambik dua biliklah atau sebuah bas terus. Selain dekat dengan pantai, ianya juga dekat dengan tempat makan, insyallah pengunjung tidak perlu keluar jauh untuk mencari makanan, percayalah, disini pelbagai makanan seluruh negeri Melaka ada dijual disini. Pilih dan bayarlah, anda pasti tidak akan kelaparan.



Sahabat RMC, Op Rustardza dan keluarga dah pernah menginap disini bersama keluarga beliau. 

Anda bila nak try???...


...

Ais Krim Pasu, Klebang

Sekarang dah banyak ais krim pasu dijual di Melaka terutama di Dataran 1 Malaysia Klebang, macam2 design ada, memang nampak real, saya dah try, mulanya rasa cuak nak makan tapi sebab dah tahu origin kandungannya, apa lagi...makan sepuasnya. Kreatif dan unik penjual sekarang, ada saja idea mereka dan pembeli pulak ramai maka jadi larislah aiskrim ni. Dijual berbeza-beza harga, di Klebang dalam RM5 sepasu, ditempat lain saya dimaklumkan ada yang dijual antara RM8 hingga ke RM10, agak mahal juga yea.

Ada juga pembaca didalam FB komen yang bekas pasu ni bukan jenis food grade, ianya jenis bio grade yakni untuk tanaman bukan untuk isi makanan namun nampak laris semacam juga, ada yg letak lapisan plastik pada pasu ni dan ada juga yang letak cawan polistrene, sebenarnya sama aje, letak lah dalam bekas apa pun, kalau tak kena gaya, arwah juga...he he he..

Entry kali ni nak menceritakan topik aiskrim juga, maaflah kalau saya tak letak gambar aiskrim pasu, rasanya semua dah pernah lihat aiskrim pasu ni dan terbaru, ais krim lesung. Adik ipar saya post gambar ini jadi saya tempekkan lah kat sini...



Gambar abang ni sekadar gambar hiasan yea.


Lokasinya saya tak tanya pulak tapi rasanya macam tak boleh popular aje, kalau aiskrim pasu tu ringan, boleh gak bawa makan sambil jalan-jalan anak kat tepi pantai atau tepi shopping complex tapi kalau dah berat macam ni, muntah darah juga kalau bawa jalan-jalan tepi pantai, nak pegang aje dah guna dua-dua tangan. Rasa macam pelik pulak, harap ianya tak jadi ikutan rakyat Malaysia, kalau ada juga yang bawa lesung ni tepi pantai...tak dapek den nolongnya. Dan gambar di bawah pula adalah kreativiti yang tersendiri, aiskrim juga, yang terbaru dan sukar ditemui dipasaran sekarang....tengok lah...



Ais krim kuali.....ki ki ki....



....