Thursday, November 20, 2014

Steamboat and Grill, Malim - Restoran Aman Sejagat KRU.

Dah lama tak makan steamboat dan malam ni tekak merayu-rayu untuk bersteamboat...ha ha ha. Lontarkan pelawaan pada rakan-rakan group Nazaria di whatapps, dua insan menyambutnya dan inilah hasilnya.



Terletak berhampiran pintu masuk ke Politeknik Kota Melaka, Malim. Kedai corner lot.



Senarai harga, orang akan selalu tertanya-tanya harganya dan ini dipasang dibanner terus. Mudah ingat...



Yang paling saya tertarik, dibannernya tertera promosi setiap malam isnin sampai khamis, macam kat ...errr.....he he he....siap ada ladies night. Kita orang single, awek takde lagi...ha ha ha..


Pilihan menunya juga banyak dan memuaskan hati, siap ada name tag, ini bagus untuk pelanggan tidak tersalah pilih. Ada setengah kedai tu kita kena tanya pelayan baru kita tahu menunya. Kadang-kadang lain yang ditanya lain yang dijawabnya...ha ha ha..



Susunan aturnya agak kemas dan simple, senang untuk pelanggan bergerak terutama pelanggan berbadan besar seperti saya, ada sesetengah kedai tu lebih mengutamakan seating yang banyak dari mengutamakan keselesaan pelanggannya. Yang ini saya like....ahakss 



Bersama geng Nazaria Melaka, Saudara Shah dan Saudara Azizul Tan. Shah masing bujang dan Azizul bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi....ha ha ha...

Di Melaka banyak kedai yang berkonsepkan steamboat dan grill ini dibuka, pilihlah dari harga yang murah sehinggalah ke harga yang mahal namun yang membezakan antara satu kedai dengan kedai yang lain adalah pilihan menu yang segar dan kuah sos atau cicahnya yang menangkap jiwa. Kalau kedai canggih, harga canggih tapi menu macam hamlau, pun tak guna juga tapi bagi saya kedai ini menarik.

Walaupun tidak terletak ditepi jalan utama dan agak terselindung, bagi saya ianya nyaman dan selesa, tak banyak habuk berbanding ditepi jalan utama selain tenang dan rilek bila menyuap makanan satu demi satu, kena pula diringi oleh lagu sentimental, PA system memang canggih dan sedap telinga mendengarnya, tidak terlalu sepi dan tidak terlalu bising. Romantik gitu gitu...ha ha ha....

Untuk ke mari tak susah, boleh search google atau cari papantanda "Politeknik Kota Melaka", dipintu masuk ke Politeknik ini, disitulah restoran ini berada. Mudahkan?...Kedai ini baru setahun jagung beroperasi namun layanan pramusaji, susunatur deconya dan pilihan menunya seolah-olah mereka sudah beroperasi lama. Saya dah mencuba, anda bila lagi???...


...

Sunday, November 2, 2014

Asam Pedas Taman Bukit Katil Damai 2

Asam pedas yang saya nak ceritakan pula kali ini terletak di Taman Bukit Katil Damai 2, kedai ni menggunakan konsep stall dan stall ni pula disewakan kepada individu-individu yang menjual menu mengikut kepakaran masing-masing. Stall asam pedas ni sebenarnya milik kawan lama saya semasa bekerja di Sole Radio Pager dulu sekitar tahun 1993, kami dah lama tak berjumpa dan malam tu saya mencuba asam pedas masakan isteri beliau dan kami juga bercerita kisah lama, hampir 20 tahun tak jumpa maka....keluarlah pelbagai cerita lama...ha ha ha...



Ini kedainya, sekarang tak susah nak cari lokasi kedai, googlekan aje....he he he..


Ini pula stall nya, stall ni disusun macam bentuk L, ada 5 lagi stall dan ianya menjual menu yang berbeza-beza setiap satu, kalau semua jual menu yang sama, payah ler...


Set asam pedas saya, sambal belacan dia ada lain sikit, macam sambal belacan resipi jawa pun ia juga...


Asam pedas ikan pari saya dan ianya dalam claypot. Kalau perhatikan ianya tidak menggunakan daun kelsom tapi daun limau, itu sebab aromanya berbeza sedikit.


Stall ini turut menjual tahu bakar, rasanya memang best, boleh datang lagilah, kuahnya pula tidak terlalu pekat macam kuah satay tapi macam kuah rojak mamak pun tak juga. Cubalah sendiri dan nilai, pasti berbaloi.


Stall ini juga merupakan milik kawan lama saya, yang ditengah-tengah dikenali dengan nama Yahya atau Pak Ya, sebelah kanan pula Saniah bersama suami beliau, turut join santai kami malam tu. Romantik dan sporting pasangan couple ni, Saniah dulu tak macam ni, berubah 180 darjah jadinya...ha ha ha...



Makanan asam pedas disini dihidangkan didalam mangkuk claypot, bagi saya ianya sama macam kebanyakan kedai-kedai asam pedas di Melaka ni sebab keasliannya benar-benar terjaga dengan penggunaan claypot ni, resipinya pula bagi saya sedap, macam-macam resipi sebenarnya kalau nak masak asam pedas ni, ikut selera dan penerimaan kita, bagi saya ianya boleh dikunjungi lagi. Sedap dan best, bagi yang tinggal berdekatan boleh try disini. Beroperasi setiap hari mulai jam 6 petang hingga 12 malam. Parking banyak, pasal taman baru, ada skrin tv yang besar, pasti puas tengok game bola pada setiap hujung minggu dan paling best, disini banyak pilihan menu untuk dipilih. Cubalah...


...