Monday, May 19, 2014

Sosej Bergulung Ohsem!!!, Jalan Penghulu Cantik.

Baru-baru ni berkesempatan ke Seremban lagi bersama keluarga sempena perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan bolasepak PEROt BOLAt FC batch 83-87 dengan Tiara FC di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Kami bergerak awal ke Seremban dan kemudian singgah di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik. Kami tuju kedai no 8 yakni D'Santai milik sahabat saya seorang rakan Op RMC. Macam biasa saya akan order set telur getar Seremban. Set menu yang kini menjadi kegemaran saya kalau singgah ke sini. Selesai makan, tauke kedai membisikkan ketelinga saya...

Tolong cuba try test set yang bakal dilancarkan dalam waktu terdekat. Saya tanya apa dia? dan dia jawab... tungguuuuuuu.....


Ini prototaip untuk saya cuba pada hari tu..."Sosej Bergulung Ohsem"... he he he.. Kalau dilihat ianya mengandungi roti paun yang disapu Garlic Butter, sosej yang digulung dengan omlette, dilimpahi french fries memenuhi roti dan pinggan. Warna gelap tu kuah black pepper homemade. Nak dapatkan gabungan rasa antara mayo dan sos cili....

 

Ini pula latest yang telah dikemaskinikan dekorasinya secara teratur, ianya belum dilancarkan tapi kalau tuan-tuan buat special request, insyallah akan dilayan. Rupa jangan dinilai tapi rasa yang perlu diperkatakan...


Seorang sahabat order telur getar D'Santai dengan roti biasa pasal roti paun dah habis awal, jadi kalau kesini, request cepat-cepat roti paun, kalau tak...tak merasalah.


Telur getar saya pulak...Oleh kerana tekak saya tekak orang kampung, saya request sambal dan ternyata bila dicicah sebegini, fuhhhh...kompom...mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Saya akan ratakan dulu telur separuh masak ni atas seluruh permukaan roti paun yang telah disapu dengan garlic butter dan dipanggang, walaupun dipanggan roti paun ni masih lembut, kemudian ditabur sedikit kicap dan serbuk lada sulah. Dipotong sedikit demi sedikit sambil dicicah samaada dicelup dalam sambal atau sambal diletakkan diatas kepingan yang dah dipotong kecil-kecil tadi.  Disuap perlahan-lahan kedalam mulut dan rasa ianya melalui kerongkong hinggalah kedasar perut. Masyallah....sodapnyaaaaaaa....

Bersama pemiliknya pasangan suami isteri, Op Mejar Nor Azela Nordin dan Puan Anim Musa. Peramah dan sempoi,seolah-olah bersantai di D'Santai Seremban ini...he he he...


...

Friday, May 9, 2014

Grilled Chicken Pet Western Corner

Kalau nak cari kedai western yang murah, sedap dan power di Melaka ni, baik toksah penat-penat cari, takan jumpa. Tu sebab kalau nak makan masakan western, saya akan ke Kuala Lumpur cuma taraf saya taklah setinggi lima bintang mahupun Victoria Station ataupun Roadhouse Grill. Bagi saya, Pet Western Corner atau PWC yang terletak di persimpangan Jalan Setiawangsa dan Jalan AU3 telah menepati semuanya. Dari chicken chop, lamb chop, steak dan macam-macam lagi, disini saya cukup berpuashati.

Biarpun kedai bawah pokok ataupun warung tepi jalan, kalau dah sedap, orang dah tak kira. Saya lihat kelainan disini adalah kuah black pepper dia yang memang power dan terangkat, marbeles, ummpphhh malah out of this world...ha ha ha....   errrr sungguh. Cubalah rasa sendiri, kalau keluarga nak datang tapi tak semua nak makan western, disini juga ada kedai tomyam yakni EPL Cafe dan Bistro. Soal rasa...memang sama-sama level, power dan best. Kalau tak, takan tauke EPL Cafe ni double barrel...ha ha ha...



Menu pertama saya, garlic bread dengan soup mushroom. Roti yang lembut, berperisa dan dicicah pula soup sodap..memang terangkat...


Chef Joe ataupun Op Hj KZ....masih bujang tapi dalam in relationship...ha ha ha...

Grilled Chicken dan kuah sos black pepper...takyah den kobarkan laie....memang mercik power giler...  Dengar kata beliau akan pasarkan kuah sos black pepper ni secara komersial tak lama lagi...kita tunggu.....


Trylah rasa kuah black pepper beliau, tuan-tuan pasti akan repeat lagi. Percayalah.

...

Telur Getar Seremban

 Ada seorang sahabat post dalam FB beliau tentang telur getar Ipoh, rupanya telur tersebut yang dimasak separuh kemudian dibubuh diatas roti, bila digoyang pinggan tersebut, bergetar lah telur tu... Dan entry kali ni saya perkenalkan telur getar Seremban...ha ha ha...

Baru-baru ni saya mendapat maklumat bahawa seorang sahabat RMC saya iaitu OP Mejar Nor Azela Nordin dan isteri beliau telah memulakan perniagaan kedai makan di Medan Selera, Jalan Penghulu Cantik, Seremban, Negeri Sembilan. No kedai mereka no 8 dan dinamakan D'Santai. Kenapa dinamakan D'Santai... tiada maklumat. Menu mereka adalah untuk menu sarapan pagi dan seakan ala ala western. 



Pintu depan gerai, jangan kata tak nampak pulak sigboard dia.

Ini sarapan saya no satu. Semua diet ni balance untuk pembesaran saya. Terasa macam makan sarapan kat hotel 3 bintang pulak...

Hidangan utama saya, telur getar Seremban. Roti yang disapu dengan planta garlic, dibakar secukup rasa kemudian dibubuh dua telur separuh masak. Mengikut selera pelanggan, kita boleh pilih bubuh serbuk lada sulah dan kicap. Selalunya orang lelaki yang gagah perkasa makan telur separuh masak samaada dalam cawan atau alas cawan tapi untuk orang macho gagah perkasa dan cute, akan makan bersama roti garlic sebegini.  Sebenarnya telur ni tergetar lebih, tu yang terbabas babas dari roti tapi yang penting rasa dan keenakkannya telah memikat jiwa saya, saya pasti akan kembali lagi.


Harga yang berpatutan, rasa yang mengimbangi diet seharian dan roti garlicnya.....memang terangkat.



Bukan nak puji berlebihan, datang dan rasa lah sendiri, anda nilai lah ia mengikut rating anda. Saya puashati bersarapan disini. Dan rasanya....anda juga nanti.


...