Friday, March 7, 2014

Roti Canai Berlauk, Kg Tengah Bukit Rambai

Aku selalu juga bersarapan disini bersama keluarga, lupa nak pos entrynya pasal segan, segan pasal selalu ramai customernya tapi hari ni segan aku tolak ketepi, keluarkan handphone...apa lagi, kamera dipetik..he he he..  Menu utama bila ke mari, aku suka makan roti telur atau roti kosong sahaja dan kuahnya bukan kuah dal seperti kuah roti canai biasa tapi aku pilih rendang daging sebagai kuah cicahnya. Kadang-kadang daging masak kicap dan kadang-kadang juga aku pilih paru goreng berlada.  



Kedai papan sahaja..
Terletak berhadapan dengan persimpangan masuk ke Taman Arked Seri Rambai, perumahan baru atau kalau kita datang dari arah Tanjung Minyak menghala ke Batang Tiga, sebelum persimpangan Bukit Rambai - Batang Tiga. Senang nak cari, tepi jalan sahaja. Beroperasi setiap hari, tutup tak pasti tapi hari ahad kadang-kadang buka dan kadang-kadang tutup. Start dari pukul 6 pagi sampailah jam 11.30 pagi. Konsep kat sini adalah self service.


Roti canai dengan pilihan lauk...ni baru separuh aje gambar lauknya...

Separuh lagi gambar lauk. Kuih muih pun banyak...segan nak ambik gambarnya...ha ha ha...


Pilihlah air apa nak...ambik gelas atau cawan, isi sendiri... kalau panas, air batu ada...yang penting layan diri...


Harga bagi aku masih berpatutan, rendang daging aku rm4.00 semangkuk, kenyang dan puas juga makan, kalau kat kedai mamak tak kira semangkuk kambing atau semangkuk hayun dia....dia caj rm5.00, itupun secoot aje daging dia......he he he.. Ok...dah kenyang...perlu berundur. Saya dah mencubanya...anda bila lagi???


....

Nasi Lemak Ekonomi - Duyong

Lama dah kawan aku cakap ada stall nasi lemak yang dijual secara bungkus di Duyong, ianya digelar nasi lemak ekonomi, takde dine in pasal ruang terhad dan lagi hanya nasi lemak sahaja yang dijual dengan sambal kosong, kalau nak sambal pelbagai seperti sotong atau kerang, kena beli kat kedai lain. Berkesempatan membuat tinjauan masa sendiri maka inilah hasilnya...



Tepi jalan utama dan stall yang simple aje...

Beroperasi dari sebuah stall yang simple dengan lokasi yang strategik iaitu di tepi jalan utama yakni Jalan Permatang Duyong atau lebih senang ianya hampir dengan persimpangan lampu isyarat Taman Desa Duyong. Stall milik Puan Maznah ini telah beroperasi sejak 19 tahun yang lepas dengan masa perniagaan bermula seawal jam 5 pagi sehinggalah jam 10 pagi, itupun bergantung pada pelanggan, kalau musim cuti sekolah, jam 8 pagi pun kadang-kadang dah habis. Stall ini ditutup setiap hari isnin.


Dibantu oleh seorang anak buah dan dua orang jiran terdekat, kerja-kerja membungkus nasi lemak menjadi cepat tapi kadang-kadang tak menang tangan juga...

Stall ini juga menerima tempahan katering tapi hanya untuk nasi lemak biasa sahaja, ianya akan disediakan didalam flask besar dan bukan dalam bungkusan. Jika berminat, bolehlah menghubungi beliau di talian 06-2686829. Tiada handphone, beliau tidak mengemarinya. Nasi lemak ekonomi ini dijual dengan harga RM1 sahaja meliputi nasi lemak, timun dan sambal kosong. Sekiranya hendak ditambah nasi, sambal lebih atau pun telur rebus samaada separuh atau sebiji , sudah tentu kena tambah sedikit namun bagi saya masih ekonomi. Bayangkan saya tambah nasi, sambal dan telur rebus sebiji harganya hanya rm1.70. Kalau kat kedai luar...tak dapek doh...


Sehari hampir 600 bungkusan boleh dijual....tidak termasuk dengan sebarang tempahan sekiranya ada, yang itu tidak dicampur dengan jualan harian...

Hampir 600 bungkusan dijual sehari ...siapalah saya hendak menilai rasa dan kesedapannya kalau sudah sebanyak itu jualan hariannya. Ramai kakitangan memudahkan urusan pembungkusan dan jualannya, ketika disana saya lihat ada pelanggan yang beli secara pukal, 10 bungkus, 20 bungkus dan ada tu 40 bungkus sekali, bila ditanya untuk siapa, dia menjawab kawan sepejabat kirim. Tidak melepaskan peluang, saya juga turut membeli sebungkus....he he he..



Ni lah nasi lemak ekonomi...bukan nasi lemak telanjang yea...ha ha ha...



...

Wednesday, March 5, 2014

Sarapan di Warung Hajah Robiah

Sebenarnya aku dah beberapa kali bersarapan disini cuma belum tergerak nak masukkan entrynya dan hari ni barulah dibukakan pintu hatiku untuk menulisnya...ha ha ha.. Hari ni menu aku ringkas aje, aku order lontong, telur ayam kg separuh masak 2 biji dan teh tarik. 


Menu berkhasiatku...

Lokasi kedai ni terletak di Limbongan, kalau nak senang, cari landmark utamanya adalah Hotel Formosa Garden, Limbongan dan warung ni terletak betul-betul dihadapan hotel ni. Beroperasi setiap hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja. Warung ni berkonsep macam medan selera juga, ada beberapa stall dibawah pengurusan warung ni. Macam biasa, kuih muih dan air dibawah pemilik warung dan stall-stall yang ada milik peniaga lain. Sekejap...nak ingat balik stall-stall yang ada...

Masuk aje warung ni, sebelah kiri ada stall menjual pelbagai jenis satay kemudian ada stall menjual bubur nasi dan dua tiga menu, tak ingat...im sowyyy... kemudian ada stall roti canai dan juga stall nasi ayam. Sebelah kanan pulak ada stall menjual roti jala, cekuduk ikan bilis dan popiah kot.. Sebelah dia ada stall menjual ketupat daun palas, stall sup-sup, goreng-goreng dan sebelah stall tu pulak ada menjual pelbagai jenis soto dan juga lontong. Bahagian belakang sekali tempat buat air. Tengah-tengah warung ada station kuih muih dan nasi lemak bungkus serta kaunter bayaran. Kira banyak juga stall kat sini dan menunya juga pelbagai pilihan untuk sarapan pagi.

Soal rasa, menu yang saya order hari ni seperti lontong dan telur ayam separuh masak memang best. Lontong dia memang berasa, kenalah dengan selera buas saya..ha ha ha.. Dan telur pula tidak terlalu cair atau terlalu masak, orang putih kata...just nice. Saya rekomen tuan-tuan bersarapan diwarung ni, tempat duduk banyak terutama bahagian disebelah dalam. Parking pula disepanjang bahu jalan utama, insyallah polis trafik tidak akan mengeluarkan saman kerana ianya tidak menggangu flow trafik. Saya dah mencuba, anda bila lagi?...


Telur ayam kampung separuh masak, ditambah dengan kicap dan lada sulah secukup rasa, bakal memberikan tenaga  tambahan sepanjang hari dan juga dimalam hari...ha ha ha..


Bahagian dalam...

Ada papantanda, insyallah anda tidak akan terlepas. Kalau terlepas juga...Ado Den Kisah!!!...


...