Thursday, February 27, 2014

Nasi Lemak Sopan, Roti Canai Arang

Saja dengan tajuk yang ala ala perli gitu...ha ha ha... Pagi tadi bersarapan di kedai ni, saya order nasi lemak kukus dengan sambal sotong dan ayam goreng berempah, telur goreng memang wajib ada. Kalau tengok dari angle depan, telur goreng tu menutup kesopanan nasi lemak ni tapi kalau dari belakang...terdedah woooo... Saya dah beberapa kali bersarapan di kedai ini, menu utamanya adalah nasi lemak kukus dan roti canai. Kuih muih tu ada tapi dari pemerhatian terhadap bekas yang tak seragam, saya jangka kuih kuih ni diletakkan oleh orang lain. Tak kisahlah..yang penting rasanya pun sedap sedap juga.

Soal rasa...bagi saya ianya menepati selera saya, sambalnya cair tidak pekat seperti kebiasaan, nasinya dikukus, berasnya tidak melekat dan perlukan cantuman antara nasi dan sambal bagi melekatkannya sebelum disuap ke mulut. Sambal ada beberapa jenis seperti sambal kosong, sambal kerang, sambal sotong dan ada satu lagi...saya tak ingat. Dan ayam gorengnya pula jenis ayam goreng berempah. Bayangkan makan nasi lemak pagi-pagi dengan gumpulan asap menjelma dari nasi lemak dan ayam goreng yang dikunyah panas-panas...fuhhhh....enaknya...

Selesai bab nasi lemak kukus ni, satu lagi menu utamanya adalah roti canai. Penebarnya seorang wanita, menggunakan kuali leper yang besar akan tetapi bahan bakarnya bukan gas tapi arang. Kenapa industri ikan bakar di Melaka ni menggunakan dapur arang dari dapur gas?... ada rahsianya begitu juga dikedai ni. Mereka menggunakan arang, gambar akan menyusul, apa petuanya...saya tak boleh beritahu, cuba beli roti dikedai ini dan beli juga roti canai dikedai lain, cuba buat eksperimen anda sendiri...dan anda akan tahu apa perbezaan ketaranya. Maaf, rahsia tetap rahsia..cubalah dulu ujikajinya...


Inilah dapur arangnya...besarkan...pakai kawah lagi...he he he. Paling saya tertarik, telur diletakkan didalam besen sebelum dipecahkan untuk dimasak bermakna telur ini telah dicuci dahulu. Pembersih pemilik kedai ini.

Nasi lemak kukus dari arah depan...nampak sopankan...

Belah belakang...ambik kau..terdedah woooo...ha ha ha.......


Tepi jalan utama kedai ni...memang tak boleh miss nya...


Lokasi kedai ni terletak di Balai Panjang, Malim, Melaka. Kalau kita dari arah Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai ini terletak sebelum persimpangan Bachang/Batu Berendam dan arah Jalan Gajah Berang. Kira selepas masjid baru Balai Panjang, stesen minyak BHP, perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kiri... Kedai ini ada parking sebelah dalam dan ada juga pengunjung parking kereta di tepi jalan utama, saya tak galakkan kerana ianya terlalu dekat dengan jalanraya utama, lebih baik parking disebelah dalam. Bukan apa, takut ada kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kehilangan nyawa. Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga. 

Saya dah mencubanya, bagi saya ianya betul-betul sedap tapi sekiranya anda kata tak sedap...errrr ado den kisah...ha ha ha...


...

Wednesday, February 26, 2014

Ikan Bakar Muara Sungai Duyong

Ada seorang sahabat whatapps sabtu lepas, beliau ajak pekena ikan bakar, simple aje arahan dia, datang Muara Sg Duyong dan bawa family. Apa lagi...mengelupurlah aku suruh anak isteri bersiap, notice last minit ni memang bukan kesukaan aku tapi sekali sekala...bolehlah...ha ha ha..

Sampai sampai ke kedai ikan bakar yang dimaksudkan, beliau dan keluarga dah siap menunggu dan paling best, menu makan malam pun dah siap terhidang, tinggal nak jamah aje. Macam biasa gambar akan menyusul..he he he... Kalau nak cerita soal ikan bakar kat kedai ni, memang bestlah, pilihan banyak, ruang makan pun besar, service boleh dikatakan laju jugalah dan cleaning crew dia ramai, sekali bersih meja, 1 minit dah clear. 

Kedai ni dari dulu aku suka kemari, tak kiralah dengan family sendiri ataupun dengan kawan-kawan, bagi aku harganya berpatutan dan packed macamana pun, orang tetap datang, yang tak sanggup bila kedai penuh, parking pun penuh kadang tu kena parking dekat 800 meter jauhnya...jenuh nak menapak. Bak kata orang, datang lapar balik pun lapar...ha ha ha...

Kerajaan Negeri Melaka kena bantu kedai ni sebab jalan nak masuk ke kedai ni dari jalan utama hampir 1.5 km jauhnya, tar jalannya makin teruk dan sempit selain gelap. Memang nampak macam nak menguntungkan pemilik kedai ni sahaja tapi untuk jangka panjang, limpahan ekonomi Negeri Melaka yang akan meningkat. Cuba buat macam Bintang Walk atau susur pejalan kaki sepanjang simpang masuk jalan utamanya sampailah ke Muara Sungai Duyong ni, saya gerenti tempat sebegini akan jadi salah satu tarikan pelancongan yang baru. Orang akan datang bergambar kat sini, boleh lihat deretan bot nelayan yang ada sepanjang sungai, nilai fotografinya memang tinggi, pengantin pun akan datang bergambar berlatar belakang kan pemandangan sebegini.....kena pulak time matahari tenggelam...memang marbeles...ha ha ha.... teringat kata-kata seorang sahabat.....berangan tak kena bayar...

Maaf, jauh tersimpang, terima kasih buat sahabat saya Op Husin Abd Aziz dari F Coy batch 83-87 akan keseronokan ini, terima kasih atas sokongan beliau pada batch bila sanggup beli dua payung...untuk promosi sebenarnya dan bagi yang nak mencuba ikan bakar disini, cubalah...insyallah anda takan menyesal.

Op Husin dan keluarga, tengok atas meja...banyak menu yang beliau order. Segan pulak nak makan...

Inilah hasil keseganan saya, kalau tak segan...camner lah pulak...ha ha ha...

Terima kasih sahabat.




...

Murtabak Kambing Bukit Rambai

Bukanlah bertujuan untuk mengagong-agongkan kedai mamak tapi rata-rata orang lelaki kat Malaysia ni, diaorang suka melepak kat kedai mamak. Nak kata ada awek cun atau mengancam...takdelah pulak...hanya jantan Pakistan atau bangla adalah...ha ha ha... Dikhabarkan di Melaka ni ada kedai mamak yang menjual murtabak kambing yang best, kalau buat buka puasa memang ngam aarrr... dah lama saya nak cuba namun tak berkesempatan dan hari ni sempena cuti setahun, saya berkesempatan mengunjungi kedai mamak tersebut.

Restoran Maulana ni ada dua cawangan, satu di Bandar Baru Sungai Udang, berdepanan dengan penjara Sg Udang dan satu lagi di Bukit Rambai. Yang di Bukit Rambai ni baru sebulan beroperasi, kedai masih baru jadi kelihatan semuanya baru dan bersih, diharapkan dah lama-lama nanti jangan pulak jadi lain. Saya order murtabak kambing dengan teh tarik, air standard jejaka tampan malaya. Kuah pula saya minta kuah kari dan juga kuah dal, nak buat perbandingan rasa. Sampai aje makanan...macam biasa...gambar dulu...he he he....


Tebal isinya...mengah juga saya nak menghabiskannya....

Terletak di Taman Rambai Jaya, tepi jalan utama aje.

Soal rasa, bagi saya ianya sedap, harga pun agak berpatutan. Murtabak ni saya lebih suka ianya dicicah dengan kuah kari berbanding kuah dal. Menangkap dia lain sikit. Setakat pemerhatian saya, kedai ni macam kedai mamak dan penjaganya takde pulak pakai benda-benda yang meragukan maka bolehlah tuan-tuan mencubanya. Macam biasa, kalau sedap, boleh lah kita repeat lagi, kalau tak sedap....toksah mai lagi.



...

Monday, February 3, 2014

Western Corner @ EPL Cafe & Bistro, AU3

Ada seorang sahabat RMC telah membuka sebuah kedai tomyam di AU3, Keramat/ Setiawangsa. Perniagaan tomyam ini sudah beroperasi hampir 8 tahun dan hanya baru-baru ini sahaja saya mengetahuinya. Beliau ni seorang yang low profile, tak banyak cerita tapi dari gaya luaran nampak kelihatan seperti seorang mafia macam filem Castello tapi sebenarnya tidak. Beliau berasal dari Melaka sama seperti saya cuma beliau terus menetap di Keramat ni selepas meninggalkan RMC pada tahun 1987 dulu dan ramai kawan-kawan saya tahu bahawa beliau ni golongan double barrel...ha ha ha..

Baru-baru ini juga sebagai langkah mempelbagaikan lagi menu beliau selain masakan Thai, beliau telah membuka satu lagi segmen dikedai beliau dengan masakan barat atau dijadikan Western Corner. Memulakan operasi pada 1hb Feb 2014 dengan menjadikan tarikh 1hb Feb sebagai satu langkah permulaan bagi pelbagai maksud dan kenangan...tentunya hanya segelintir sahabat sahaja yang memahami maksud tersebut. Berpeluang mencuba sendiri masakan barat air tangan seorang lagi sahabat RMC yakni Op Hj Khairuzzamani atau dikenali sebagai Chef Joe tentunya membuatkan saya hilang arah, Chef Joe dulunya bekas Chef hotel di Brunei, PJ dan di Pahang kini mengabadikan diri dalam suasana yang damai di AU3. Sos black pepper beliau antara yang digemari saya sejak dulu dan kini dengan wujudnya Western Corner di EPL Cafe & Bistro, AU3....saya sudah mampu melenyapkan kempunan saya sejak 9 tahun yang lalu...he he he...

Beroperasi dari pukul 6 petang sehingga jam 1 pagi dan tutup pada setiap hari Isnin, menjanjikan hidangan terbaik western food dengan pilihan menu yang pelbagai, apa yang tertulis didalam menu disini, saya telah mencubanya, dari western corner hinggakan ke masakan Tomyamnya. Menu pilihan western saya semestinya lamb chop dengan sos black pepper, dimasak "weldone" dan masakan thai pula, saya mengemari nasi goreng kampung...kampung lebih...ha ha ha.... nasi goreng kampung dengan sup ekor, tidak lupa telur dadar sekali, terasa macam makan dirumah bini muda.... Bagaimana untuk kesini..??, bertanyalah dengan pakcik google, beliau lebih tahu dari saya...ahakss


Chicken chop dengan kuah black pepper banjir stail...he he he...


Lamb chop...kegemaranku...tangkap leleh kan..kan kan...


Chicken chop kuah kurang..sesuai untuk kanak-kanak juga.


Bersama Chef Joe aka Op Hj Khairuzzamani A Coy


Sup ekor ku...dihidangkan dalam kuali..bukan claypot...


Bersama antara sahabat-sahabat RMC yang turun padang memberikan sokongan, aku sokong makan aje...ha ha ha...

Sekali lagi, soal harga dalam entry aku ialah ianya bersifat subjektif, lihat menu sebelum order, jangan menyesal kalau time bayar kita rasa ianya mahal tapi kalau soal rasa disini...saya jamin anda dan family takan rasa menyesal......dijamin best punya....ahakss...


...