Sunday, January 5, 2014

Daging Salai Nogori Delights, KLIA

Sebelum ni, saya sering ke Nilai untuk menikmati masakan Negeri Sembilan terutama daging salai ataupun ikan patin gulai tempoyak. Baru-baru ni berkesempatan ke salah satu lagi destinasi makanan orang nogori yang terletak di Bandar Enstek, senang cerita bandar ni dalam Kuarters Klia juga. Senang nak cari, petanda mudah kalau ke mari, tanyakan kepada orang dimana letaknya Secret Recipe Kuartes KLIA, pasti akan ditunjukkan jalannya dan kedai Nogori Delights ni pula betul-betul terletak dihadapan kedai Secret Recipe tu. Senang kan!!!..

Kali ini wife tak ikut, hanya dua orang anak lelaki saya yang ikut, kami sebenarnya baru pulang dari event di KL malam sebelumnya. Menu yang saya order adalah seperti biasa, daging salai masak lemak, ayam goreng kampung, udang masak lemak, sotong goreng halia dan telur dadar. Minuman pula air sirap selasih. Sebenarnya selasih ni adalah air penyejuk badan, elok diminum ketika makan makanan yang pedas-pedas juga ketika diwaktu tengahari. Tapi disini keadaan kedainya juga selesa, ada aircond dan berkipas angin, selesa jika membawa keluarga besar atau keluarga berbadan besar....

 Tak mau berceloteh panjang, lihatlah gambar-gambarnya.


Alamat ada tu, boleh check dengan GPS atau Waze.

Pintu depannya...

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin. Pasti selesa.

Inilah menu kami, rasanya memang ummph, rupanya tukang masaknya adalah tukang masak di Warung Wati Corner dulu.... Padanlah sodap...ha ha ha...

Ketika menjamu selera terjumpa lak kawan kelab ria family yakni En Zul dan wife dia Pn Nita Has. Mereka pun regular customer di kedai ni rupanya.

Dimaklumkan kedai ni mula beroperasi sejak 7 bulan yang lalu, hanya menyediakan makanan untuk makan tengahari sahaja dan terbaru ianya bakal dibuka pada waktu malam juga dengan menu khasnya adalah sup kambing. Rasanya kena datang lagi lepas ni untuk menguji kepoweran sup kambing tu nanti. 

Saya dah mencuba masakan negeri ni dibanyak kedai, sebut aje kedai tu power, saya akan pasti mencubanya. Setakat ini di Nogori Delights masakannya memang kena dengan selera saya, layanan ramah cuma soal harga subjektif. Sekali lagi sebagai pembeli kita perlulah menanyakan harganya sebelum order, takut kita yang tidak puashati nanti. 

Den dah cubo, anda bagaimana pula???...


...