Tuesday, November 12, 2013

Asam Pedas Telur Ikan

Saya jarang makan asam pedas menu lain kerana kegemaran saya adalah daging tetel ataupun ikan pari - badan. Baru-baru ini ada seorang sahabat dari Kuala Lumpur datang menjengah dan kesempatan ini, saya bawa beliau mencuba asam pedas telur ikan. Saya bawa beliau ke Taman Kota Laksamana dan kali ini kedai yang saya tuju adalah Man Asam Pedas. Terletak di Seksyen dua sederet dengan blok perniagaan baru dan kalau ke Taman Kota Laksamana, bila berhenti dipersimpangan lampu isyarat utama taman tersebut, kita dah boleh melihat papantanda kedai tersebut.

Menu yang kami order hanyalah set asam pedas telur ikan setiap seorang, selalunya saya akan order set tambahan tapi kali ini mungkin tengah diet, satu set dah memadai bagi saya. Set asam pedas ni memang standardlah yang mana ianya mengandungi sepinggan nasi putih yang diletak sedikit sayur, sambal belacan, telur masin dan keropok. Ada kedai yang meletakkan ikan masin ataupun keropok ikan, terpulanglah pada pemiliknyakan.... Dan course utamanya adalah asam pedas telur ikan. Telur ikan ni pelbagai tapi saya lupa nak tanya pada malam tu, telur ikan jenis apa yang dihidangkan. Nak bercerita panjang....payah...maka inilah hasilnya.....



Set standard asam pedas yang didatangi dengan nasi putih sebegini...

Telur ikan yang dimaksudkan...

Segerombolam telur ikan...he he he...

Baru-baru ni saya menerima komen mengenai harga makanan yang agak mahal di Melaka ni, saya memang bersetuju yang kadang-kadang harga makanan yang dikenakan pemilik restoran atau kedai di Melaka ni.....bukan semua......kadang-kadang agak melampau, yang terbaik patut kita lakukan adalah menanyakan harganya dahulu sebelum membuat order atau tempahan, biar orang nampak macam kita cerewet atau sengkek...yang penting.....duit kita yang nak membayarnya. Selamat mencuba.




...

Tuesday, October 22, 2013

Kek DFCC - The Smiling Baker

Baru-baru ni wife teringin nak makan kek cokelat, hari tu masa kami ke Secret Recipe, kek idaman kami dah habis dijual maka frust jugalah. Bila wife buka FB ternampak lak kek ini yang dibuat oleh Pn Ina, kenalan keluarga kami maka beliau pun orderlah. Dan pada hari ahad yang lepas, kami pergi collect sendiri kat rumah Pn Ina atau pemilik FB The Smiling Baker di Shah Alam. Ternyata ianya tidak sia-sia, bila sampai ke Melaka malam tu, kami sekeluarga pun memulakan acara santapan diraja....ternyata keasyikkannya tak mampu dizahirkan dengan kata-kata, sedapnya hingga menjilat semua jari...he he he..



DFCC frosted with creamcheese & choc ganache & topped with maltesers.....

Kek ni nampak macam keras tapi sebenarnya bila dipotong..tekstur nya lembut dan mengikut jalur yang dipotong....

Lapisan cheesenya yang disalut dengan cokelat dibahagian luar, betul-betul membuatkan lidah rasa seperti tidak mahu menelannya sehingga habis.......


Harga asal jangan ditanya, kami diberi penghormatan untuk membayar dengan harga adik beradik walaupun kami bukan sedara mara beliau...he he he... namun kesedapan kek ini bukan sahaja terletak pada bancuhan resepinya tapi dari air tangan muslimah yang berhijab seperti Puan Ina. Pilihlah apa jenis pun kek yang beliau sediakan, anda pasti tidak akan menyesal malah akan buat repeat order berkali-kali. Ini bukan pujian yang sengaja direka, cubalah...kami tidak akan menyatakan sesuatu yang tidak benar jikalau kami benar-benar tidak pasti. Yang pasti...pilihan kek dari The Smiling Baker menjanjikan kesedapan dalam setiap suapan anda. Kami dah cuba, anda bila lagi???


...

Sunday, September 22, 2013

Murtabak Singapore Di Bukit Katil

Yang ni memang original Murtabak Singapore pasal dibuat oleh Pak Sedara saya orang kelahiran Singapura. Beliau dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Melaka dan pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia. Kini dah pencen dan buka bisnes warung aje bersama keluarga beliau. Perniagaan ini dijalankan di Taman Tun Rahah, Bukit Katil. Kedai yang paling hampir dengan ILP Bukit Katil. Dibuka pada waktu pagi dan waktu malam sahaje. Tutup setiap hari Rabu. 

Murtabak ni selalunya dimakan time bulan Ramadhan aje dan lagi paling dekat kalau nak beli ialah di Muar. Tapi sejak Pak Ngah saya buka kedai ni 2 tahun lepas, alhamdulilah, takdelah saya perlu memandu jauh-jauh mencarinya. Kali ni saya paparkan gambar bagaimana ianya dibuat. Pasti meleleh air liur...he he he..


Gambar 1 - tepung yang diuli diletakkan telur dan daging kisar....


Gambar 2 - diletakkan diatas kuali kemudian dipecahkan telur dan ditaburkan lagi daging kisar dibahagian luarnya. Memang murtabak singapore ni menggunakan banyak telur dan daging kisar.


Gambar 3 - terbalikkan lagi dan diulang perkara yang sama. Tebal dagingnya.....ahakss


Gambar 4 - jangan terperanjat...dua dua ni aku punya...he he he...


Dah siap.....marbeles.....


Kata orang kalau masakannya sedap, jauh mana pun kita sanggup pergi tapi bila zaman petrol asyik naik ni...tak berbaloi pergi jauh-jauh, cari alternatif lain lahsebagai ganti  tapi kalau ada banyak duit....Ado Den Kisah.....



...

Nasi Ambeng Di Taman Melawati

Nasi ambeng ni sebenarnya makanan popular orang Johor dan baru-baru ni aku dan family singgah disebuah cafe yang dikenali dengan nama RK Recipe Cafe & Catering. Cafe ni terletak di Taman Melawati, kawasan blok perniagaan baru, hendak kesini mestilah melalui kawasan perniagaan Taman Melawati dahulu. Kalau dari arah Gombak, belok ke ke kiri dan terus ke belakang melepasi sebuah kedai tomyam, tak ingat nama dia, lapar masa tu...he he he... Cafe ni terletak ground floor, senang nak cari, u turn pada bagunan paling akhir, bila melepasi kawasan hutan sebelum jumpa parking lot besar, boleh nampak cafe ni disebelah kanan.

Kawan-kawan yang rekomen suruh mencubanya termasuk owner dia, owner dia ni rupanya kawan aku sejak sekolah rendah, aku selalu nampak dia kat TV cuma kali ni baru jumpa depan-depan, memang handsome orangnya...ha ha ha. Owner laki bini memang peramah, itu aku tak nafikan, masakan pula bagi aku yang mencuba nasi ambeng, memang terbaik. Menyamai dengan rasa yang pernah aku cuba di Pasir Gudang dulu. Boleh repeat lagi cuma dek kerana faktor jarak, tak boleh aku datang selalu, 2 3  bulan ok kot.....




Nama kedai, jangan lupa... alamat dia sekalilah....B7-G-2, Gaya Commercial Centre, Taman Melati.

Nasi ambeng sudut depan...yang ni menu untuk sorang yea, bukan 4 orang...

Dari sudut belakang...ianya dihidang dengan set untuk seorang, berdua dan berempat. Bertiga tiada, tak tahu kenapa dan aku takde lak tanya...he he he...

Inilah ownernya, kawan sekolah rendah aku semasa di SK Padang Tembak, KL. Thumbs up untuk masakan beliau, aku dan family try juga masakan western dia, memang berbaloi untuk kemari, soal harga subjektif pada semua orang, bagi aku ianya berpatutan. Tq Saudara Riezman, layanan yang baik, makanan yang terbaik dan paling penting hati yang baik.


...

Thursday, September 5, 2013

Popia Otak Otak, Pulau Gadong

Kita seringkali disajikan dengan otak-otak yang dibalut dengan daun kelapa sebelum dibakar diluarnya. Ianya akan dihidangkan secara panas-panas dalam bakul. Tapi tidak semua kedai makan yang menjualnya. Entry kali ini kita akan melihat otak-otak yang dibalut dengan kulit popia dan dihidangkan selepas digoreng dan bukan dibakar. Bayangkan kalau kita ingin makan otak-otak ni dengan harus menyediakan tempat pembakarnya, tentu payah bukan. Kali ini ianya memang mudah dan simple.

Diperkenalkan kali pertama pada tahun lepas oleh rakan sekilang, asalnya nak mencuba sahaja tapi sekarang dah jadi makanan utama yang dihidangkan kepada tetamu yang datang kerumah diwaktu petang, waktu malam kita makan menu lainlah...he he he... Ianya tersedia dalam pek yang mudah dibawa kerana mempunyai pemegang, mengandungi 30 biji dengan harga runcitnya adalah sebanyak RM12.00. Hanya perlu disimpan didalam peti sejuk, tak perlu dibekukan, simpan dibahagian sayur pun tidak mengapa.

Ada alamat dibungkusannya, jadi senanglah nak cari kedainya. Saya dah cuba, ianya sedap dan menyelerakan, kalau nak cuba, cubalah, saya pasti anda tidak akan menyesalnya.



Boleh nampak alamat kedainya kan...kan kan....

Tengah menulis entry pun boleh pekena....best wooooo.....ahakss



...

Wednesday, September 4, 2013

Memori Sek Keb Jalan Padang Tembak 1 Tahun 1982

Kadang-kadang tanpa disangka-sangka, kita telah diberi peluang untuk mengimbau kenangan lama, baru beberapa hari yang lepas, saya bergurau dengan kakak-kakak saya masa zaman persekolahan kami di Jalan Padang Tembak dulu, hutang bunga api di Kem Wardieburn serta belaian kasih sayang seorang ibu dengan getah paip...ha ha ha... Dan semalam, peluang itu datang, walaupun baru di add kedalam group whatsapp saja tanpa bersua muka yang pastinya akan mengambil masa bila berjumpa nanti, saya ditunjukkan gambar ini, gambar kenang-kenangan semasa membuat persembahan akhir tahun yang mana ianya merupakan kali terakhir saya menjejakkan kaki ke bumi SK Jln Padang Tembak 1 tersebut...

Inilah bukti kewujudan saya yang pernah menuntut disini, lama sungguh saya tak berjumpa dengan kawan-kawan ini, ada yang saya kenal mereka , melalui raut wajah walaupun bermake up, ada yang saya lupa langsung atau lebih tepat blurrr mengenai mereka... memang nostalgia kenangan ini. Semuga saya dipanjangkan umur untuk dapat peluang dan ruang untuk kembali berjumpa mereka walaupun masing-masing sudah menempuh alam kematangan.... insyallah....insyallah.


Agak-agaknya dimana saya?...he he he...





...

Thursday, June 6, 2013

Steamboat Mira PGF @ Batu Berendam

Artikel sebelum ni yang aku post, Restoran Mira PGF ni menjalankan perniagaan menjual satay celup namun selepas itu pemiliknya menukar kepada perniagaan steamboat pula, dari maklumat awal beliau, banyak permintaan agar beliau menukar menu selain kekurangan kakitangan untuk menyediakan satay celup. Dan setelah mengambilkira pelbagai faktor, beliau mengubah menu dan alhamdulilah sambutan yang diterima amat-amat mengalakkan.

Aku pulak dah masuk hampir 4 kali kemari menjamu selera dengan kawan-kawan dan family, pilihan makanannya bagi aku agak sederhana tapi memenuhi selera aku, ada daging, ayam, sotong, udang dan pelbagai frozen yang lain. Insyallah aku akan sentiasa kesini lagi, selain senang dan mudah untuk meletakkan kenderaan, dekorasi kedai yang agak simple tanpa aksesori yang menyilau dan blink blink, harganya yang masih rendah dari harga kedai-kedai lain yang terdapat di Negeri Melaka ni.

Berminat untuk kemari?, kedai ini terletak sederet dengan Domino Pizza Batu Berendam dalam jarak 20 pintu jugalah...errrr ni gambau makan-makan aku dan geng Ria Family, Shahir.....kuat makan juga dia ni...ha ha ha.....


Shahir sebelah kiri, yang kanan tu kawan dia, tengoklah susunan kuah cicah depan dia...steady tak???...


Tengah panggang ayam dan rebus sosej.....sedap tu...


Udang dia besar-besar juga, kegemaran wife aku setiap kali ke mari, aku minat daging dia....mesti konyangnya...


Promosi khas untuk pemiliknya...he he he....errr tengok pinggan kat belah Shahir...banyak kan???....ha ha ha...





...

Ceramah Keselamatan di ILP Melaka

Kata orang kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Kalau tak cuba sesuatu yang baru, takan tahu hasilnya. Dengan semangat ingin mengetahui, menerima pelawaan Pengarah Institiut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Tuan Hj Abd Fatah yang juga merupakan rakan kelab Ria Family, saya hadir memberikan ceramah keselamatan di ILP dengan topik "Hand Injury". Alhamdulilah dengan masa 1 jam setengah yang diberikan, semuanya berjalan dengan lancar, dilayan sebagai seorang VIP membuatkan saya rasa terharu dan bangga bahawa tak terfikir level saya dah sampai ke tahap ini...he he he..

Gerun pun ada, gelabah pun ada, kaget pun ada, tak tahu nak gambarkan dan dengan ihsan jurufoto ILP, saya pamerkan sedikit momento disana....


Penuntut ILP yang hadir mendengar ceramah


Masa ni belum start lagi....

Menunggu dijemput ke pentas...nervous juga .......

Senget lah pulak....ha ha ha...

Laungan safety first sebagai penutup....cayoklah semua....

Cenderamata dari YDP Alumni ILP...tq semua.

Minum petang selepas ceramah...terima kasih buat Pengarah ILP dan seluruh warga kerja ILP atas jemputan ini, diharapkan mereka tidak serik untuk menjemput saya lagi....ahakss



...

Thursday, February 28, 2013

Satay Celop Melaka

Macamana nak bercerita ni, perut masih kenyang tapi tangan dan jari jemari dah gatal-gatal nak menulis dalam blog ni, kita pendekkan ceritalah, hari ni 28hb Febuari 2013 dan sepatutnya kilang aku dah gaji, dari info kawan-kawan, gaji memang dah masuk tapi kat mesin ATM tak boleh keluar duit....betul ke???.. Bila pergi check sendiri, memang betul RHB ada masalah, tekan-tekan duit tak boleh keluar juga, memang hampeh tul bank ni. Asal lepas draw duit gaji nak pergi pekena makan steamboat kat MITC tapi dek kerana duit tersekat, aku ubah planning pergi makan satay celop aje kat Batu Berendam.

Satay celop ni terkenal dikalangan orang cina aje dan kat area bandar Melaka aje dengan salah satu kedai yang popular adalah kedai satay celop capitol dan setiap kali lalu, mesti ada pelanggan yang berdiri beratur nak tunggu turn makan. Dan kedai ni yang pertama aku jumpa milik orang melayu dan terletak berdekatan pasar borong Melaka. Nak bercerita panjang masih kekenyangan maka tataplah gambar yang ada, oh ya kedai ni juga ada facebook, boleh layari di ( fb.com/anggerik.putih.96 )


Aiman sedang menuai hasil celopannya...

Antara menunya...

Yang ni rojak buah, diberi percuma sebagai hidangan pencuci...memang  best...

Menu den...sikit aje...diet...:p

Antara aktiviti menuai dan menuai lagi...

Senarai harga...

Kuyu kekenyangan...


Yang ni gambar meja sebelah....ha ha ha....



...

Thursday, February 21, 2013

Restoran Anjung Merah USJ3A

Baru-baru ni, berpeluang bertugas di kilang syarikat di Seksyen 26, Shah Alam pasal 2 rakan sekerja terpaksa bercuti atas urusan peribadi. Bila boss offer untuk bertugas kat sini untuk sehari sahaja, apalagi macam orang mengantuk disorongkan tilam king saiz ler...he he he...

Waktu lunch hanyalah satu jam sahaja namun dek kerana ketagihan yang teramat sangat untuk menjengok kedai makan seorang sahabat di USJ3A, terpaksalah aku mohon kebenaran dari boss kilang, dia bagi green light aje, apa lagi...mencanak ler aku tekan minyak ke restoran ni...

Sampai kat Restoran Anjung Merah ni, sahabat ku sudah menanti, apa lagi....dia suruh aku order ler...



My pren... Op Adila Datuk Abdullah A Coy Batch 83-87 yang juga pemilik Restoran Anjung Merah 1, 2 dan terbaru Anjung Merah 3.


Menu utama aku kalau ke mari sudah semestinya nasi putih, gulai daging kawah, ikan pari bakar, sambal tempoyak dan kadangkala menu seperti siput sedut ataupun ayam goreng kampung berempah. Ayam ni digoreng panas-panas ikut tempahan semasa, memang mercik. Untuk ikan pari bakar pula kuah cicahnya bukan kuah cili kicap atau asam macam di Melaka tapi ianya agak berbeza paling ketara ianya tidak terlalu pekat mahupun terlalu cair. Tak tinggal air kelapa gelas 4XL...he he he...ini menu pilihan aku setiap kali kemari, maklumlah lokasi kedai ni dengan Melaka terlalu jauh maka bila berkesempatan untuk ke Shah Alam, Restoran Anjung Merah ini tetap menjadi destinasi utama aku dan keluarga.

Bukan nak promote kedai ni lebih-lebih pasal owner dia kawan semasa di RMC dulu tapi kenakkan rasa masakannya benar-benar sesuatu yang lain yang tak sama dengan masakan yang biasa kita makan, macam biasa aku pasti suruh hangpa try dulu, kalau best...boleh repeat dan mengajak sanak saudara memenuhi kedai ni lagi tapi kalau tak sedap...takyah mai lagilah... dan hasil order aku tengahari hari tu...



Tiada sisa-sisa pembaziran...


Cuma kalau kemari dan bertemu dengan pemiliknya, maklumkan dengan beliau, tuan-tuan wakil blog saya, in sha allah anda akan dapat hadiah istimewa....yakni bergambar dengan beliau....ahakss



...

Saturday, January 19, 2013

Coconut Shake Batu Berendam

Di Melaka ni, seolah-olah makanan dan minuman dah mula menjadi tarikan utama para pelancong dan antaranya adalah Coconut Shake. Dulu Coconut Shake yang terkenal di Melaka ni terletak di Klebang sahaja kemudian di Alai. Tak berapa lama pula dibuka di Lereh dan terbaru adalah di Batu Berendam. Semua pemiliknya bukan orang yang sama kerana rasanya yang berbeza diantara satu sama yang lain, di Batu Berendam ini asalnya hanya menjual air kelapa dan air mata kuching sahaja tapi mulai tahun lepas 2012, pemiliknya telah menambah menunya dengan mengadakan Coconut Shake pula. Rasanya agak berlainan dari stall Coconut Shake yang ada di Melaka ni, bagi aku ianya memang sedap selain sebatian isi kelapa yang dikisar tidak terlalu halus membolehkan kita seolah-olah mengunyah Coconut Shake ni dan bila ditambah aiskrim perisa vanila, resipi standard yang perlu ada dalam Coconut Shake...tentunya rasa ia benar-benar terangkat....ahakss



Asalnya gerai ini hanya menjual air kelapa...lihat menunya...

Kemudian ditambah dengan menu terbaru...

6 pengisar digunakan sepenuh masa......ada 2 dibahagian belakang sebagai standby andaikata ada kerosakan pada mana-mana satu pengisar ini....
 

2 gelas Coconut Shake yang aku bawa pulang, kalau dilihat dari dekat, anda boleh melihat tekstur  Coconut Shake ni seperti berbutir-butir...percayalah...anda pasti akan puas hati bila meminumnya....

Menonton TV ditengahari sambil pekena segelas Coconut Shake Batu Berendam....pehhhhh!!!!!




....