Sunday, March 25, 2012

Demi Hafiz - Kayuhan Amal Op Wan Sabri

Rasa bangga ada, terharu, dan malu juga ada dalam diri ini apabila seorang rakan Op Senior iaitu Op Wan Sabri   yang berusia lebih tua 16 tahun dari aku boleh berkayuh dari Maktab Tentera Di Raja bersama seorang rakan beliau yang kebetulan dari MCKK ke Felda Semechu yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Walaupun beliau mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk sampai kesana kerana beliau mengamalkan konsep kayuhan santai yakni singgah bersembahyang atau berhenti rehat mengikut kesuaian mereka tanpa perlu mengejar masa atau mempunyai time limit.

Kayuhan amal ini dibuat untuk mencari dana buat "Sumber Demi Hafiz" Op junior yang aku tak kenal termasuklah Op Wan Sabri juga tapi semangat OLD PUTERA Maktab Tentera DiRaja menjangkaui batasan, tiada siapa yang tidak kita kenal, selagi kamu OP, semangat, layanan. kesungguhan dan setiakawan OP itu tetap terjalin kukuh. Komrade tetap komrade, tak kira apa batch kamu, tak kira tahun apa pun kamu POP, yang muda menghormati yang tua, yang tua memimpin yang muda, dan alhamdulilah kayuhan amal yang bermula pada 21hb Mac 2012 dan tamat pada 24hb Mac 2012 benar-benar membuktikan banyak perkara,  antaranya bantuan kemanusian tidak tamat diusia tertentu, usaha mencari sumbangan bukan melalui satu aspek sahaja, ianya pelbagai dan keikhlasan bukan dinilai dari kemewahan seseorang itu menyumbang....

Tabik buat Op Wan Sabri dan OB Kamat yang sudi memulakan konsep kayuhan amal ini, walaupun beliau agak berusia, tenaga dan azam beliau membuka mata orang muda, hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Menyumbanglah seikhlas kita, tak kira besar atau kecil sumbangan kita, yang penting...kita mengambil bahagian untuk menyumbang.....

Sedikit gambar beliau ketika sampai ke Pit Stop pertama dari RMC ke Alor Gajah, Melaka..


Tepat jam 8.15 pagi memasuki sempadan Negeri Sembilan / Melaka....

Teka berapa berat beg dan basikal mereka?...

Melepasi pekan Simpang Ampat, lihatlah senyuman beliau...tak lekang dari bibir...

Selamat sampai ke pekan Alor Gajah jam 8.45 pagi dan disambut oleh welcoming committee, khas dari Kem Terendak, Melaka...

Gambar kenangan....dari kiri, Op Tun Bariq, OB Kamat, OP King, Op Wan Sabri dan Op Aswad. Terbaikkkk!!!

Singgah bersarapan di restoran milik seorang op juga di Alor Gajah. Milik Op Suhaimi.

Tq Op Suhaimi atas penajaan sarapan pagi kami, alhamdulilah dan syukur.

One for the album, tabik spring buat mereka berdua.




...

Monday, March 19, 2012

Meeting AJK RF kali ke 2 /2012

Meeting AJK pertama aku tak dapat hadir dan alhamdulilah meeting yang kali ke 2 ni aku berkesempatan untuk menghadirkan diri... Macam biasa, aku paling awal sampai selain tauke kedai, kalau tauke kedai tak sampai, macamana aku nak masuk...wakakakaka....


Bukti aku orang pertama yang sampai....sorang pun ajk belum menampakkan bantang hidungnya..he he he..

Yang ni early bird....kira awal lah, bukan angry bird yea...kang Bard saman aku lak...ahakss

Dah mula ramai yang sampai, masih menunggu Pop sampai, dia buat lawak agaknya, fail mesyuarat pun boleh tertinggal, terpaksalah dia buat U-turn...lawak..lawak...

Dah start, Jai sedang membentangkan usul beliau...semua orang serius masa ni....

Pop dan Cikgu Murali pun dah sampai, kira dah cukup korumlah masa ni...

Orang dah nak habis, Pop tak habis-habis lagi dengan usulnya, tulah, sapa suruh lambat....

Aku dah lapar,...aku dah lapar...meeting tak habis-habis lagi ni, perut dah goyang dangdut ni...gggggrrrrrrrrrrrrr


Barisan hidangan yang sedang menanti untuk dihabiskan...wakakakaka...

Makan timeeeeeeeee!!!!!!! Bard!! tolong ambik gambar, aku tolong makan kan...ha ha ha...


Cer teka, sapa nama member aku ni, gaya makan memang terbaik...clue dia, orangnya muda tapi ahli kelab panggil dia TOK, dia duk kat Selangor....kih kih kih...

Lepas makan tadi, kitaorang sambung lagi, Pop siap bagi cenderamata untuk mereka yang hadir...hadiah perkahwinan dia..ooppppsss dari majlis perkahwinan adik ipar dia...

Leher Putat dah panjang, dah tak sabar nak balik ni...he he he...
Kami mula mesyuarat jam 11.00 pagi dan selesai dalam pukul 2.50 petang, banyak juga usul dan resolusi yang dapat diselesaikan, terima kasih buat seluruh ajk yang hadir dan yang tak dapat hadir, insyallah lain kesempatan ada lagi, yang penting sokongan anda pada kelab.


...

Wati Corner, Nilai, Negeri Sembilan.

Nak bercerita soal makan ni, sampai bila-bila tak habis... Entry kali ni nak menceritakan semula sebuah kedai yang menjadi salah satu port feberet aku dan wife untuk pekena masakan daging salai dan juga lauk lemak tempoyak, tak kiralah isinya ikan patin ataupun undang. Memang terangkat dan berpeluh bila pekena masakan ni, rasanya bagi aku setakat ni, masakan lemak daging salai dan udang masak lemak tempoyak kedai ini mengungguli carta teratas masakan terpower dalam benak ku...he he he... Baru-baru ni berkesempatan berkunjung sekali lagi ke kedai ni ketika mesyuarat AJK Kelab Ria Family, aku tak melepaskan peluang keemasan yang muncul dan kedai ini buka pada hari Ahad semata-mata untuk cater mesyuarat kelab RF ini sahaja. Apa lagi, aku raya sakan lah disini...


Aku tertarik dengan pintu pagar dia, macam pintu pagar yang terdapat dirumah-rumah tradisional di Melaka, dulu sebelum diupgradekan, kedai ni mempunyai pagar yang biasa-biasa aje dan selaras dengan proses evolusinya, ianya tidak melupakan ciri-ciri tradisional, itu yang aku kagum...

Sepanduk dengan menunya sekali, taklah detail sangat, takper...lepas ni ada gambar menunya secara detail....

Gabungan set meja makan moden kotemporari dengan pagar buluh, mencantumkan keserasian ketenangan antara dua alam...terasa santai dan tenang bila berada disini.

Dekorasi ala-ala Eric dalam Casa Impian, tikar dijadikan tirai pemisah antara ruang dapur dan ruang makan pelanggan serta dinding bidai yang menutupi sinki basuh tangan, asli dan menampakkan lagi sudut tradisionalnya...

Alamat penuh kedai ni tapi dikalangan ahli kelab ria family kami panggilnya warung kubur aje...ada sebabnya...

Insyallah pengendalinya mengamalkan budaya bersih dan sihat dalam penyediaan makanan dan masakannya...

Menu lengkap kedai ini dan antara menu utama bagi aku dan isteri bila kemari adalah...Patin Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Udang Lemak Tempoyak, Sotong Sambal Petai dan minuman sudah tentu aku order Cendol 1 jug...he he he...

Masa mesyuarat hari tu, makanan dah siap sedia untuk dihidangkan dan tengoklah amalan kebersihan yang diamalkan disini, insyallah bersih dan selamat...

Close up Udang Sambal Petai....perggghhhhhh....

Daging Salai Lemak Cili Api, kalau tak order menu ni, baik jangan datang......

Udang Lemak Tempoyak...pun terangkat....perggghhhh.... kalau isinya dah habis, makan nasi dengan kuah ni pun dah cukup, aku tak bohongnya...cubalah try...

Ikan masin, gaul dengan bawang yang dihiris-hiris juga campur  cili api yang dihiris, cubit sambal gesek sikit, cubit telur masin sikit, gaul dengan nasi.....mmmmmm terangkat lelangit, berjujuran air peluh membasahi dahi...he he he..

Ini setting hidangan hari tu pasal kami ramai, dalam 20 orang juga, syoknya toksah cakap, berlumba taukeh dia hantar nasi tambah...he he he..

Bohong kalau aku datang makan tanpa peluh membasahi pipi...ini buktinya, bukan aku menangis tapi aku kepedasan... apa lagi, dalam entry terdahulu ada cara-cara bagaimana untuk kemari...pi lah cari....ha ha ha... Rugi sapa tak mai woooooo...




....

Wednesday, March 14, 2012

Air Panas Gadek, Alor Gajah

Bila time cuti sekolah macam ni, wife dan anak-anak akan selalu bertanya, bila kita nak pergi jalan-jalan?. Walaupun seribu kali persoalan ini dilontarkan, saya tak pernah jemu untuk menjawabnya, kadang-kadang saya jawab, nanti ayah fikirkan dulu dan bila saya habis berfikir nanti, cuti sekolah pun habis...he he he, kadang-kadang saya jawab tunggu ada orang offer gi bercuti, petrol sponsor, bilik hotel sponsor sampaikan makan pun nak tunggu orang tu sponsor juga....wakakakakaka. Takdelah gamaknya nak menunggu peluang sebegitu rupa. Selalunya time cuti sekolah memang saya tak berminat nak travel jauh-jauh. Dah boleh bayangkan bagaimana jemnya jalanraya disekitar kawasan percutian tu nanti dan dengan hotel yang packed serta kolam renang dah umpama kolam renang tin sardin, penuh dengan orang ramai sepanjang masa..... tak minat...he he he...

Jadi entry kali ini nak dipaparkan percutian singkat kami sekeluarga ke Air Panas Gadek yang terletak 10 KM dari pekan Alor Gajah, Melaka. Kawasan ini merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai sumber air bawah tanah yang panas dan ianya telah dikomersialkan bagi memenuhi permintan pengunjung dan pelancong ke Negeri Melaka ini. Asalnya adalah sebuah kawasan kolam air panas yang kecil yang kemudiannya telah dibangunkan sebanyak 2 kali sebelum ianya mencapai ke tahap sekarang, world class....ahakss. Bayaran masuk adalah sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Waktu yang sesuai untuk mengunjunginya adalah pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang sejuk, sebaik-baiknya bermula dari jam 8 malam sehinggalah ke pukul 2 pagi. selepas waktu itu tidak digalakkan kerana khuatir anda dah mengantuk masa tu...he he he..

Kita boleh memilih untuk merendamkan setakat tapak kaki sahaja, betis, lutut atau paras pinggang atau semuanya sekali. Ada pelbagai saiz kolam disini, pilihlah yang mana satu sesuai untuk kita dan keluarga, tahap air panas setiap kolam berbeza-beza bak kata orang kalau lagi panas, ianya lagi berkhasiat untuk tubuh badan kita. Kebaikkan berendam air panas ini adalah ianya mampu melonggarkan mana-mana urat dalam badan kita selain menguatkan saluran darah kita, bila darah dapat mengalir dengan baik, semuanya pasti baik...wakakakaka

Nak diceritakan sebetul-betulnya khasiat dan dan rahsia berendam ni, mahu 13 hari pun tak habis, sebaiknya datanglah mencubanya sendiri, insyallah anda takan kerugian masa dan tenaga, percayalah, belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak lagi...he he he... macam iklan minuman tongkat ali lak,,,ha ha ha..



Menunggu nak masuk...

Tiket dah pun ditangan, apa lagi....

Wife suspen nak masuk, siap kena pimpin lagi....ish ish ish...

Aiman dah terjun tadi, lompat naik balik...panas katanya...ha ha ha...

Kami memilih kolam yang sesuai untuk seisi keluarga berehat, ada banyak juga kolam seperti ini, keluasannya 2 meter kali 2 meter. Ada sesetengah kolam tu samaada terlalu kecil atau terlalu besar, terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Syafiq dan Ikhwan steady aje, siap terjun tiruk lagi...

Ada juga meja untuk rehat-rehat dan tempat letak barang...

Gazebo berkipas angin juga disediakan kalau-kalau kita nak berkelah, membawa makanan disini tidak dilarang tapi dilarang untuk bercumbuan... he he he.. Konsep dia santai dan semua pengunjung tidak akan dihalau walaupun duduk dikawasan ini 24 jam cuma kalau merosakan harta benda awam atau bergaduh, dah tentu kena sepak keluar...

Kami tak bawa makanan pasal jarak antara rumah dan kolam ini hanyalah 22 minit pemanduan sahaja, tak perlu juga risau kerana ada kedai makanan disini dan juga paling best, ada kedai menjual burger. Tapi ingat, kena bawa air putih banyak-banyak kerana setiap rendaman selama 10 minit perlu disulam dengan air putih barang seteguk dua bagi mengelakkan air dalam bandan anda tersejat secara drastik.. Kalau terlupa, beli 100 plus pun takper.

Aiman makan dengan berseleranya.

Dah nak balik dah, tengok mata masing-masing...kah kah kah.....


...

Sunday, March 4, 2012

Sumber Demihafiz

Salam sejahtera,

Terpanggil untuk membantu dengan usaha yang kecil ini, menwar-warkan tentang kisah seorang rakan OP Junior dari Maktab Tentera DiRaja yang mengalami kemalangan, yang telah mengakibatkan beliau lumpuh satu badan. Beliau sebelum ini merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan dan akademik namun sejak ditimpa kemalangan, nasib beliau berada digarisan yang payah untuk saya tafsirkan. Atas usaha beberapa rakan Senior OP Maktab Tentera DiRaja, satu tabung telah dilancarkan baru-baru ini oleh Dato Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan bagi mengutip sumbangan ikhlas dari seluruh warga OP khasnya dan orang ramai amnya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri berada disituasi sebegini. Walaupun diberikan duit sebanyak mana pun, ianya tak mampu mengembalikan kesihatan beliau namun ikhtiar dari rakan-rakan op mahu membantu keluarga beliau, seboleh-bolehnya bersamaan bak kata perumpamaan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, inilah usaha mereka semuga usaha murni mereka ini diberikan ganjaran pahala oleh yang maha ESA. Terima kasih bagi yang sudi menyumbang, tak kira berapa sedikit ataupun besarnya sumbangan anda, semuga kebaikan anda mendapat ganjaran dariNYA, terima kasih atas bantuan anda walaupun membaca blog ini kerana bagi saya, anda berjiwa perihatin. 






Konvoi Ziarah akan datang.



(Dipetik dari facebook seorang rakan op juga......)


OP Hafiz dilahirkan 23tahun yang lalu pada 24Ogos 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik beradik, OP Hafiz ialah anak kelima..Selain 2 lelaki dan 3 perempuan.Seorang kakak telah meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. OP Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA..Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semenchu, Kota Tinggi sejak 1977..OP Hafiz mendapat penidikan awal si SRK DAN SMK SEMENCHU sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002.. Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di kompeni F..Selepas Perbarisan Tamat Latihan di MTD pada akhir tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Teknologi Petronas untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011..Beliau berada pada tahun ke3 dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas, Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki..

TAK SEMENAMENA...TRAGEDI MELANDA...

Tragedu melanda pada petang selasa, Mei 24hb 2011. OP Hafiz dan beberapa kawan kawan sedang bermandi manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari cenuram. Pada terjunan ke3 atau ke4 beliau tidak timbul..Mujur kawan-kawan dan orang yang di pantai sedar akan keadaan itu..Bergegas mereka menarik beliau keluar dari air laut. Beliau kaku dn kesejuka, kedua belah tangannya bengkok, tak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban..OP Hafiz serta merta dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi. Memandang kan keadaan kritikal, OP Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru...

MIMPI NGERI RAWATAN...

Pada 19hb JUN 2011, OP Hafiz menjalani pembedahan di Hospital tersebut selama lebih kurang 7jam yang mencemaskan..Kelauarga Abu Tahir &Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana yang tidak terperi..tidak tahu apa yang akan berlaku.Mereka hanya "pasrah" kepada ALLAH..Pembedahan berjaya.. "ANTERIOR PLATING" dipasang dan penggraftan tulang dilakukan. OP Hafiz telah didiagnos mengalami "fraktur ledak C6 dengan defisit neurologi, cedera kepala ringan beserta pendarahan intrakranial dan ulser tekanan pada kawasan gluteus." Merujuk laporan surgeri, Oleh Dr Wan Noor Azlizana Mamat, Jabatan Ortopedik.."Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti..Kita perlu menunggu selama sekurang2 nya 6 bulan untuk menentukan samaada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat.."..

MASA DEPAN OP HAFIZ??

OP Hafiz kini terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. Keadaan medikalnya amat kritikal. Hidupnya tidka keruan.. Pemikiran bahawa "lumpuh dan terlantar sakit di katil sepanjang hayat" merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan OP Hafiz dan keluarga tersayang..
Universiti Teknologi Petronas amat perihatin.UTP telah membiayai segala kos pembedahan , perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan OP Hafiz...yang berjumlah sekitar RM 25 000..Beberapa sumbangan telah diterima daripada OP (OP - bekas putera Maktab Tentera Diraja) sebanyak RM 6 820 ...kebanyakannya daripada usaha murni OP yg lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga OP Hafiz...

NAMUN...OP HAFIZ PERLU LEBIH DARI INI...

Tabung " SUMBER DEMI HAFIZ" Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan OP Hafiz. OP Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau..
Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada Tabung ini..

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank..

SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB no akaun 14160001103109

BERDOA LAH KITA BERSAMA AGAR OP HAFIZ SEMBUH DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENYAYANG...YA ALLAH KEPADAMU KAMI BERSERAH...

*NOTE = OP (OLD PUTERA) khas untuk bekas penuntut Maktab Tentera Diraja...