Sunday, November 25, 2012

Majlis Khatan Aiman Dan Ikhwan 24 Nov 2012

Sebenarnya majlis khatan anak-anak aku ni lebih kepada program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen Tangga Batu, kalau ikutkan hati, aku nak buat kat klinik biasa aje cepat dan ringkas tapi memandangkan orang tua suruh ikut program ni, aku akur aje, nak buat macammana, melawan berdosa. Jam 7.50 pagi kami sekeluarga dah sampai ke Klinik Kesihatan Klebang, nasib baik aku dah beli breafast untuk anak-anak sebelum datang, tengok kat banner program, ianya start jam 9 pagi dan dari YB yang akan datang merasmikannya, memang lambatlah startnya. 

Ternyata tekaan ku tepat, YB datang pukul 9.30, ucapan beliau meleret-leret , habis ucapan pukul 10.30, start acara mandi beramai-ramai, apa lagi, kerja bomba lah siram anak-anak aku... Kul 11 baru habis semua program protokol dan program berkhatan pun bermula, paling tak best ada 140 penyertaan anak-anak dari Parlimen Tangga Batu dan Tok Mudim hanya dua orang sahaja, setiap anak-anak yang dikhatankan mengambil antara 20 ke 25 minit seorang. Bayangkan no giliran anak-anak aku adalah no 44 dan no 45, no 1 start pukul 11.10. Agak-agaknya pukul berapa nak sudah.....

Aiman start berkhatan jam 4 dan selesai jam 4.15 petang manakala Ikhwan start 4.20 dan selesai jam 4.45 petang, sampai rumah jam 5.25 petang, letihnya tak boleh cakap, dahlah semalamnya aku kerja 24 jam standby bakar tangki, belum dapat tidur sepanjang hari, dekat pukul 6.30 petang aku sound wife, aku dah tak boleh tahan, mata dah mengantuk gila, aku naik bilik mandi-mandi terus lelap, pukul berapa mak mertua, mak aku, dan adik ipar balik pun aku tak sedar, aku sedar semula jam 3 pagi, turun ke bawah tengok anak-anak tidur kat hall bawah aje.....sedih ada, bangga pun ada...anak-anak aku dah dewasa...uhuks uhuks..



Muhammad Syamil Ikhwan - 7 tahun

Muhammad Syukur Aiman - 9 tahun



Tengah q untuk pendaftaran, nasib baik antara yang terawal, kalau tak...kul 8 malam pun tak selesai-selesai...


Ngam-ngam salin baju free, bomba pun sampai...belum boleh mandi lagi, YB tak sampai lagi...

Bersama babah dengan pakcik Jamal, kawan babah

Syafiq dari rumah tak abis-abis menyakat adik-adik dia, tengoklah aksi gunting tu....

Beratur lagi, kali ini beratur ambik duit semangat dari YB, dapatlah sorang rm10...

Mandi timeeeeeeee........!!!!




Dah mandi, apa lagi, salin baju tradisi berkhatanlah...kain pelikat dan t-shirt......

Ikhwan sedang merenung saat-saat menghampiri alam kedewasaannya...masa ni semua anak-anak aku kawal ketat, buat depa lari keluar pagar, tak larat aku nak kejar...ha ha ha...

Ni gambar Ikhwan sedang bersunat, tak boleh post banyak-banyak, rahsia kerajaan....

Dah selesai, adik steady, nurse pun cakap macam tu, Aiman aje kecoh, mau lari anak orang lain dengar jeritan dia...ha ha ha...malu aku weiiii.....

Aiman khatan dulu baru Ikhwan, tengah tunggu Ikhwan selesai...

Mak mertua tengah betulkan kain pelikat Aiman, nenek mesti sayang cucunya....

Wajah dewasanya anak-anak aku....

Gantung kain sorang-sorang dulu...ngilu...

Dah selesai dan alhamdulilah selamat semuanya, nak gerak balik ...

Selamat sampai rumah, dalam perjalanan dua-dua mengerang sakit, jalan terhentak-hentak, maknanya ubat bius dah habis dan sakitnya mula timbul...macammanalah tidur malam nanti...

Hari kedua, dah boleh main PS2 pinjam dari Abang Shahir maka oklah tu lepas ni, harap-harap diaorang cepat sembuh...Amin...


...



Thursday, November 8, 2012

Nasi Lemak Kampung Morten

Macamana nak tulis ni yea, rasa memang aku belum rasa, baru aje tempah bihun goreng dekat kedai ni masa Family Day sekolah tempat wife mengajar baru-baru ni, rasanya ok dan untuk nasi lemak ni pulak.......nak kena try sebenarnya. Walau apa pun, kasi masuk dulu entry ni, insyallah ada kesempatan, mesti nak gi try juga kat sini. Ianya beroperasi waktu malam aje, siang tak berniaga.

Lokasinya terletak kat dalam Kg Morten, kampung yang terkenal dengan kebersihan selain kampung contoh yang terletak disepanjang Sungai Melaka, tempat river cruise lalu. Kampung ni memang cantik, kalau lalu sebelah malam memang mercik, payah nak cakap, tuan-tuan kena try datang ke kampung ini untuk mengiyakan kata-kata ku , lepas tu boleh pekena nasi lemak kat sini, kata orang best in town, kalau berpandukan pada lokasi kedainya, memang betul-betul kat dalam town...ha ha ha...






...

Tuesday, November 6, 2012

Hari Keluarga SKTBR 2012

First time aku join aktiviti sekolah wife kat Melaka ni, selalunya memang tak pernah dapat join pasal sibuk dengan kerja ataupun kadang-kadang masanya tak ngam. Kali ni 2 bulan awal wife dah maklumkan suruh kosongkan jadual kerja maka demi untuk isteri tercinta, aku kosongkan tarikh tersebut untuk beliau. Family day Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai dibuat di Taman Botanikal Ayer Keroh pada 4hb Nov 2012 yang lalu, selama menjadi orang Melaka berdarah Negeri Sembilan ni...ha ha ha..., inilah kali pertama aku sampai ke Taman Botanikal ni...

Banyak juga gambar yang diambil cuma tak bolehlah nak upload banyak-banyak, kena tengok kat FB lah kalau nak tengok yang lain-lain, mari kita mulakan pengembaraan ini....ahakss



Banner sambutan, tak banyak gambar tapi boleh kenallah orang yang kat depan tu...


Kami sampai awal pagi, lebih kurang jam 7.30 pagi, antara yang terawal, sedang mengambil sarapan...

Oleh sebab aturcara rasmi bermula jam 9.00 pagi, anak-anak aku buat aktiviti diaorang sendirilah dulu...

Inilah antara keistimewaan family day SKTBR ni, ada stall roti canai, siap gerai bergerak dia dalam hutan ayer keroh ni....

Antara para suami yang sama-sama turun padang menyokong aktiviti wife masing-masing, kamera abang tu canggih, kalah kamera aku...ha ha ha...

Sedang menunggu acara perasmian...

Bacaan doa oleh Ustaz Nizam yang juga merupakan tukang masak utama sepanjang family day ni berlangsung, paling best ikan bakar beliau dan kuah cili kicap, siap bawa lesung batu ke dalam hutan ni....tabiklah ustazzzz...

Ucapan alu-aluan oleh Cikgu Samad yang juga kenal kedua orang tua ku....panjang ceritanya...

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, Puan Hajah Kamariah Abd Rahim


Senamrobik time, dangdut style ada, siam style ada dan paling best, oppa gangnam style pun ada, lebih kurang jahanam style jugalah...ha ha ha...


Dah selesai senamrobik, bergambar lagi ler...

Antara guru-guru yang gigih bertugas sebagai urusetia, terbaik dan tabik.

Siap ada BBQ lagi...memang marveles family day ni sampai aku ingat hanya ada acara makan aje dari acara sukanika...ha ha ha...

Relax dan santai, memang kena dengan semangat kekeluargaan SKTBR ni...


Anak-anak tengah mendengar taklimat treasure hunt.. Yang paling khusyuk sekali.....cikgu Diyana...he he he..



Selesai acara sukanika dan sekarang acara membungkus makanan lebih...antara yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera den...

Antara kucing-kucing berkepala hitam...wife aku pun ada sekali....kantoi...ha ha ha...

Yang ni acara pasangan...memang merbahaya acara ni, wife paksa juga suruh masuk.....tawakal ajelah...

Acara mengenali pasangan...suspen, tah apa yang wife aku tulis, jangan silap sudah, tidur luar lah laki dia malam ni...

Cubaan membodek ketua pengadil, Cikgu Samad, bagilah kitaorang menang cikgu....ha ha ha...

Dan akhirnya...yahooo, aku menang, tempat kedua pun kedualah, yang penting tak tidur luar ...ha ha ha...

Antara acara yang aku paling suka masa mana-mana family day atau sukanika yang ada BBQ macam ni adalah....., menjadi tukang masak...ha ha ha...pasal tukang masak dapat makan dulu dari orang lain dan paling utama, boleh pilih makanan. Apa-apa pun, Family Day SKTBR tahun ni yang pertama kali dibuat sebegini dan dibuat dari luar kebiasaan merupakan yang terbest pernah aku hadiri, tahniah pada penganjur dan semua ajk kelab guru yang terlibat, berbaloi usaha anda, bukan senang nak organise majlis seperti ini, komitmen dan usaha anda dari mula perancangan sehinggalah selesai program amat-amat dihargai. Tabik buat seluruh warga SKTBR, anda memang hebat!!!. 



...

Steamboat Restoran Api-Api @ Melaka

Birthday anak bujang aku adalah pada 28 Oktober yang lalu, macam biasa kami akan sambut birthday ahli keluarga kat luar kalau ada fulus lebih, kalau fulus kurang, makan kat rumah ajelah. Topik kali ni bukanlah nak bercerita birthday dia tapi lebih kepada kedai yang kami pergi makan tempohari. Kedai ni berkonsepkan steamboat dan grill macam yang aku selalu pergi, lokasinya berdekatan dengan Jayajusco Bandar Melaka yang bersebelahan dengan Tesco Melaka Central. 

Kalau nak bagi bintang, aku bagi 3 bintang untuk keseluruhannya, dekorasi aku bagi 4 bintang, suasana dan mood 4 bintang, pilihan makanan 3 bintang dan pilihan sos pencicah, aku bagi 1 bintang aje. Sebenarnya kalau makanannya diletakkan seratus jenis pun tapi kalau kuah cicahnya hanya sos cili, thousand island dan kuah cili kicap, memang aku tak nak datang lagi, berbanding dengan Steamboat House Senawang, pilihan sos aje kita dah tak tahu nak pilih yang mana satu inikan pula pilihan makanannya. Setiap kedai berlainan tauke begitu juga berlainan setting tapi bagi aku, terus terang lepas ni tak menyinggah lah lagi kecuali ada orang belanja...ha ha ha.... Macam biasa, jangan percaya dengan apa yang aku tulis, pergi sendiri dan rasa sendiri lepas tu nilailah sendiri, best atau tidak???...Ado Den kisah...ahakss 


Caj dia, dewasa rm24 dan kanak-kanak rm9.90.

Dia ada dua bahagian, satu dalam bangunan dan satu lagi bahagian luar, luas juga kedai ni. Boleh muat dalam 24 keluarga dalam satu-satu masa.

Bahagian dalam,  kedai lain guna meja bulat tapi kedai ni guna meja empat segi.


Sebelum...

Semasa....

Dannnnnnn....Sesudah....ahakss

Happy birthday buat anakku, Muhammad Syafiq Nor Zaidi yang ke 16 tahun, semuga menjadi anak yang soleh dan berguna. Aminnnnnn...


...