Sunday, September 9, 2012

OPA Open House 2012 - Aku Hadir...

Sebenarnya aku pun tak seberapa beriya-iya nak ke Open House OPA ni, bukan apa, majlis ni start pukul 5 petang dan buat pulak hari Jumaat, kilang aku kalau hari bekerja ni, kalau tak jejak pukul 7 malam atau pukul 10 malam, tak sah punya, takut kerja tak selesai maka aku takleh nak tinggalkan kilang ni. Inilah dilemma aku, dan dilemma lain lak, open house buat pada 7hb Sept dan kilang aku ada audit ISO pada 10hb Sept sampai 14hb Sept, minggu yang paling sibuk tu, aku dah kena tahun lepas, boleh kena cirit birit dalam seluar dibuatnya, macam-macam benda nak kena buat dan cover bagi menjayakan audit ISO ni, kalau gagal, boleh cari kerja kat kilang lain lah....

Op Ben Teranova yakni salah seorang Exco OPA awal-awal lagi dah booking aku untuk jadi pengacara dan yang sebenarnya, terus terang, aku takut jadi pengacara untuk event sebesar ini kena lak dengan kehadiran ramai op-op senior yang bertaraf general dan menteri, kalau setakat sukanika atau family day kilang Panasonic, celah gigi aje aku sungkit tapi kalau dah berprotokol....kencing pun boleh jadi tak lawas.. Nak ditolak, senior OP minta tolong, nak disambut takut aku yang terlolong...

Nampak gayanya terpaksalah juga aku menunaikan janji yang telah aku buat, masa dah semakin suntuk dan nak rebel atau IDLE, dah terlewat dah, kang meletup majlis pasal takde MC, boleh keluar METRO atau UTUSAN ni maka dengan izin ALLAH akhirnya aku sampai juga ke OPA Building ni dan hasilnya.... kena tengoklah sendiri, aku tak pandai menilai KPI aku, cuma yang mampu diperkatakan, siapa-siapa yang tidak hadir Open House OPA tahun ini, anda kehilangan satu moment indah dalam hidup anda, satu moment yang tak mampu nak dihuraikan dengan kata-kata atau digambarkan dengan potret sehalus ukiran MONALISA malah anda tak terpilih menjadi satu lagi sejarah pada majlis Open House ini, sejarah penyertaan teramai OP dalam majlis gilang gemilang ini sejak penubuhan Persatuan Bekas Putera itu sendiri...


Sesi pendaftaran. Tabik buat committee urusetia yang setia menjaga urusan ini dari petang sampailah ke kiraan yang terakhir lewat malam atau lewat pagi...

Turun aje basement dibangunan OPA ni tempat berlangsungnya majlis rumah terbuka OPA ni, aku dan family terkejut sedikit, nampak ada live band tapi kenapa semua bersila sehinggalah Op Ben terangkan konsep live performance ni, memertabatkan budaya bangsa kita...

Diberi taklimat sedikit misi dan visi untuk acara ini, sedikit garis panduan dan paling best, tiada skrip untuk aku ikut, yang penting make everybody selesa dengan acara ini. Tq Op KJ Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka OPA bagi tahun 2012.

Bermulanya tugasan aku dan paling best, mic jenis cordless, seluruh tempat aku boleh g ni...ahakss

Name tag aku, sorrylah kalau tak tahu nama sebenar den. Nama ikut FB ni...

The best of it, sambil makan pun boleh bercakap, itu memang kepakaran aku...ha ha ha...

Anak-anak aku pun aku bawa sekali, ramai juga OP yang datang solo, senang mereka nak berbual lama-lama tu agak aku tapi aku bawa family pasal senang aku nak balik awal sebenarnya...har har har...

Dah mula dah tugasan menyakat ni, Op SKM kena dulu...he he he..

Op Shah Zainol pun kena pasal dari masa OPA Day lagi dia pakai jubah, ada chance sakat, aku sakat...

Promote studio photograpy milik Op Nizarimi.  Salah satu kelainan yang dilihat dalam penganjuran Open House OPA ni.

Turn Pengerusi Sambutan berucap dan lepas tu sessi bagi sampul raya untuk anak-anak Op yang hadir. Meriah beb.

Antara rakan Op Batch aku yang hadir.

Bacaan doa oleh abang Din, suami Rose OPA, yakni kakitangan OPA.

He he he...masa ni aku kena sakat dengan tekong kumpulan Dendang Anak ni, macam biasalah kalau dah ex-boy, aku pun goreng aje...ha ha ha...

Aturcara sebagai panduan, memandangkan esoknya aku perlu bekerja dan anak-anak pulak ada sekolah ganti termasuk wife aku, aku terpaksa pulang awal dan terlepas peluang melihat pertunjukan bunga api, minta maaf kalau tak dapat jadi pengacara sampai habis acara, dari kul 5.30 petang sampai 9.15 di OPA Building, rasanya itulah masa yang paling lama aku dapat sumbangkan untuk majlis ini, at least ada dari tiada...ahakss

Putera pun ada sekali,,,,cuma tak nampak kelibat Tuan Komandan aje, dimana beliau yea?....

Menunggu sesi seterusnya, bergilir dengan persembahan Dendang Anak.

Best juga performance sebegini dan paling best bila salah satu lagunya yang bertajuk "Nak Kawin", ada lirik nasi lemak negeri sembilan...ha ha ha... aku siap request sampai dua kali ianya didendangkan...terbaiklah.....


Op Ben Teranova, senior aku kat RMC dulu yang call booking aku sejak 2 bulan yang lepas, memang excellence tugasan dan komitmen beliau, sepanjang event dia layan permintaan aku , siap produce next event, protokol, statistik kehadiran termasuklah info kumpulan Dendang Anak, senior buat kerja untuk junior, tabik weh...

Antara junior Op yang hadir, sebelah meja aku ni... Op Shazly yakni op yang berjambang tu selalu menarik perhatian aku, tak kiralah kat event RMC atau pun kat dalam FB, kenapa yea? Nak kata jambu, dia tak jambu...ha ha ha...Sorry Shazly, den bergurau...

Lagi junior Op sebelah meja aku, good turout dari batch mereka, cayalah....

My batch again...he he he...

Ucapan oleh Op Presiden Persatuan Bekas Putera Maktab Tentera DiRaja Op Termizi Junaidi dan kebetulan beliau bekas E Coy , my coy ha ha ha...ramai juga yang jeles bila aku sibuk menjunjung nama E coy sepanjang acara, dah aku E Coy pastu lak pegang mic...ha ha ha...gila kuasalah jadinya...ho ho ho...

A night to remember, berpeluang bergambar dengan Op Raja Nong Chik, Menteri Wilayan Persekutuan, mungkin beliau berpangkat besar yakni sebagai menteri, cuba tengok lak, badan siapa yang besar...he he he...

Balik time, sebenarnya aku ada satu rahsia yang aku tak kongsikan dengan sesiapa termasuklah dengan Op Ben Teranova, sebenarnya dimalam OPA Open House ni, aku bukan sahaja menjadi pengacara buat pertama kalinya tetapi juga merupakan kali pertama aku hadir dalam majlis hari raya di OPA sejak aku passing out parade, tak tahu lah kenapa dulu aku semacam tak berminat untuk hadir padahal masa tu aku duduk KL dan juga Seremban, kira dekatlah tapi bila dah duduk jauh di Melaka, semangat untuk hadir pada kali ini membuak-buak, mungkin aura wind of change dalam kepimpinan OPA merubah segala-galanya, mungkin... dan kalau betul kepimpinan kali ini membawa perubahan positif, insyallah aku akan sentiasa menyumbang, kalau bukan wang ringgit, tenaga dan keringat ku akan jadi sumbangan utama...

Simple banner, tak perlu logo tapi benar-benar amat bermakna, welcome OP seluruh Malaysia, kalau bukan kita yang menyumbang ke OPA, siapa lagi??? Sumbanglah walau sekecil sumbangan dan sokonglah kerana OPA adalah milik kita semua. Tabik hormat buat seluruh warga kerja Open House OPA ini, dari Exco sampailahlah ke Op yang menyediakan hidangan, a night to remember and a night that i won't forget. Gempur Wira!!!...



...

1 comment: