Sunday, September 23, 2012

Konvoi Walimatul Urus Tuan Din Bugis - 23 Sept 2012

Dah lama tak berkonvoi, kali ni bila ada peluang, den tak lepaskan, walaupun hanya short konvoi namun best tetap best. Pukul 11.30 pagi kena berkumpul kat persimpangan lampu isyarat Taman Paya Emas, dekat area rumah Tuan Pop dan konvoi akan bergerak tepat jam 11.50 pagi. Yang mula-mula sampai adalah En Shah dan Shahir, satu kereta kemudian disusuli oleh Op. Selepas itu baru Oben tiba dan dekat jam 11.50 lak baru Tuan Zaha, YDP RF sampai bersama Puan Naja ahli baru RF. Nampak gaya hanya 5 NZR yang akan berkonvoi kali ini.

Selepas taklimat ringkas, konvoi pun bermula, perjalanan menghala ke Pekan Sg Udang berjarak 7 kilometer dengan melalui 3 persimpangan lampu isyarat dan 2 persimpangan jalan utama. Alhamdulilah konvoi tidak terputus sejak dari mula hinggalah sampai ke destinasi dan syukur juga Lead Car tidak tersesat atau berpusing 2 kali...he he he.. 

Terima kasih pada Tuan Din Bugis yang sedia menerima kedatangan kami, sedap menu beriani gam dimajlis perkahwinan adik ipar beliau, bukan setakat makan, juga disertakan jajan untuk dibawa pulang. Harap-harap dihari perkahwinan beliau nanti boleh repeat beriani gam ni lagi...opppssss hari perkahwinan anak beliau nanti....ahakss...errrrr cabutttttttt......

Saksikan sedikit gambar konvoi ini.



Dari jauh nampak macam banyak kereta...5 buah aje...he he he..




Semua 5 kereta kelihatan dalam one shot...lens lak blur sikit...cap jari anak menimbun...ha ha ha...

Berkumpul selepas tiba...

En Shah dari Perak dan anak beliau, Shahir yang kini belajar di Kolej Risda, Alor Gajah.

Tuan YDP Ria Family, Tuan Zaha maklumkan konvoi kali ini gagal kerana tidak berjaya mengumpulkan pakar back marker, den kata takper, kita bagi satu posing khas untuk beliau nanti....

Buat pakar back marker yang gagal menghadirkan diri luar kawasan, terimalah posing stended dari kami khas buat mu yang jauh di TEMIANG.....ptuiiiii....ha ha ha...cabuttttttttttttttttttttttttttttttttt..


Waktu kami tiba, doa selamat sedang dibacakan...

Oben temankan aku makan...ehhh aku temankan Oben makan...ehhhh...bedal ajelah...ho ho ho...

Pasangan pengantin yang diraikan, semuga bahagia hingga ke anak cucu....amin.



...

No comments:

Post a Comment