Sunday, September 23, 2012

Coconut Shake ABC Tanjung

Port baru untuk minum petang, memang best tempat ni...kebetulan terjumpa waktu selesai menghadiri konvoi  walimatulurus kawan geng Ria Family di Sg Udang, macam food court dengan beberapa gerai dalam satu bumbung, pelbagai menu pilihan ada kat sini bukan setakat menu minum petang, ada satay, otak-otak, western, mee kari dan air pulak, memang class, malas nak taip panjang-panjang, tengoklah gambar kami anak beranak minum-minum disini...ahakss





Papan tanda aka banner depan kedai. Dilihat dari arah Tg Keling menghala ke Klebang.

Cendol dengan ais batu kisar, baru best.....

Sebelah kiri adalah coconut shake special dan sebelah kanan adalah coconut shake biasa. Mercik weiiii...

Karipap digoreng panas-panas, harganya 50 sen sebiji.

Chocolate shake.....deco aje dah macam kat McD..rasa lak ngancam habis, memang berbaloi singgah kat sini.



Aiman dengan chocolate shake nya....


Macam nilah keadaan luar kedai, kereta banyak seolah-olah macam ada kenduri kat kedai ni.... Kadang-kadang orang kata den promo aje lebih tapi rasa tah apa-apa, maka oleh itu, datanglah sendiri...ahakss




...

No comments:

Post a Comment