Friday, September 28, 2012

Burger Bakar Rawang

First time dapat makan burger bakar memang syiok habis... terangkat dan menyentap. Baru dibuka di Melaka dengan lokasinya adalah berdekatan dengan Restoran Ikan Bakar Malim yang terletak di MITC juga. Tak mau cerita banyak, nak tahu sedap atau tak?...mai sendiri cuba tapi pasti...anda tidak akan rugi...



Kat belakang kedai ikan bakar malim di MITC, buka dari jam 6.30 ptg sampai 12.00 malam, khamis tutup...malam sumaat....ha ha ha...

Ada screen besar, boleh tengok bola sekali...weekend lah...

Try order burger bergumbira, sos dia sos black pepper...sorry gambar blur sikit...
Dapur masak, menggunakan arang, memang sedap baiiiii....
Zoom sikit...besar-besar patty dia, berbaloi dengan harganya...
Yang ni Burger Bergumbira, menggunakan sos black pepper sebagai pengganti cili sos, banjir style juga..
Burger KLCC Rm18.00, kenyang makan satu keluarga...ha ha ha...

Yang ni burger ombak rindu...ada tambahan daging salai. Trend masa kini sos diletakkan banyak ala-ala banjir macam tu.





Amacam?...terliur tak?....tunggu apa lagi?.....gi lah test....ahakss



...

Kek Red Valvet - The Smiling Baker

Tah kenapa aku suka sangat makan kek red valvet, sebelum ni aku suka black forest kemudian chocolate fudge dan terbaru adalah kek ini... Wife masak kek ini mengikut resepi yang diperolehi dari kawan beliau di Kayangan Height, dah lama dah dapat resepi tapi wife takut nak cuba namun kali ni tah apa mimpi beliau, tah apa semangat yang meresap akhirnya beliau berjaya juga memasak kek ini dan aku juga berjaya makan kek ini tanpa banyak komplen...ha ha ha...



Icing jangan komplen, pasal ini amatur yang buat bukan pro...ha ha ha...

Dari dalam, layer yang tengah tu kurang krim pasal wife takut tak cukup krim tu buat sapu kat luar, tu yang nampak nipis aje line tengah-tengah kek tu.

Memang sedap kek yang wife aku masak ni, dapatlah juga kawan aku dari Dengkil rasa waktu beliau ke Melaka tempohari dan insyallah wife cakap nak repeat masak lagi...bolehlah aku repeat makan lagi...ahakss




....

Tuesday, September 25, 2012

Nasi Gunting, Pasar Besar Melaka

Kalau di utara terkenal dengan nasi kandar, Ipoh dengan nasi ganja dan Melaka dengan asam pedasnya, ada juga satu lagi menu istimewa di Melaka ni dan namanya adalah nasi gunting. Pertama kali makan nasi ini ketika aku di sekolah rendah, masa tu suka ikut arwah atuk atau nenek ke pasar Melaka yang ketika itu terletak di kampung jawa. Apabila dibangunkan kawasan kampung jawa tu, pasar Melaka dipindahkan ke pusat bandar yakni dijalan Tun Ali kemudian sekali lagi kawasan pasar ini dipindahkan berhadapan Melaka Central di Peringgit. 

Keistimewaan nasi gunting ni ianya seakan-akan macam nasi kandar, nasi dibanjirkan dengan kuah , daging dan perut lembu digunting-gunting kecil dan dibubuh telur masin, timun dan cili hijau, dijual dari pagi sampai jam 11 pagi sahaja dan kalau hujung minggu, silap-silap jam 9.30 pagi lagi dah habis. Kedai ini terletak dalam pasar besar Melaka berkedudukan ditingkat 2, paling senang naik escalator dan toleh ke kanan, insyallah anda akan nampak papantanda kedai ini. 

Sekali lagi kalau orang kata tak best, tak dapek den nak nolong, citarasa masing-masing berbeza dan paling utama Ado Den Kisah...ha ha ha...



Sorry!! no kedai tak masuk frame, kedai ni no 38.

Ini order aku, sepinggan nasi gunting dan teh o secawan. Last aku makan nasi gunting ni kalau tak silap aku masa aku kerja kat Putrajaya lagi yakni dalam tahun 2000 dan sekarang dah tahun 2012, lama betul gian aku membara dalam jiwa....

Dan hasilnya.....ha ha ha.... 2 pinggan nasi gunting dan 2 gelas air...kenyang beb....




....

Sunday, September 23, 2012

Coconut Shake ABC Tanjung

Port baru untuk minum petang, memang best tempat ni...kebetulan terjumpa waktu selesai menghadiri konvoi  walimatulurus kawan geng Ria Family di Sg Udang, macam food court dengan beberapa gerai dalam satu bumbung, pelbagai menu pilihan ada kat sini bukan setakat menu minum petang, ada satay, otak-otak, western, mee kari dan air pulak, memang class, malas nak taip panjang-panjang, tengoklah gambar kami anak beranak minum-minum disini...ahakss





Papan tanda aka banner depan kedai. Dilihat dari arah Tg Keling menghala ke Klebang.

Cendol dengan ais batu kisar, baru best.....

Sebelah kiri adalah coconut shake special dan sebelah kanan adalah coconut shake biasa. Mercik weiiii...

Karipap digoreng panas-panas, harganya 50 sen sebiji.

Chocolate shake.....deco aje dah macam kat McD..rasa lak ngancam habis, memang berbaloi singgah kat sini.



Aiman dengan chocolate shake nya....


Macam nilah keadaan luar kedai, kereta banyak seolah-olah macam ada kenduri kat kedai ni.... Kadang-kadang orang kata den promo aje lebih tapi rasa tah apa-apa, maka oleh itu, datanglah sendiri...ahakss




...

Konvoi Walimatul Urus Tuan Din Bugis - 23 Sept 2012

Dah lama tak berkonvoi, kali ni bila ada peluang, den tak lepaskan, walaupun hanya short konvoi namun best tetap best. Pukul 11.30 pagi kena berkumpul kat persimpangan lampu isyarat Taman Paya Emas, dekat area rumah Tuan Pop dan konvoi akan bergerak tepat jam 11.50 pagi. Yang mula-mula sampai adalah En Shah dan Shahir, satu kereta kemudian disusuli oleh Op. Selepas itu baru Oben tiba dan dekat jam 11.50 lak baru Tuan Zaha, YDP RF sampai bersama Puan Naja ahli baru RF. Nampak gaya hanya 5 NZR yang akan berkonvoi kali ini.

Selepas taklimat ringkas, konvoi pun bermula, perjalanan menghala ke Pekan Sg Udang berjarak 7 kilometer dengan melalui 3 persimpangan lampu isyarat dan 2 persimpangan jalan utama. Alhamdulilah konvoi tidak terputus sejak dari mula hinggalah sampai ke destinasi dan syukur juga Lead Car tidak tersesat atau berpusing 2 kali...he he he.. 

Terima kasih pada Tuan Din Bugis yang sedia menerima kedatangan kami, sedap menu beriani gam dimajlis perkahwinan adik ipar beliau, bukan setakat makan, juga disertakan jajan untuk dibawa pulang. Harap-harap dihari perkahwinan beliau nanti boleh repeat beriani gam ni lagi...opppssss hari perkahwinan anak beliau nanti....ahakss...errrrr cabutttttttt......

Saksikan sedikit gambar konvoi ini.



Dari jauh nampak macam banyak kereta...5 buah aje...he he he..




Semua 5 kereta kelihatan dalam one shot...lens lak blur sikit...cap jari anak menimbun...ha ha ha...

Berkumpul selepas tiba...

En Shah dari Perak dan anak beliau, Shahir yang kini belajar di Kolej Risda, Alor Gajah.

Tuan YDP Ria Family, Tuan Zaha maklumkan konvoi kali ini gagal kerana tidak berjaya mengumpulkan pakar back marker, den kata takper, kita bagi satu posing khas untuk beliau nanti....

Buat pakar back marker yang gagal menghadirkan diri luar kawasan, terimalah posing stended dari kami khas buat mu yang jauh di TEMIANG.....ptuiiiii....ha ha ha...cabuttttttttttttttttttttttttttttttttt..


Waktu kami tiba, doa selamat sedang dibacakan...

Oben temankan aku makan...ehhh aku temankan Oben makan...ehhhh...bedal ajelah...ho ho ho...

Pasangan pengantin yang diraikan, semuga bahagia hingga ke anak cucu....amin.



...

Cendol Leman Dawi Lagi

Cendol Leman Dawi di Senawang, Negeri Sembilan terkenal dengan 2 perkara, yang pertama kita bayar cendol pertama dan untuk cendol yang ke dua atau tambahan seterusnya...ianya adalah free. Perkara yang kedua adalah pemiliknya yang saya panggil Bro Leman Dawi , buku geografi dan sejarah bergerak..he he he..beliau boleh tahu info setiap negeri seperti jumlah penduduk dan keluasan negeri tersebut dan ada antaranya nama asal Negeri tersebut. 

Bagi aku rasa cendol ni boleh tahanlah, aku lagi suka cendol kat Jam Besar Melaka cuma kelainan disini adalah tambah cendol free...itu aje, ais batu lak bukan jenis dikisar, tu yang aku kureng skit tapi terpulang pada pandangan dan citarasa masing-masing. Kalau nak rasa keunikkan rasa dan pemiliknya, jemputlah datang ke sini. Dalam entry terdahulu aku dah pernah masukan tapi takperlah kali ini aku upgrade lagi..he he he..Tak suka?....Ado Den Kisah....ahakss



Sedang beratur, tengok senarai harga dia, murahkan...


Aku pun order banyak pasal mai dengan family, kalau aku sorang-sorang, singgah pun aku tak berani...segan...ha ha ha..

Cendol pulut kegemaran aku, nasib baik aku tak gagap....

Bro Leman Dawi sedang menerangkan asal usul Negeri Terengganu...Buku nota banyak wooo dalam apron dia...



...

Sunday, September 9, 2012

Raya 2012 - Rantau, Negeri Sembilan

Bila tiba time hari raya, kena lak turn beraya belah wife, aku memang jadi fenin sikit, bukan apa, kalau turn aku di Melaka, satu hari aje dah khatam semua rumah sedara mara utama belah abah dan emak aku, kalau belah wife, lingkungan dia tu besar sangat, kalau di Johor, tu sedara mara sebelah mak mertua dan kalau di Negeri Sembilan, tu sebelah arwah pak mertua maka bila luas kawasan ziarah raya ni, modal kena lebih dan hari pun kena lebih namun den tak kisah, yang penting sillaturahim tu akrab dan dapat jalan jauh untuk kutip duit raya anak-anak aku...ha ha ha....

Setiap hari raya ke dua, keluarga sebelah arwah pak mertua aku akan buat perjumpaan keluarga dan bila berkumpul ni, campur semua sekali dari generasi, pak-pak sedara, sepupu, anak buah dan terbaru, cucu cicit, memang meriah, boleh pecah satu kampung dibuatnya. Tuan rumah dipilih secara bergilir-gilir setiap tahun dan tahun ni kena belah susul galur sebelah keluarga arwah pak mertua aku, senang cerita pak ndek dan mak ndek jadi tuan rumah dan sebagai anak buah serta suku sakat sebelah sini, kena turun padanglah menyingsing lengan dan paling menarik, pak ndek buat style gerai, setiap keluarga kena jaga menu masing-masing dan keluarga aku yakni keluarga mak mertua aku buat stall jajan dan kuih-kuih maka dah tentu ler gerai kitaorang paling laku dan menjadi tumpuan utama kanak-kanak termasuklah mak kanak-kanak tersebut dan juga yang paling paling best, gerai ni paling tak memenatkan...ha ha ha... bijak mak mertua dan adik beradik ipar aku mencadangkan menu jajan ni....cengkelat lebih...ha ha ha...

Selebihnya taknak story banyak-banyaklah, buat haus tekak aje, jadi macam biasa, tataplah gambar-gambar yang sempat dirakam dalam kamera DSLR aku yang tak semahal mana tu dan kalau tak cantik dan tak menarik....Ado Den Kisah......ha ha ha...


Rusa panggang...terbaik dari ladang...

Gerai Makcik Kedah, laksa Utara...he he he...

Gerai Mak Lang Kuang....menyengat rendangnya.

Perjumpaan raya pun ada hamper...

Mak Ndek menyampaikan hadiah kepada pemenang kerusi racun kot...Ni lah tuan rumah perjumpaan keluarga tahun ni.

Aiman pun dapat hadiah, sudah bagusssss....

Antara sepupu-sepupu wife aku, tampan dan bergaya...

Wife aku ni tolong mengemas ke..,tapau makanan?....konpius acik...

Antara sedara yang menang hadiah, yang ni tak tahu kategori apa.....

Gambar arwah Atuk dan arwah Nenek sebelah wife ...

Mak mertua den pun menang hadiah...hebat ni...

Biras den dapat hadiah???? kategori apa ni...macam tak percaya aje....

Pak sedara dan mak sedara, tetamu utama setiap kali perjumpaan keluarga diadakan...

Antara waris walak yang hadir, penuh khemah...

Stall mak mertua den, paling laris dan paling simple...ha ha ha...

Petugas di belakang stall, tema tahun ni...merah.

Ipar duai den...

Aduyai...boleh kuar lak gambar ni...

Birthday boy....errr kek takde, dah kena rasmikan sebelum majlis...ha ha ha...

Lagi sorang birthday boy, sedara juga tu...

Saat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak dan emak-emak juga....

Salam raya, budak-budak sukalah ni, ramai induk, lebatlah poket...ha ha ha..

Kenangan  bersama pak long malik...

Selesai perjumpaan, apa lagi...kemas kawasanlah, nasib baik ada pemuda yang rajin macam diaorang ni tapi yang tak sanggup, siap kerja minta sampul...kopakkkkkkk....

Selamat hari raya, maaf zahir dan batinnnnnnnnnn!!!!!!!.....



...