Tuesday, July 31, 2012

Steamboat Red Hot Station @ MITC, Melaka

Baru-baru ni berkesempatan berbuka puasa dengan family kat kedai steamboat kat MITC, ada 2 kedai steambot ni, dekat-dekat pula tu, dek kerana nak mencuba, aku dan family try dulu kedai ni. Harga bulan Ramadhan ni murah sikit berbanding hari-hari lain, pakel Ramadhan dewasa rm17.70 dan kanak-kanak rm10.70. Kalau biasa rm19.90 dewasa dan kanak-kanak rm15.00. Dekorasi kedai biasa-biasa aje, makanan tak berapa banyak walaupun daging dan ayam nya agak sedap. Refil baik bagi makanan dan minuman agak perlahan dan kurang. Rasanya kedai ni tak menjadi pilihan untuk aku datang kali ke dua nampak gayanya kecuali penambahbaikkan dapat ditingkatkan.















....

Wednesday, July 18, 2012

Nasi Lemak Kg Melayu Subang

Best!!! itu aje yang mampu aku lafazkan, dibawa oleh seorang rakan batch, Op Hj Razuan Sahan ke sini ditemani oleh Op Mazri Ayub pada pagi Ahad 15hb Julai benar-benar menawan selera aku, paling best sambal kerangnya pasal bila dibungkus dan dibawa pulang untuk santapan isteri dan anak-anak ternyata wife aku menambah beberapa kali sambal kerang tu, siap ratah lagi. Lokasinya payah sikit nak aku huraikan tapi dari makluman Op Hj Razuan ianya betul-betul di Kg Melayu Subang, berdekatan medan selera, yang mana satu, den pun tak tahu...ha ha ha...



Pembeli pun nampaknya beratur macam nasi lemak ni diaturkan kat meja tu..memang berbaloi menunggu tapi tak lama pun kena q, service dia pun pantas.

Simple aje dekorasinya, timun sehiris tanpa ikan bilis atau kacang goreng, sambal dan telur rebus 1 per 4 biji...

Ini menu yang aku pilih, ada sambal kerang dan telur goreng, dah order ayam goreng tapi lambat nak siap maka aku teruskan juga makan, tak boleh tunggu lama-lama, orang kat rumah dah tunggu lama.

Nak kata tak best, ini buktinya, ketiga-tiga daun pisang ni licin, takde sisa ataupun sebutir nasi yang tinggal. Memang best dan sedap, rugi kalau tak try cuma mohon maaf, nama kedai saya tak tahu dan lokasi tepatnya pun saya tak tahu, kalau nak tahu juga....Ado Den Kisah....wakakakakakakaka...




...