Wednesday, June 13, 2012

Bowling Bukit Beruntong

Semasa balik dari percutian sambil belajar di Lumut pada 8hb jun 2012 yang lalu, aku bawa family singgah main bowling kat Bukit Beruntong. Mulanya malas nak singgah tapi anak-anak beriya-iya nak main boling maka destinasi ni lah menjadi pilihan dan sebetulnya pemilik pusat boling ni adalah salah seorang ahli kelab Ria Family dan juga member aku maka aura untuk singgah nak mencuba fasiliti pusat boling ni menjadi kuat. Asalnya aku bagi anak aku main seorang 2 game aje tapi atas ihsan dan belanja kawan ni, anak-anak aku dapat main seorang 4 game, kira muntah jugalah diaorang nak habiskan, aku habiskan tongkat ali ngan muffin aje...ha ha ha...


Depan pusat boling Q-Bowl Bukit Beruntong dan pusat boling ini terletak didalam Bukit Beruntong Golf Club.

Sedang menunggu untuk mengambil kasut boling...

Game timeeeeeee, jumlah score jangan tanya, aku pun segan nak jawab pasal dari jauh aku tengok takde pangkah atau garisan separuh melintang pun...takde strike atau spare ler tu....ha ha ha....

Pusat boling ni memang terbaik, walaupun mempunyai 12 lane sahaja, rasa tenang dan seronok bila bermain disini, dan paling utama ianya mengamalkan konsep bercirikan keislaman dalam pengurusan dan pentadbirannya, tabik buat saudara Faizal, semuga perniagaan beliau bertambah maju dan beliau dimurahkan rezeki yang melimpah ruah diatas kebaikan beliau sekeluarga...aminnnnnn.


...

No comments:

Post a Comment