Friday, June 15, 2012

Lawatan Khas Ke KD Mahawangsa

Bukan mudah untuk mendapat peluang yang datang sekali dalam seumur hidup sebegini, berpeluang melihat dengan lebih dekat sebuah kapal perang milik Tentera Laut DiRaja Malaysia, satu-satunya kapal TLDM yang memperolehi pensijilan 5S, pensijilan ISO dan juga pensijilan OHSAS. Hebat sehebat namanya KD Mahawangsa. "The best damn ship in RMN"....kata-kata hikmah yang tercatat didalam salah satu poster yang tergantung didinding geladaknya. 

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa adalah Op Kapten Jamel Abdul Rahman, bagaimana aku mengenali beliau? Tak kenal pun tapi bagaimana aku berpeluang mendapat special tour atas KD Mahawangsa?.... jangan ditanya kerana anda tidak akan mempercayainya... Terlalu panjang cerita disebalik cerita, bagaimana awalnya hanya posting yang sangat-sangat simple dalam FB tapi akhirnya menjadi akhiran yang tak dapat ku lupakan sampai bila-bila. Tak boleh bercerita panjang, ada ceritera yang agak-agak personal selain risau dengan tapisan serta soal keselamatan rahsia negara namun yang dipaparkan nanti adalah gambaran yang biasa-biasa dilihat. 


Lawatan aku dan keluarga kali ini lebih kepada rezeki yang bergolek dengan tiba-tiba, oleh kerana jeti utama Pengkalan TLDM Lumut sedang dibaiki, KD Mahawangsa berlabuh di jeti sementara dan istimewanya, kami dibawa betul-betul kesebelah kapal.

Dari kiri, Op Tengku King, anak Op CAS, Op Command At Sea dan Op Jamel Abdul Rahman CO Kd Mahawangsa.

Family aku pun nak bergambar juga, bukan senang nak dapat peluang sebegini.

Dibawa kehadapan kapal dahulu, melihat pemandangan Pulau Pangkor dari atas kapal ternyata menyeronokkan.

Bersama seorang pegawai TLDM yang baru menyertai KD Mahawangsa ini, beliau graduan dari UPNM, 

Dibawa turun ke geladak kereta kebal menggunakan elevator, zaman Op CAS elevator ni kira barangan muzium, u can see but u cannot touch...ha ha ha, zaman Op Jamel...bring it onnnn...ahakss

Bilik enjin - persepsi yang kita ketahui, tempat yang tak mahu kita pergi tapi di KD Mahawangsa, kebersihannya mengalahkan kilang Panasonic yang ada "clean room", inilah amalan sistem 5S yang sangat-sangat saya tabik, tidak sangka bahawa didalam kapal perang ianya boleh direalitikan....

Sedikit gurauan sebagai selingan namun ianya tidak sedikit pun menghilangkan rasa hormat saya buat 2 rakan Op senior ini. Tidak ada perbezaan generasi sebenarnya, yang ada hanyalah perbezaan bentuk tubuh ...ha ha ha...

Kebanggaan seorang pemerintah...

Maklumat lanjut boleh didapati di www.kdmahawangsa.com

Diberi taklimat khas mengenai KD Mahawangsa, rasa macam VVVVVIP lah pulak...

Paling menarik adalah lakaran sajak seorang perajurit yang dipaparkan pada slide, tak dapat nak salin dan dipamerkan disini, insyallah mungkin ada lain kesempatan kot.

Keratan-keratan akhbar berkaitan aktiviti dan tugas-tugas terdahulu yang mendapat liputan media baik dalam negara mahupun diluar negara.

Contoh amalan 5S yang diamalkan diatas kapal ini oleh setiap anak kapal, anda akan mahir dalam beberapa jam jikalau diberi tugasan untuk menganti anak kapal yang bercuti atau sakit. Tak percaya?...terpulanglah tapi saya dah melihatnya sebagai auditor ISO dan OHSAS, inilah amalan yang paling terbaik pernah saya lihat dan alami, tabik hormat buat mereka, terbaik dikalangan yang terbaik.

Sijil penghargaan buat anak-anak kapal, bagi topi, ianya akan hilang, bagi hamper, ianya akan habis, bagi sijil ianya akan terpahat sampai bila-bila....

Tim Pengurusan KD Mahawangsa 2012.

Captain room...tak semua dapat peluang sebegini...

Sijil ISO dan OHSAS milik KD Mahawangsa, kebanggaan pegawai Memerintahnya...terbaik tuan!!!

Layanan yang sebagaimana lagi yang saya mahu? Apa aduan atau komen saya? Tak mampu nak saya lafazkan, Op Kept Jamel Abdul Rahman, Op senior yang saya tak pernah jumpa ketika di Maktab Tentera Di Raja dulu sanggup melayan saya dan keluarga melawat kapal beliau walaupun sebenarnya beliau sedang BERCUTI. Saya amat mengagumi beliau, semangat Op dalam diri beliau membuka mata saya bahawa tidak ada perbezaan usia mahupun generasi  apabila Op bertemu Op, beliau telah pamerkan, rakan Op yang lain bagaimana? Mampukah kita?

Dianjungan dan Aiman berpeluang duduk dikerusi Kapten Kapal, saya tak berani, begitu juga op CAS, mahu kena mop lantai bilik enjin ni kang...ha ha ha...

Senyuman sebelum mabuk turun gangway kapal...he he he...

Kenangan yang tidak dapat dilupakan, entah bila lagi peluang sebegini akan muncul lagi...

Jamuan oleh Kapten kapal sebelum berangkat pulang, den kena bloody hell pasal idle tak contact Op Musa Omar...ha ha ha...dapat juga ayat hikmat tu, nasib baik kapten yang lafazkan, kalau Op CAS, mahu den tolak dia masuk laut...ha ha ha...cabuttttttt...

Gangway atau tangga kapal yang buat wife aku mabuk petang tu dan sudahnya kami terpaksa memendekkan percutian kami di Lumut...he he he...

Keluarga ku dengan KD Mahawangsa.

Tak mampu nak ku luahkan rasa kagum dan hormat aku buat Op Kapten Jamel Abd Rahman, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, ex-boy dari B Coy, RMC, layanan diraja yang beliau dan anak kapal berikan kepada aku dan keluarga, begitu juga dengan Op CAS dengan anak teruna beliau dari MCKK...he he he... bocor rahsia..., walaupun hanya beberapa ketika namun aku dah rasa ianya terlalu besar untuk aku terima, walaupun pertemuan ini sesingkat cuma, permulaan dari jemputan dan escort personaly oleh beliau di pintu masuk Pengkalan TLDM Teluk Muroh terus ke kapal KD Mahawangsa, ship tour dan escort terakhir ke pintu keluar Pengkalan TLDM Lumut membuat aku rasa terharu sangat-sangat, Op Junior yang tak ada apa-apa hubungan darah malah bukan satu Coy pun di RMC tapi diberi penghormatan dan diberi  layanan tahap VVIP mengesahkan bahawa dalam jiwa setiap Op itu adalah jiwa sillaturahim, tanpa protokol mahupun pangkat dan darjat, ianya menjadi setara dan sejalin. Bangga menjadi OP dan bangga menjadi produk RMC. Tabik hormat buat beliau, tabik hormat buat Op CAS dan tabik hormat buat semua OP RMC.



....



No comments:

Post a Comment