Sunday, June 24, 2012

Cuti-Cuti Lumut Part 3

Bahagian ke 3 pulak... masa bercuti ke Lumut ni, dapatlah peluang melawat sebuah kapal perang Tentera Laut DiRaja Malaysia, dah dipostkan dalam entry terdahulu nama kapal TLDM ni, pandai-pandailah cari he he he... Tak mau bercerita panjang, tengoklah lepas ni tapi mohon maaf dah kepenatan berkarya sepanjang hari, isi entry dah berkurang, hanya gambar sebagai tatapan....



Family aku bergambar disebelah kapal KD Mahawangsa dan Pegawai Memerintahnya adalah Kapten Jamel abdul Rahman dan sekarang dari maklumat yang diterima beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau dengan TLDM, maka takde lagi peluang untuk aku dan family merasa kunjungan khas sebegini.... Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat beliau yang sudi memberi izin melawat kapal ini semasa pemerintahan beliau. Tq Sir!!!...

Bandingkan kereta aku dengan kapal ni, kalau kapal ni nak bawa kereta jenis ni, agak-agak berapa bijik boleh sekali isi, dalam 400 biji boleh ke?...wakakakaka.....takdo lah tu...
 

Kami sengaja pilih warna biju...khas dan penghormatan  buat TLDM....

Yang ini dipanggil geladak kereta kebal...boleh bayangkan tak berapa banyak kereta kebal yang oleh diisi dalam satu masa?...

Ditunjukkan slide aktiviti-aktiviti kapal dan beberapa anugerah khas buat kapal ini...menakjubkan.

Dalam bilik Kapten kapal, bukan senang nak dapat kesempatan untuk berada disini...kami beruntong...

Nama kapal....bukti terang lagi nyata...

Macam turun kapal persiaran mewah aje rasanya padahal kapal perang...he he he...

Dijamu diakhir lawatan, kenyang dan alhamdulilah, tak sangka diberi layanan bertaraf VVIP sebegini, kenangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-nila, insyallah.

Nak balik dah, wife terperanjat bila tengok anak kapal memberi tabik hormat pada Kapten kapal yang meninggalkan kapal, tradisi ketenteraan penuh penghormatan, kami bertuah dengan kunjungan yang pertama dan terakhir ini, terima kasih buat seluruh warga KD Mahawangsa, anda mendapat tempat dihati kami.

Selepas membuat lawatan ke kapal TLDM, kami singgah di Bandar Lumut pulak, apa lagi, shopping and shooting lah...

Gambar Ikhwan aje dah dekat 8 keping kat sini aje, aku pun nak bergambar jugak...

He he he......Cak!!! Mana flash???

Dengan family, kat rangka tulang ni pun jadilah...

Kat Lumut ni banyak kedai yang menjual barangan makanan dari hasil laut, rasanya kat Melaka pun boleh dijumpai maka dengan sebab itu kami hanya beli sikit-sikit aje itupun bagi barangan yang tak jumpa kat Melaka,  bandar ni bersih dan teratur, tandas dia boleh tahan bersih jugak, tandas berbayar lah, kalau tandas free, jangan cari...Best tak??........ini jawapannya....  best!!!!!!!!

Salah satu lagi tarikan kat Lumut ni, tempat ni, Taman Paya Bakau tapi datang belah petanglah, memang menarik...

Boleh tahan jinak juga monyer-monyet kat sini tapi wife dan anak-anak aku tak berani nak turun kereta bagi makan monyet-monyet ni, aku pun sama maka kami lepak dalam kereta ajelah...ha ha ha...

Yang ni terlebih jinak, siap naik kereta aku...ha ha ha... Dia tunggu makanan yang hendak dihulurkan agaknya, sorilah, kami pun tak cukup makanan, lepas ni baru nak cari kedai tomyam...ha ha ha...

Dan sebagai kenang-kenangan, monyet ni buat lintas hormat kat cermin depan kereta aku...ha ha ha....dan meninggalkan kesan tapak kaki comelnya itu...ha ha ha.....hampeh!!!



Maka berakhirlah serba sedikit kisah percutian aku dan keluarga ke Lumut, Perak baru-baru ni, dulu kami selalu pergi bercuti untuk tempoh 2 hari satu malam, kali ini kami pilih 3 hari 2 malam, serasanya macam tak puas pulak bercuti untuk tempoh tu, nampak gaya kali ini kalau nak bercuti lagi, kena pilih tempoh yang panjanglah jawabnya seperti 4 hari 5 malam atau 5 hari 6 malam tapi masalahnya kat aku, aku mana boleh cuti lama-lama, mahu melompat bos kilang aku.... mmmmmmm nantilah aku fikirkan dulu....


...

No comments:

Post a Comment