Sunday, June 24, 2012

Cuti-Cuti Lumut Part 1

Cuti-cuti Malaysia tahun ni aku dan wife merancang awal, selalunya hujung-hujung tahun baru kami pergi bercuti tapi kali ini tercepat pulak cuma aku masih khuatir, wife aku ni bukan boleh bawak berbincang sangat, nanti dia tak anggap ini percutian tahunan, dia nak pergi lagi bercuti hujung tahun kang....masak aku.

Kami dapat voucher percutian ke Swiss Garden, Lumut dan memandangkan percutian kali ini aku kategorikan sebagai percutian santai maka aku ambik keputusan untuk singgah ketempat-tempat yang menarik dahulu sebelum ke Hotel Penginapan. Kebetulan aku ada rakan op RMC yang tinggal di Teluk Intan dan di Teluk Intan terkenal dengan Menara Condongnya maka atas kesempatan itu aku menghubungi beliau yakni Op Fauzy Omar E 83-87 untuk bagi panduan dengan lanskap bandar Teluk Intan dan tak disangka-sangka beliau bukan hanya bagi panduan melalui telefon aje tapi siap guidekan kami ke seluruh Bandar Teluk Intan, siap belanja makan tengahari lagi...he he he...tq tuan...ahakss


Inilah menara condong yang terkenal di Teluk Intan, masa aku search kat GPS tak jumpa menara condong tapi kalau taip Leanning Tower....ha ha ha...bersepah kat Google...

Senget tak?........

Dengan family lak, minta tolong kameraman amatur, macam ni lah jadinya, tower kemana, lantai kemana...ha ha ha..

Tak dapat ambik gambar tower senget, gambar family kami senget pun jadilah....

Yang ni kameraman pro...

Wife dengan motorsikal antik, no plet dia CD....klasik abis ni....

Bagaimana asalnya menara condong ni terjadi, sila baca papantanda tu, kalau tak nampak, kasi enlarge lagi...he he he..

Dalam tower tu ada perigi dan dalam perigi tu ramai yang baling duit, macam wishing well pulak, dah sampai sini, kena naiklah menara ni, lihat sekeliling bandar Teluk Intan....

Singgah makan kedai along, biasa kat KL along kasi pinjam duit, kat Teluk Intan ni depa meniaga nasi lemak, best juga...ahakss

He he he...segan kat orang, makan sikit, minum banyak...wakakakaka

Terima kasih banyak-banyak kat Op Fauzy Omar yang sudi guidekan kami sepanjang percutian yang tak sampai 2 jam aje kat Teluk Intan ni, insyallah kalau dia mai Melaka, aku akan bawa dia jalan-jalan seluruh Melaka tapi 2 jam ajelah...wakakakaka..   

Entry percutian kali ni sengaja aku buat 3 bahagian, bukan ape kalau bubuh banyak-banyak gambar pada satu entry, ianya memakan masa untuk upload selain tak boleh merapu banyak, nanti orang boring, maka tunggulah bahagian keduanya, bila?...Ado den Kisah!!!.....ahakss



...

No comments:

Post a Comment