Sunday, June 24, 2012

Cuti-Cuti Lumut Part 3

Bahagian ke 3 pulak... masa bercuti ke Lumut ni, dapatlah peluang melawat sebuah kapal perang Tentera Laut DiRaja Malaysia, dah dipostkan dalam entry terdahulu nama kapal TLDM ni, pandai-pandailah cari he he he... Tak mau bercerita panjang, tengoklah lepas ni tapi mohon maaf dah kepenatan berkarya sepanjang hari, isi entry dah berkurang, hanya gambar sebagai tatapan....



Family aku bergambar disebelah kapal KD Mahawangsa dan Pegawai Memerintahnya adalah Kapten Jamel abdul Rahman dan sekarang dari maklumat yang diterima beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau dengan TLDM, maka takde lagi peluang untuk aku dan family merasa kunjungan khas sebegini.... Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat beliau yang sudi memberi izin melawat kapal ini semasa pemerintahan beliau. Tq Sir!!!...

Bandingkan kereta aku dengan kapal ni, kalau kapal ni nak bawa kereta jenis ni, agak-agak berapa bijik boleh sekali isi, dalam 400 biji boleh ke?...wakakakaka.....takdo lah tu...
 

Kami sengaja pilih warna biju...khas dan penghormatan  buat TLDM....

Yang ini dipanggil geladak kereta kebal...boleh bayangkan tak berapa banyak kereta kebal yang oleh diisi dalam satu masa?...

Ditunjukkan slide aktiviti-aktiviti kapal dan beberapa anugerah khas buat kapal ini...menakjubkan.

Dalam bilik Kapten kapal, bukan senang nak dapat kesempatan untuk berada disini...kami beruntong...

Nama kapal....bukti terang lagi nyata...

Macam turun kapal persiaran mewah aje rasanya padahal kapal perang...he he he...

Dijamu diakhir lawatan, kenyang dan alhamdulilah, tak sangka diberi layanan bertaraf VVIP sebegini, kenangan yang tak dapat kami lupakan sampai bila-nila, insyallah.

Nak balik dah, wife terperanjat bila tengok anak kapal memberi tabik hormat pada Kapten kapal yang meninggalkan kapal, tradisi ketenteraan penuh penghormatan, kami bertuah dengan kunjungan yang pertama dan terakhir ini, terima kasih buat seluruh warga KD Mahawangsa, anda mendapat tempat dihati kami.

Selepas membuat lawatan ke kapal TLDM, kami singgah di Bandar Lumut pulak, apa lagi, shopping and shooting lah...

Gambar Ikhwan aje dah dekat 8 keping kat sini aje, aku pun nak bergambar jugak...

He he he......Cak!!! Mana flash???

Dengan family, kat rangka tulang ni pun jadilah...

Kat Lumut ni banyak kedai yang menjual barangan makanan dari hasil laut, rasanya kat Melaka pun boleh dijumpai maka dengan sebab itu kami hanya beli sikit-sikit aje itupun bagi barangan yang tak jumpa kat Melaka,  bandar ni bersih dan teratur, tandas dia boleh tahan bersih jugak, tandas berbayar lah, kalau tandas free, jangan cari...Best tak??........ini jawapannya....  best!!!!!!!!

Salah satu lagi tarikan kat Lumut ni, tempat ni, Taman Paya Bakau tapi datang belah petanglah, memang menarik...

Boleh tahan jinak juga monyer-monyet kat sini tapi wife dan anak-anak aku tak berani nak turun kereta bagi makan monyet-monyet ni, aku pun sama maka kami lepak dalam kereta ajelah...ha ha ha...

Yang ni terlebih jinak, siap naik kereta aku...ha ha ha... Dia tunggu makanan yang hendak dihulurkan agaknya, sorilah, kami pun tak cukup makanan, lepas ni baru nak cari kedai tomyam...ha ha ha...

Dan sebagai kenang-kenangan, monyet ni buat lintas hormat kat cermin depan kereta aku...ha ha ha....dan meninggalkan kesan tapak kaki comelnya itu...ha ha ha.....hampeh!!!



Maka berakhirlah serba sedikit kisah percutian aku dan keluarga ke Lumut, Perak baru-baru ni, dulu kami selalu pergi bercuti untuk tempoh 2 hari satu malam, kali ini kami pilih 3 hari 2 malam, serasanya macam tak puas pulak bercuti untuk tempoh tu, nampak gaya kali ini kalau nak bercuti lagi, kena pilih tempoh yang panjanglah jawabnya seperti 4 hari 5 malam atau 5 hari 6 malam tapi masalahnya kat aku, aku mana boleh cuti lama-lama, mahu melompat bos kilang aku.... mmmmmmm nantilah aku fikirkan dulu....


...

Cuti-Cuti Lumut Part 2

Selesai bahagian pertama, kita sambung bahagian kedua pulak. Kali ini entry bertumpu pada Hotel Penginapan sepanjang bercuti 3 hari 2 Malam di Swiss Garden, Damai Laut, Lumut , Perak. Sebenarnya bukan hotel tapi service apartment namun masih ada kemudahan seperti hotel seperti kolam renang, playground dan kalau nak gunakan juga kemudahan yang lain cuma kena jalan jauh sikitlah ke Hotel Utama, dalam 400 meter. Sanggup?....takdolah bagi den...ha ha ha...

Suasana malam disini tenang dan sunyi, mungkin pasal jauhnya kedalam hutan lebih kurang 10 kilometer dari jalan besar, cuak juga masa mula-mula sampai nak check in. Rasa macam nak patah balik pulak rasanya, yang buat kata hati bahawa inilah tempat yang betul adalah dengan adanya papantanda arah, kalau tak, tak sampai den..



Petang check in aje, anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam renang...

Apartment kami atas bukit....



Kolam renang kat Service Apartment, Hotel Utamanya lain pulak...


Apa lagi, kojo kami tunggu anak-anak mandilah, den kalau join kang memang sampai malamlah jawabnya...ha ha ha

Kat sini pun boleh memasak, sesuai untuk keluarga yang berbudget macam kami, ada kemudahan-kemudahan asas... Yang ni Aiman sedang masak telur, nak makan dengan roti gardenia....

Check out time....

Lobby hotel...

Tempat ni jarang pengujung nak datang pasal dah lama off limit pada pengunjung tapi aku dan family dapat kebenaran untuk bergambar kat sini, rumah api Swiss Garden Damai Laut...


Yang ni kat jetty, sebenarnya dulu masa mula-mula Swiss Garden Damai Laut ni dibuka, pengunjung dibawa dengan bot dari jetty Lumut tapi sekarang jalanraya dah ada maka jetty ni tidak lagi digunakan...



Naik kapcai pun sampai....ahakss

Kami dah sampai, anda bila lagi???...he he he..

Bulan depan kita datang lagi yea bang!!!.....alamak!!!!!!.....

Posing dari Ikhwan...

Fatin....

Jumpa lagi......


...

Cuti-Cuti Lumut Part 1

Cuti-cuti Malaysia tahun ni aku dan wife merancang awal, selalunya hujung-hujung tahun baru kami pergi bercuti tapi kali ini tercepat pulak cuma aku masih khuatir, wife aku ni bukan boleh bawak berbincang sangat, nanti dia tak anggap ini percutian tahunan, dia nak pergi lagi bercuti hujung tahun kang....masak aku.

Kami dapat voucher percutian ke Swiss Garden, Lumut dan memandangkan percutian kali ini aku kategorikan sebagai percutian santai maka aku ambik keputusan untuk singgah ketempat-tempat yang menarik dahulu sebelum ke Hotel Penginapan. Kebetulan aku ada rakan op RMC yang tinggal di Teluk Intan dan di Teluk Intan terkenal dengan Menara Condongnya maka atas kesempatan itu aku menghubungi beliau yakni Op Fauzy Omar E 83-87 untuk bagi panduan dengan lanskap bandar Teluk Intan dan tak disangka-sangka beliau bukan hanya bagi panduan melalui telefon aje tapi siap guidekan kami ke seluruh Bandar Teluk Intan, siap belanja makan tengahari lagi...he he he...tq tuan...ahakss


Inilah menara condong yang terkenal di Teluk Intan, masa aku search kat GPS tak jumpa menara condong tapi kalau taip Leanning Tower....ha ha ha...bersepah kat Google...

Senget tak?........

Dengan family lak, minta tolong kameraman amatur, macam ni lah jadinya, tower kemana, lantai kemana...ha ha ha..

Tak dapat ambik gambar tower senget, gambar family kami senget pun jadilah....

Yang ni kameraman pro...

Wife dengan motorsikal antik, no plet dia CD....klasik abis ni....

Bagaimana asalnya menara condong ni terjadi, sila baca papantanda tu, kalau tak nampak, kasi enlarge lagi...he he he..

Dalam tower tu ada perigi dan dalam perigi tu ramai yang baling duit, macam wishing well pulak, dah sampai sini, kena naiklah menara ni, lihat sekeliling bandar Teluk Intan....

Singgah makan kedai along, biasa kat KL along kasi pinjam duit, kat Teluk Intan ni depa meniaga nasi lemak, best juga...ahakss

He he he...segan kat orang, makan sikit, minum banyak...wakakakaka

Terima kasih banyak-banyak kat Op Fauzy Omar yang sudi guidekan kami sepanjang percutian yang tak sampai 2 jam aje kat Teluk Intan ni, insyallah kalau dia mai Melaka, aku akan bawa dia jalan-jalan seluruh Melaka tapi 2 jam ajelah...wakakakaka..   

Entry percutian kali ni sengaja aku buat 3 bahagian, bukan ape kalau bubuh banyak-banyak gambar pada satu entry, ianya memakan masa untuk upload selain tak boleh merapu banyak, nanti orang boring, maka tunggulah bahagian keduanya, bila?...Ado den Kisah!!!.....ahakss



...

Nasi Campur - Tapah

Nasi campur.. sebut sahaja nasi campur terbayang lauk pauknya, berkesempatan bercuti ke Lumut, Perak baru-baru ni membuatkan aku nak mencuba masakan lauk pauk negeri Perak namun hajat tersebut tak kesampaian kerana kawasan percutian aku dan keluarga tidak mempunyai sebarang masakan istmewa seperti di Taiping, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Ipoh dan pelbagai lagi. Namun untuk tidak menghampakan keluarga, aku menghubungi seorang rakan OP batch aku yang menetap di Teluk Intan iaitu Op Fauzy Omar E 83-87. Beliau mencadangkan agar aku singgah digerai medan selera kira-kira 1 kilometer sebelum masuk Tol Tapah, ingin mencuba nasib, aku setkan GPS dan tawakal.

Alhamdulilah sampai juga aku ke kawasan yang ditunjukkan oleh Op Fauzi, aku memilih men"tapau" aje dari makan kat situ pasal anak-anak masih kenyang lagi dengan heavy breakfast yang diambil sebelum check out hotel penginapan tadi. Dan macam biasa, inilah gambar kedainya.


Lihatlah deretan makanannya....menyelerakan...

Dekat medan selera ni ada 3 kedai dan kedai ini adalah kedai yang ditengah-tengahnya.

Mana satu nak pilih ni???

Aku pilih lauk yang simple-simple aje....

Kat sini pun ada gulai kawah, memang best, menjilat jari jugaklah rasanya...he he he...

Thums up untuk kedai ni, best dan sodap, selamat mencuba semua lauk pauknya ...kalau boleh lah...den pun tak larat...ahakss

Kata orang bila pergi bercuti dalam Malaysia ni tak kira negeri mana pun, kalau mencari kedai makanan yang sedap atau lebih tepat lagi yang kena dengan selera atau tekak sendiri atau family memang susah. Kita seolah-olah macam berjudi, mencuba nasib, kalau ngam, bonuslah, kalau tak ngam...sakit hati sampai dua hari...he he he.. Maka kesimpulan yang terbaik, kalau sampai kat negeri kengkawan tu, contactlah kawan tanya-tanyakan kat mana kedai yang ok, kalau takde kawan kat negeri  atau tempat tu...Ado den Kisah!!!...



...