Thursday, May 17, 2012

Cushion Kereta - Muar

Entry kali ini hendak memperkenalkan sebuah kedai membuat kusyen kereta dari pelbagai jenis, dari kereta sedan, mewah hinggalah ke kereta kegemaran aku.. MPV Nazaria. Pemilik kedai kusyen ni baru sahaja menjadi ahli kelab Ria Family, beliau menetap dan berniaga di Muar, sebelum berniaga ditapak sekarang yakni hampir 7 tahun, beliau pernah berniaga ditapak lain selama 9 tahun. Bayangkan sudah berapa lama beliau berniaga membuat kusyen kereta dan semestinya tentu hasil kerja beliau berkualiti, masakan perniagaan  beliau mampu bertahan untuk tempoh yang lama. 

Kedai beliau mula dibuka dari hari Isnin sehingga hari  Sabtu mulai jam 9 pagi hingga jam 6 petang tapi kadang-kadang mahu jejak jam 8 malam, bergantung pada permintaan dan tempahan. Dari temubual saya dan beliau, sarung kusyen jenis kulit akan ditempah khas dari kilang dan beliau hanya memasangnya dikedai beliau, bagi tempahan jenis velvet (jenis kain) dan PU akan dijahit dikedai beliau sendiri. Dari pengamatan mata saya, jahitan dan kekemasan sarung kusyen mahupun jahitan pada dashboard mahupun side arm, kelihatan kemas dan cantik, ianya tidak mengelembung mahupun berlipat-lipat. Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata. Sedikit dipaparkan gambar yang sempat saya ambil ketika mengadakan kunjungan hormat ke kedai beliau baru-baru ini.

Nama pemiliknya adalah En Yazid, dan sekiranya tuan-tuan berminat membuat kunjungan ke kedai ini yang terletak di Tanjung Agas, ianya betul-betul berhadapan dengan stesen minyak SHELL kalau kita datang dari arah Tangkak atau Melaka yakni selepas trafik light Sek Men Sains Muar, oleh kerana tidak boleh membelok ke kanan, tuan-tuan kena buat u-turn di Trafik Light dihadapan Stesen Petronas persimpangan kilang GE yakni sebelum jambatan Muar. Kalau tuan-tuan dah sampai diatas jambatan Muar, dah terlepas lah tu...ha ha ha...





























...

2 comments:

  1. salam, tumpang tanya.. ada no contact en yazid ke?

    ReplyDelete
  2. no hp En Yazid 019-6869292 atau kedai 06-9536651

    ReplyDelete