Thursday, May 17, 2012

Cushion Kereta - Muar

Entry kali ini hendak memperkenalkan sebuah kedai membuat kusyen kereta dari pelbagai jenis, dari kereta sedan, mewah hinggalah ke kereta kegemaran aku.. MPV Nazaria. Pemilik kedai kusyen ni baru sahaja menjadi ahli kelab Ria Family, beliau menetap dan berniaga di Muar, sebelum berniaga ditapak sekarang yakni hampir 7 tahun, beliau pernah berniaga ditapak lain selama 9 tahun. Bayangkan sudah berapa lama beliau berniaga membuat kusyen kereta dan semestinya tentu hasil kerja beliau berkualiti, masakan perniagaan  beliau mampu bertahan untuk tempoh yang lama. 

Kedai beliau mula dibuka dari hari Isnin sehingga hari  Sabtu mulai jam 9 pagi hingga jam 6 petang tapi kadang-kadang mahu jejak jam 8 malam, bergantung pada permintaan dan tempahan. Dari temubual saya dan beliau, sarung kusyen jenis kulit akan ditempah khas dari kilang dan beliau hanya memasangnya dikedai beliau, bagi tempahan jenis velvet (jenis kain) dan PU akan dijahit dikedai beliau sendiri. Dari pengamatan mata saya, jahitan dan kekemasan sarung kusyen mahupun jahitan pada dashboard mahupun side arm, kelihatan kemas dan cantik, ianya tidak mengelembung mahupun berlipat-lipat. Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata. Sedikit dipaparkan gambar yang sempat saya ambil ketika mengadakan kunjungan hormat ke kedai beliau baru-baru ini.

Nama pemiliknya adalah En Yazid, dan sekiranya tuan-tuan berminat membuat kunjungan ke kedai ini yang terletak di Tanjung Agas, ianya betul-betul berhadapan dengan stesen minyak SHELL kalau kita datang dari arah Tangkak atau Melaka yakni selepas trafik light Sek Men Sains Muar, oleh kerana tidak boleh membelok ke kanan, tuan-tuan kena buat u-turn di Trafik Light dihadapan Stesen Petronas persimpangan kilang GE yakni sebelum jambatan Muar. Kalau tuan-tuan dah sampai diatas jambatan Muar, dah terlepas lah tu...ha ha ha...





























...

Monday, May 14, 2012

Al Fatihah Buat Saudara Mohd Salim Sahdan - R1 Pasir Gudang

Mendapat perkhabaran yang tak disangka-sangka melalui ruangan Shoutbox forum kelab ria family membuat aku merasa terperanjat dan tidak percaya, mengapa mereka mengucapkan takziah buat Tuan Salim aka Tuan Pulis? Anak beliau kah yang meninggal? Untuk lebih kepastian aku membuka facebook pula dan barulah mendapat perkhabaran yang sebenar sedang berlegar di forum ria family mahupun facebook ria family. Masih terdetik juga sekelumit keraguan dalam hati ini, aku menelefon Tuan Din Bugis dan barulah ianya nyata lagi bertepatan....

Mengucap panjang aku, tanpa disangka-sangka aku kehilangan seorang sahabat dari kelab pemilik mpv nazaria Malaysia, bukan setakat seorang sahabat malah seorang kawan. seorang otai atau lebih akrab, aku kehilangan seorang abang. Beliau pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan beliau pada petang ahad akibat dari kemalangan jalanraya, beliau diserang serangan sakit jantung ketika menunggang R1 beliau dengan beberapa rakan-rakan Johor Bikers di Jemeluang, jatuh lebih kurang jam 2.15 petang dan meninggal pada jam 5 petang itu juga. Ketika kemalangan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan teruk mahupun patah anggota badan, sempat mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Jemeluang sebelum dipindahkan ke Hospital Kluang. Ketika di Hospital Kluang beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, yang memilukan isteri dan anak-anak beliau masih dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Hospital Kluang. Tak sempat bersama arwah pada detik beliau yang terakhir.

Siapa yang tidak mengenali arwah dalam kelab ria family, siapa yang tidak kenal dengan humor beliau, dengan ayat-ayat dalam forum seperti "Sadap U"... "Nyampah"...."Tayar tunjuk langit" dan pelbagai lagi. Siapa yang baru kali pertama bersua muka dengan beliau akan cepat mesra dengan beliau, tanpa mengira protokol mahupun pangkat, semua rakan ahli kelab baik yang baru ataupun yang lama akan disapa beliau, dijamu dengan masakan yang sedap-sedap air tangan Puan Dona, isteri beliau kalau ke kediaman beliau di Pasir Gudang ataupun dibawa ke restoran-restoran yang menyediakan makanan special serta sedap-sedap untuk dijamu sekenyang-kenyangnya, paling tidak tahan ketika ingin membuat bayaran selepas menjamu selera, beliau akan mengugut dan mengatakan duit orang KL atau pun duit orang Melaka tak laku di Johor...ha ha ha.... Beliau pastikan bahawa hanya beliau yang membayarnya tanpa meminta kita membayarnya semula. Inilah yang tak mampu aku lakukan, keikhlasan beliau meraikan tetamu, menjamu tetamu malah melayan setiap keperluan tetamu tanpa jemu bukan setakat beliau seorang tapi seluruh keluarga beliau. Inilah trademark beliau yang tidak ada seorang pun yang mampu menandinginya.

Menitis airmata ketika mencoretkan entry kali ini, melihat raut wajah beliau ketika diatas liang lahad, dilitupi kain kapan sebelum jenazah dibawa turun untuk dikebumikan, tergambar pada raut wajah kaku beliau, keikhlasan, keakraban dan ketulusan...yang sukar nak ku gambarkan, tiada pada wajah-wajah kita yang mengiringi perjalanan terakhir beliau. Aku kelu...kelu...kelu dan syahdu, hati ku sendu, rindu ku membeku, aku kehilangan seorang sahabat yang mempunyai jiwa dan semangat setiakawan sepadu dan sejitu batu. Al fatihah..... Al  fatihah..... Al fatihah....  Semuga ruh beliau dicucuri rahmat oleh yang maha esa dan semuga ruh beliau ditempatkan dikalangan golongon orang-orang yang mukmin.....


Tahlil arwah telah bermula ketika aku sampai...

Jenazah beliau sedang dimandikan dan dikafankan di hospital Waqaf An Nur, Pasir Gudang...

Surah Yasin buat arwah dari insyallah bakal penganti arwah dalam mentadbir RF Johor...

Tahlil arwah di masjid pula....

Sembahyang jenazah.....bila kah kita pula berada diusungan sebegitu????....

Imam yang memudahkan cara tanpa mengabaikan fardunya.....alhamdulilah...

Perjalanan terakhir arwah.....

Tanah perkuburan Masai berhadapan Politeknik Ibrahim Sultan, lot kubur 893...

Takziah buat Puan Dona atas pemergian suami tersayang, dari tanah kita datang ke tanah jua kita kembali... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
Antara rakan-rakan RF yang berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir buat beliau......






Al fatihah... Semuga ruh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang mukmin....