Thursday, April 5, 2012

Santai @ Wetland, Putrajaya

Dah lama aku tak pergi ke Putrajaya, sebelum ni biasa juga melepak kat shopping complex Alamanda, anak perempuan suka ke MPH bookstore, wife suka ke Parkson dan aku serta anak laki-laki suka ke food court dia..ha ha ha...  Alhamdulilah setakat ni walaupun Putrajaya dah pesat membangun, aku masih mahir dan pakar jalan-jalan dalam Putrajaya ni, inilah orang kata berkat merayau masa attached dengan Putrajaya Acres dulu. Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak berjalan maknanya bos tak tahu lah tu.....ahakss

Baru-baru ni kelab ria family ada buat program santai sillaturahim dekat Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya anjuran RF Selangor, kebetulan aku tak bertugas minggu tu maka dikesempatan ni , aku bawalah family jalan-jalan ke sana. Mula-mula aku ke rumah Woh dulu kat Putra Perdana, aku ingat kat area Puchong, rupa-rupanya kat area masuk Cyberjaya, tertipu sekejap aku dengan GPS Papago, aku ingat dia nak tipu aku tapi aku lak balik yang rugi, pi ikut jalan jauh. Sampai rumah Woh, kami pekena ikan kerapu berlada, anak-anak aku siap order telur dadar lagi. Kenyang juga makan kat rumah Woh ni, Adam Faiz ok, tak takut orang tapi lasak dan aktif. Lepas lepak kat dua jam, aku bergerak ke Wetland, Putrajaya.

Masa sampai , aku terus ke tepi tasik, anak-anak nak main skate board, maka kita orang berkelahlah sekejap kat sana lagi pun aku tak boleh lama-lama kat sini, nak hantar Syafiq masuk asrama sebelum pukul 6 petang. Sempatlah juga aku jumpa diaorang, itu pun belum ramai yang sampai, janji aku dah sampai, nak tunjuk muka yang orang dari Melaka boleh sampai, orang dari Negeri Sembilan tak muncul-muncul, ingat nak bagi replika kunci pagar kat diaorang lah...ha ha ha.....Diaorang marah??...Ado Den Kisah.



Makan time, lauk simple-simple pun begitu menyelerakan. Dapatlah kami ikan kerapu seekor Woh bagi, besar juga, lat 2 hari wife goreng sebelah, masak steam sebelah....sllluuurrrppppppp...sodappppp!!!...

Belakang sekali tu, Istana Hinggap Rasmi kalau Agong ada function kat Putrajaya ni. Aku dah pernah masuk pasal masa buat Istana tu, salah seorang jurutera Putrajaya Holding yang handle projek ni adalah arwah sepupu aku dan wife dia pula jurutera JKR yang memantau pembinaan istana ini maka dapatlah aku tour seluruh kawsan istana tu, all access, siap tumpang pakai bilik air dia lagi...he he he....

Wife lepak santai dan anak bujang aku tengah bersiap sedia untuk berskateboard...

Sebelum memulakan luncurannya.....

Aiman dan Ikhwan...sediaaaaaaa!!!...

ooopppppssss...Aiman terbabas lak...

Ikhwan steady aje....

Tadi standing sekarang sitting lak...wakakakaka

Kita minum duluuuuu.....

Masa dah time, kena g jengok geng-geng RF yang berkumpul kat belah atas bukit, nak tengok berapa ramai yang dah mai....ahakss

Event RF Selangor, yang mai awal adalah geng RF Melaka....ish ish ish....semua duk dalam pagau lagi ka???...

Inilah penganjur event ni, dia boleh mai lewat...mau kena sula ni.....

Sempatlah bergambar dengan geng-geng RF yang mai awal, yang lewat tu, minta maaf banyak-banyak, takleh tunggu, ada jadual lain yang kena patuhi.....Putat....ada cicak tak kat pelepah pokok palma tu?....






....

No comments:

Post a Comment