Wednesday, March 14, 2012

Air Panas Gadek, Alor Gajah

Bila time cuti sekolah macam ni, wife dan anak-anak akan selalu bertanya, bila kita nak pergi jalan-jalan?. Walaupun seribu kali persoalan ini dilontarkan, saya tak pernah jemu untuk menjawabnya, kadang-kadang saya jawab, nanti ayah fikirkan dulu dan bila saya habis berfikir nanti, cuti sekolah pun habis...he he he, kadang-kadang saya jawab tunggu ada orang offer gi bercuti, petrol sponsor, bilik hotel sponsor sampaikan makan pun nak tunggu orang tu sponsor juga....wakakakakaka. Takdelah gamaknya nak menunggu peluang sebegitu rupa. Selalunya time cuti sekolah memang saya tak berminat nak travel jauh-jauh. Dah boleh bayangkan bagaimana jemnya jalanraya disekitar kawasan percutian tu nanti dan dengan hotel yang packed serta kolam renang dah umpama kolam renang tin sardin, penuh dengan orang ramai sepanjang masa..... tak minat...he he he...

Jadi entry kali ini nak dipaparkan percutian singkat kami sekeluarga ke Air Panas Gadek yang terletak 10 KM dari pekan Alor Gajah, Melaka. Kawasan ini merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai sumber air bawah tanah yang panas dan ianya telah dikomersialkan bagi memenuhi permintan pengunjung dan pelancong ke Negeri Melaka ini. Asalnya adalah sebuah kawasan kolam air panas yang kecil yang kemudiannya telah dibangunkan sebanyak 2 kali sebelum ianya mencapai ke tahap sekarang, world class....ahakss. Bayaran masuk adalah sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Waktu yang sesuai untuk mengunjunginya adalah pada waktu malam kerana keadaan cuaca yang sejuk, sebaik-baiknya bermula dari jam 8 malam sehinggalah ke pukul 2 pagi. selepas waktu itu tidak digalakkan kerana khuatir anda dah mengantuk masa tu...he he he..

Kita boleh memilih untuk merendamkan setakat tapak kaki sahaja, betis, lutut atau paras pinggang atau semuanya sekali. Ada pelbagai saiz kolam disini, pilihlah yang mana satu sesuai untuk kita dan keluarga, tahap air panas setiap kolam berbeza-beza bak kata orang kalau lagi panas, ianya lagi berkhasiat untuk tubuh badan kita. Kebaikkan berendam air panas ini adalah ianya mampu melonggarkan mana-mana urat dalam badan kita selain menguatkan saluran darah kita, bila darah dapat mengalir dengan baik, semuanya pasti baik...wakakakaka

Nak diceritakan sebetul-betulnya khasiat dan dan rahsia berendam ni, mahu 13 hari pun tak habis, sebaiknya datanglah mencubanya sendiri, insyallah anda takan kerugian masa dan tenaga, percayalah, belum cuba belum tahu, dah cuba pasti nak lagi...he he he... macam iklan minuman tongkat ali lak,,,ha ha ha..



Menunggu nak masuk...

Tiket dah pun ditangan, apa lagi....

Wife suspen nak masuk, siap kena pimpin lagi....ish ish ish...

Aiman dah terjun tadi, lompat naik balik...panas katanya...ha ha ha...

Kami memilih kolam yang sesuai untuk seisi keluarga berehat, ada banyak juga kolam seperti ini, keluasannya 2 meter kali 2 meter. Ada sesetengah kolam tu samaada terlalu kecil atau terlalu besar, terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Syafiq dan Ikhwan steady aje, siap terjun tiruk lagi...

Ada juga meja untuk rehat-rehat dan tempat letak barang...

Gazebo berkipas angin juga disediakan kalau-kalau kita nak berkelah, membawa makanan disini tidak dilarang tapi dilarang untuk bercumbuan... he he he.. Konsep dia santai dan semua pengunjung tidak akan dihalau walaupun duduk dikawasan ini 24 jam cuma kalau merosakan harta benda awam atau bergaduh, dah tentu kena sepak keluar...

Kami tak bawa makanan pasal jarak antara rumah dan kolam ini hanyalah 22 minit pemanduan sahaja, tak perlu juga risau kerana ada kedai makanan disini dan juga paling best, ada kedai menjual burger. Tapi ingat, kena bawa air putih banyak-banyak kerana setiap rendaman selama 10 minit perlu disulam dengan air putih barang seteguk dua bagi mengelakkan air dalam bandan anda tersejat secara drastik.. Kalau terlupa, beli 100 plus pun takper.

Aiman makan dengan berseleranya.

Dah nak balik dah, tengok mata masing-masing...kah kah kah.....


...

No comments:

Post a Comment