Wednesday, January 4, 2012

Rawatan Akupunktur, Senawang, Negeri Sembilan

Pertama kali aku kesini ni, wife yang bawa, katanya baik dan elok, aku pun trylah buat kali pertama, selalunya nampak bangsa asing yang jalankan rawatan ni tapi klinik ini dikendalikan oleh bumiputera, terasa terjamin dan selamat sikit.

Kaunter depan, nampak biasa2 aje, harap2 tak mahal kos rawatannya...

Senarai harga - rasanya berpatutan ni.

Proses permulaan rawatan akupunktur ni, kena baring dan berehat dulu, aku pilih cucuk kat kepala dan dada, mengikut sindrom kesakitan yang aku alamilah, bukan boleh main suka2 aje pilih. Sori yea, nampak aurat sikit..he he he.. Rawatan disini berunsur islamik juga ni, doktor ni suami isteri, patient lelaki, doktor lelaki yang rawat dan patient perempuan doktor perempuan yang rawat, kita tak perlu risau, wife saya dan adik ipar saya dah jadi regular customer kat sini, alhamdulilah  rawatan yang dijalani disini mampu mengatasi masalah kesihatan kita tapi bukan dengan sekali treatment, tengok pada masalah penyakit dan juga ketahanan tubuh kita.

Setiap rawatan perlukan 30 minit ataupun 45 minit, kena berehatlah ketika menjalani rawatan ni. Sakit?...tak rasa pun.

Masa ni ada 5 jarum kat kepala dan 6 jarum kat dada, jangan khuatir, jarum yang digunakan selamat, ianya hanya digunakan sekali sahaja, selepas itu ianya akan dilupuskan secara sistematik.

Aiman dah datang kali ke 3 pasal dia ada masalah kat hidung, penyakit ni doktor kata "polip" yang mana ada "kedapan" yang menutup lubang hidung dia sampaikan dia bernafas ikut mulut bukan ikut hidung. Alhamdulilah dah beransur pulih, ubat pun ada dibekalkan, ubat homopathy, takde kimia ataupun macam ubat komersil yang dijual difarmasi luar. Dijamin selamat dan sedap..he he he..aku dah try pun..

Hidung ikhwan pun dah mula nak jadi,  dia baru pertama kali mendapatkan rawatan akupunktur ni, harap2 beliau segera sembuh. alhamdulilah anak2 aku semuanya kuat2 belaka, takat cucuk jarum ni no hal punya..he he he.. kira steady macam ayah dia juga ni...ahakass



Kalau nak mencuba, bolehlah tuan2 menelefon nombor hp yang tertera pada gambar yang diatas sekali, ada pelbagai penyakit yang boleh dirawat, insyallah. Klinik ni terletak di Senawang. Kalau nak kesana dari hiway plus, sila exit di Tol Senawang dan menghala ke Kuala Pilah, selepas jumpa Giant dan Mc donald disebelah kanan, belok kekanan pada trafik light dihadapan, cari restoran steamboat house yakni sebelah EON Bank, klinik ni di tingkat satu, ada papantanda, kalau tak dapat cari juga, telefon no hp tadi, insyallah ini ikhtiar kita, kalau diizinkanNYA untuk sembuh, syukur buat kita.

Baru teringat ada bawa balik brosur klinik ni dan siap ada blognys sendiri, bolehlah tuan2 atau sesiapa yang berminat melayarinya :

Alamat Klinik  - PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY AKUPUNKTUR SHAZI, No 141-1, Jalan TKS 1, Taman Komersil Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan.                  
Hp 016-6641012 begin_of_the_skype_highlighting            016-6641012      end_of_the_skype_highlighting
Blognya pula www.homeoshazi.blogspot.com



... 

1 comment:

  1. Asalam,
    Baru shj. buat rawatan di klinik ni..asbab dari entri blog ni...setelah 4 tahun..hik..hik.

    ReplyDelete