Thursday, November 24, 2011

Old Town White Coffee Kuantan, Pahang

Tuah ayam tampak dikaki, tuah manusia tak siapa tahu, pertama kali aku mengunjungi Old Town White Coffee milik seorang sahabat dari batch RMC 83-87 di Kuantan semasa kursus tempohari membuka minda dan semangat aku bahawa sahabat ku yang seorang ni bakal menjadi jutawan segera , dan diharap-harapkan sebegitu. Semuga beliau memperolehi limpahan rezeki dari perniagaan franchise yang diusahakan ini. Tabik buat sahabat ku pemilik Old Town White Coffee di Mahkota Square, Pahang Hj Op Khairuzzamani A Coy batch RMC 83-87 the 4th thoroughbred.



Signature drinks....power siot...keh keh keh...

Bersama pemiliknya dan juga sahabat ku, the only bumiputera owner of  OTWC.... Hj Op Pet A Coy....syukran jazilan.... saya mesti piliyyyy....ahakss





...

Naza Ria Ku Rosak Di Gebeng...

Kata orang, malang itu tidak berbau dan ianya berlaku ketika hari pertama aku menghadiri kursus di Gebeng, kereta aku rosak akibat overheat. 3 hari kereta ni tersadai kat kilang KNM di Gebeng, aku tak benarkan mana-mana mekanik  usik kereta ni kerana kereta Nazaria adalah kereta yang sangat sensitif, tak boleh hantar kepada sebarang mekanik , mahu pulak pada mekanik yang tak mahir, mahu jahanam kereta aku. Aku buat keputusan untuk tow kereta ini ke bengkel yang diiktiraf oleh kelab pemilik MPV nazaria di Serdang, Selangor. Aku lebih percaya pada mekanik disana dan tambah lagi, ada kawan-kawan ahli kelab yang sudi membantu dengan memantau proses baikpulih kenderaan ini disana nanti. Aku tak perlu pening kepala nak turun naik dari Melaka selalu.

Setakat berita ini ditulis, kerja-kerja baikpulih masih sedang giat dijalankan, rasanya lagi 2 atau 3 minggu baru siap ni, bengkel tu banyak kereta, aku tak nak mendesak sangat nanti naya kalau dia suruh aku repair kat tempat lain, baik aku tunggu aje kebetulan pulak sekarang time cuti sekolah, keperluan untuk menggunakannya belum begitu mendesak lagi cuma yang mendesak adalah kos baikpulihnya.....rasanya pening aku tak pulih-pulih lagi sejak hari tu.........waaaarrrrggggrrrhhhh..




Kawan-kawan perli, selalu aku jadi marshall masa konvoi, orang asyik follow aku dan sekali sekala kena lak aku follow orang lain tapi masalahnya aku follow tow truck...waaarrrggghhhhh....uhuks uhukss....

Semuga kos baikpulihnya tidak memudaratkan poket ku....wakakakakaka....




...

Sunday, November 20, 2011

Anugerah Khas Pelajar Cemerlang - Muhammad Syamil Ikhwan

Syukur alhamdulilah anak ku yg seorang ni terang hati, pandai azan dan pernah menjuarai pertandingan azan peringkat tadika jaim Negeri Melaka. Cikgu dia selalu pilih dia mewakili tadika baik dalam kategori persembahan mahupun dalam acara sukan. Trophi dia kat rumah dah banyak bersusun kat almari antik wife, tak tahu nak letak kat mana dah dan terbaru beliau menerima satu anugerah dan hadiah sampingannya adalah sebuah basikal, seronok betul dia dan dah rezeki dia. Harap-harap bila melangkah kealam persekolahan rendah nanti beliau mampu mengekalkan prestasi sebegini. Insyallah....
 


Bersama kawan-kawan sekelas beliau...

Menjadi lead singer dalam persembahan penutup akhir tahun.

Azan berkumandang dari bakal tahfiz ni, harap-harapkan, insyallah...

Menerima anugerah pelajar cemerlang 2011 kategori pelajar lelaki.

Menerima anugerah khas pelajar cemerlang Tadika JAIM Al Ikhwan, Cheng Jaya  2011

Kenang-kenangan kerana beliau belajar selama 2 tahun disini dan akan meninggalkan tadika ini tahun depan kerana memasuki darjah satu.

Bersama koleksi yang diterima sepanjang pengajian beliau di tadika JAIM , Cheng Jaya.... bergaya betul anak ku yang seorang ini....

Sejuk perut ibu yang mengandungkan beliau dan sejuk mata ku memandang.... semuga beliau menjadi anak yang soleh hendaknya...insyallah...



...

Wednesday, November 9, 2011

Makan Steamboat Di Seremban 2

Kalau makan Steamboat, aku paling suka pilih yang ada 2 menu...


Steam boleh, grill pun boleh.....

Makan-makan dengan geng RF N9, semua sporting, takde yang lorat pun, kalau ada pun..........sorang aje..wakakakaka...cabutttttttt.......

...

Sunday, November 6, 2011

TT Nasi Ambeng "CDM" 4 Nov 2011

Masa pertama kali diperkenalkan dengan nasi ambeng ni adalah ketika aku join konvoi Layang Si Layang ke pesta layang-layang antarabangsa di Pasir Gudang, Johor hari tu. Masa tu salah seorang rakan kelab Ria Family Johor En Salem ataupun dikenali sebagai Tuan Pulis yang menetap di Pasir Gudang buat kenduri kesyukuran selain menyambut dan meraikan konvoi kami yang turun ke Johor. Rasanya nasi ambeng tu kena bungkus tapi kami makan kat situ juga, cara makannya masih sama yakni 4 orang makan sedulang dan kali ini di Bukit Gambir di rumah rakan RF juga, Tuan Din Bugis ataupun dikenali dengan "CDM", caranya berbeza dan satu kejutan budaya pada aku pasal aku pun tak tahu ini adalah amalan masyarakat jawa..he he he...immm sowyyyy...ahakss



Dari kiri, Tuan Din Bugis aka CDM, Bro Azizultan, Bro Shariman yang juga rakan sekerja aku dan dah tentu yang paling handsome kat tepi tu, akulah...ahakss. Kami sampai awal, ikut masa yang diwar-warkan yakni jam 9 malam, yang lain ikut jam Afrika kot, tu pasal tak sampai-sampai lagi......wakakakaka...


Dah sampai awal pun tak boleh nak mulakan menjamah...ish ish ish lecehlah kengkawan ni, kata Shariman dalam hati....aku agak aje...kui kui kui...


Nasi Ambeng Bukit Gambir dari top view......mmmmmm menyelerakannnnnnnn...


Ha ha ha....side view lak, geramnya akuuuuuuu, rasanya nak terkam-terkam lagi lepas ni....


Semua dah sampai masa ni kecuali Jai, Ustaz nak mulakan bacaan doa ni....aku dah lapo gilaerrrrrrrr...


Makan time!!!!!....meriah ni, rugi sapa-sapa tak mai, kalau ada lagi tuan CDM buat macam ni, insyallah aku mai, siap bawak tupperware sekali...ha ha ha...


Sebelum....


Selepas....wakakaka... 3 orang sedulang pun boleh habis, sah diaorang ni species JIN juga...cabuttttt...


Sopannya aku...wakakakakaka... Ben, kau kalau usik ayam yang seketul tu, siap hang, tong NGV hang aku cabut buat  tempat BBQ...ahakss


Kata tuan CDM, masyarakat jawa hanya menjamah 2 atau 3 suap sahaja nasi ambeng yang terhidang didalam dulang ni, lepas tu mereka akan membahagikan nasi ini kepada empat bahagian, mengikut bilangan orang yang makan kat dulang tu, kalau 3, 3 bahagianlah dan kemudian ianya akan dibungkus samaada dengan daun pisang atau plastik beg kemudian dibawa balik kerumah. Tujuannya adalah untuk dimakan bersama keluarga dirumah masing-masing. Sebenarnya amalan ini mempunyai maksud yang dalam jikalau ianya dikaji dan diperhalusi, oleh kerana ini adalah amalan orang tua-tua mereka dah tentu amalan ini baik dan bermakna, kalau tidak kenapa ianya masih diamalkan oleh masyarakat jawa.

Bagi aku dan rakan-rakan, kami lebih selesa makan disitu sahaja dan tidak membungkusnya sama macam kami pergi kemajlis-majlis perkhawinan atau sewaktu dengannya, nak bungkus-bungkus ni agak segan kecuali mungkin para isteri kita yang terbiasa dengan amalan bungkus, nak suruh kami yang lelaki ni membungkus, harap maaf...salah orang ni...kui kui kui.. membedal no 1, membungkus....no nombor...ahakss. Terima kasih pada tuan Din Bugis atas jemputan ini, walaupun siangnya aku baru buat tahlil untuk arwah atuk aku yang telah kembali kerahmahtullah pada jam 1.30 pagi hari yang sama akibat sakit tua, beliau berusia 88 tahun ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Demi sillaturahim dan keunikkan dalam jalinan persahabatan sesama rakan RF, aku tunaikan juga undangan ini dan ternyata ianya amatlah berbaloi-baloi...


...
...

Pertandingan Memancing 2011

Menjadi pemancing bukanlah kegemaranku, menjadi penganjur pertandingan memancing.....mmmm.... mungkin itu kegemaran ku, kegemaran no 380...wakakaka... Buat pertama kalinya Kelab Sukan Dan Rekreasi kilang aku buat pertandingan ni dan sebagai orang no 1, dah tentulah aku kena handle semuanya. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar termasuk Birthday Party untuk staff, aku bersepakat dengan bos HR untuk buat acara ini stail 2 in 1, senang, mudah dan ringkas, sekali jalan...siap. Takdelah penat nak organise 2 acara dalam 2 waktu yang berbeza, manpower dan kudrat yang ada tetap orang yang sama maka inilah jalan penyelesaian terbaik yang boleh difikirkan. Mungkin tak se"grand" pertandingan memancing yang dianjurkan oleh tempat lain, orang baru, dah tentu caranya serba baru......


Sessi pendaftaran pemancing, sekali dengan pendaftaran cabutan bertuah, nasib baik anak daraku Nur Fatin Adiba ada, boleh tolong-tolong sikit kalau tak, nak ke tandas pun payah.

Barisan marshall dan ajk rasmi, dari kiri En Khairul SHO aka boss aku, En Sabaruddin marshall ikan dan teknik tangkapan, En Azmi penyokong dan En Rasul ajk khemah dan kerusi meja.


Setting buffet dari katerer dan pemilik Restoran Ikan Sungai, KL. Class gitu....ahakss


Kek double 2 tingkat khas untuk sambutan birthday party staff, seberat 6 kilo setengah, meriah...meriah...


Antara hadiah-hadiah yang disediakan, barangan eletrik dan barangan bukan eletrik...kih kih kih...

En Amran dari Production Dept, antara tangkapan terawal yang didaratkan, mulanya aku rasa ikan beliau akan menang tapi... jeng jeng jeng....ada lagi, masa masih banyak.....

Ikan duri kan? masak aper yang best?...


Sessi cabutan bertuah, selang seli dengan sessi karaoke...


Antara pemenang cabutan bertuah, En Hairul dari HSE Dept...rezeki beliau. Jeles aku...


Udang pun ada didaratkan...he he he...rezeki...rezeki...


Aku tunjuk best tu pasal nak beli jiwa aje, kalau aku hadkan berat minima bermula dengan 500 gram, mahu ikan tu masuk tong sampah kat kilang...kui kui kui...


Layan karaoke lah pulak, penganjur mesti sporting, semua event boleh g nyeeeeeer...ahakss


Lagi sessi beli jiwa oleh aku...


Inilah juara pertandingan memancing malam tu, yang pegang pancing tu bukan tuan dia, tuan dia malu-malu, ada kat tepi pantai lagi, kelakar tul...



Lauk aku anak beranak pasal syarat awal untuk pertandingan ni aku letakkan bahawa semua tangkapan adalah hakmilik penganjur...kui kui kui... pandai tak den?



Tangkapan terakhir sebelum siren penutup pertandingan dibunyikan...he he he...ketam sesat seekor...

Seronok juga bila organisekan event baru, walaupun aku tak banyak pengalaman berkenaan pertandingan memancing ni, aku tetap usahakan buat research di internet termasuklah ziarah ke 2 3 kolam memancing kat dalam Melaka ni, bertanya dan bertukar-tukar idea dalam soal pertandingan memancing ni, apa yang boleh, apa yang tak boleh, prasyarat-prasyarat yang wajib dan tidak, peraturan yang boleh mencetuskan masalah termasuklah sekiranya ada tangkapan yang mempunyai berat yang sama yakni tak boleh nak declare siapa juara pasal ikan sama berat, kat situ aku dapat tip dari pemilik kolam memancing Alor Gajah, nak tahu apa?....Ado Den Kisah...wakakakakaka


...