Sunday, May 22, 2011

A Journey To Jengka

Membuat perjalanan jauh bukanlah kesukaan aku kebelakangan ini, dulu ianya adalah kegemaran aku no 1, pantang dapat steering aje, semua tempat aku rayau, rekod aku paling lama memandu tanpa tidur adalah selama 36 jam. Aku cipta tahun berapa yea???, lupa dah tapi aku ingat route aku masa tu, memandu dari Melaka ke Singapura kemudian kembali ke Melaka, gerak ke Benta, Pahang dan kembali semula ke Melaka. Ada misi khas masa tu, syukur dan alhamdulilah misi tu berjaya. Kali ini aku hantar anak buah mendaftar ke UITM Jengka, Pahang. Keluar rumah pukul 6.30 pagi dan sampai semula ke rumah jam 7.30 malam. Lotih bai....

Aku hantar si Solihin, anak kak ngah, semuga beliau belajar rajin-rajin dan cepat pandai, mampu berdikari diatas kaki sendiri, senang aku takyah hantar dia lagi time cuti semester.....



Kak Ngah dan suami


Shahir dan Solihin... Shahir dah masuk ke semester 3 di Uitm Dungun, kira senior ...Adik Iin baru nak daftar...


Penumpang gedikkkkk...


Rendang limpa Batu Kikir....kak ngah kata best....


Inilah sarapan aku, pagi-pagi dah makan rendang ayam, bilalah aku nak kurus ni???


Selamat sampai tepat pukul 11.37 pagi.


Kakngah dah macam pemeriksa kira-kira aje...


Terlalu fokus menulis sampaikan nama penjaga pun salah isi, aparaaaaa.....


Pekngah, steady lagi dia, baru 4 jam perjalanan, tunggulah 4 jam balik kang, sure pewainya....ahakss


Lunch time, tak berani singgah makan kat kedai biasa, takut terkena lauk ikan patin RM13,000.....ha ha ha...


Beg adik Iin, berat kargo rupanya kereta aku ni, padanlah minyak kuat mentekedarah.....ha ha ha...


Kasi keluar dulu kargo ni, baru ringan , semua senyum termasuk aku, aku senyum barang dah kuar, kereta dah ringan, diaorang senyum, adik Iin dah takde kat rumah, ringan dapur skit...ha ha ha...


Langkah menuju ke puncak kejayaan....


Ciuman dan pelukan terakhir ibu buat anaknya.....


Turn si ayah pula.....


Senyuman sebelum berangkat pulang.....bila dalam kereta...semua gebeh....ha ha ha...siapa tak sayang anak hoiiiiiii!!!...

Buat anak buah aku, Muhammad Solihin Muhammad Shukri Wong, semuga maju jaya dalam pelajaran, semuga tabah menghadapi ujian walaupun berjauhan dari keluarga, sesungguhnya harapan keluarga terletak dibahu anda bukan dibahu paklang....ha ha ha...


...

Wednesday, May 18, 2011

Nasi Arab Al Abraj, Bangi Sek 9.

Isnin lepas aku ada meeting ISO kat HQ Serdang. Aku car pool dengan boss aku , kami bertiga bertolak dari Melaka lebih kurang jam 7 pagi dan sampai ke KL jam 8.55 pagi. Naik kereta boss aku, dia boleh claim mileage, aku claim air liur ajelah. Dan meeting ISO kali ni memang hampeh, bukan macam trainning, masa trainning full board, kenyang gila sepanjang hari, dari sarapan sampailah ke minum petang, air panas dan mineral free flow. Kat HQ ni.......malaslah nak cakap banyak, kebulur gila aku. On the way balik aku sound boss aku, kalau ada meeting ISO lagi lepas ni, aku dah tak nak mai lagi. Boss aku tahu, kalau aku lafaz, memang aku buat dan beliau counter offer aku, apa aku nak makan, dia belanja....... apa lagi aku guide pergi kat sini lah...



Nasi arab ni resepi Yemen, aku dah try resepi Damsyik, resepi Tunisia dan resepi  Bukit Baru....


Buku menu....cam scrap book time sekolah aku aje.


Barbican takde, ipar dia si Fayrouz ada....aku order aje....


Inilah Lamb Zurqan dia, lepas pekena aku mengantuk gila, mata berat aje, payah nak buka, diaorang taruk daum ketum aper.....

Walau apapun, aku berterima kasih kat boss aku yang sudi membelanja aku semata-mata nak membeli jiwa aku namun aku dah tekad, ada lagi meeting kat HQ aku tetap takan pergi, kalau boss marah juga...Ado Den Kisah!!!....

Dan disebelah malamnya pula rakan-rakan aku dari Kelab Pemilik MPV Nazaria buat TT kat sana, walaupun aku tak dapat join diaorang walaupun aku dah cuba mengadjust time aku namun aku percaya depa memahami dan kalau ada kesempatan lain dan depa buat lagi kat sini, insyallah aku cuba hadir tapi macam biasa ...kena tunggu lesen approved lah...ha ha ha.....

....

Monday, May 9, 2011

Rojak Dan Cendol, Uniten






Membicarakan soal makanan sebenarnya bukan sahaja membuatkan saya rasa teruja malah wife juga berkongsi keterujaan yang sama. Bila kawan-kawan satu sekolah beliau maklumkan ada kedai makan yang best di Melaka ni, pasti beliau ajak saya mencubanya. Kami akan pergi bila cukup bulan sahaja pasal mengajar tekak makan kat luar cukup bulan sahaja bak kata orang ajar disiplin lah kalau tak, mahu rabak wallet. Lainlah kalau gaji masing-masing seploh ribu sorang-sorang...ahakss

Baru-baru ni saya ke Komplek Sukan MSN, menguruskan pasukan bolasepak PEROt BOLAt FC batch 83-87. Saya bertolak awal dari Melaka, sempat jugalah singgah 4 5 tempat sebelum ke sana dan lokasi terakhir sebelum berkumpul kat MSN adalah di warung kanopi biru dekat round a bout Uniten. Dulu masa berkhidmat kat Parcel B, selalu jugalah singgah kat area tu, dulu hanya stall jual goreng-goreng aje dan kini dah jadi macam medan selera lak.

Jam dah pukul 3.30, perlu sampai ke padang dalam pukul 4 petang maka saya pekena yang simple-simple aje, dengan cuaca yang panas dan selain tekak yang gatal nak mengonyel maka saya mengorder cendol pulut dan rojak aje. Boleh tahan jugalah rasanya, yang cendol rasa cendol, yang rojak rasa rojak lah takan rasa nasi mandy..ha ha ha...  Teringatkan cendol kat pekan Sg Besi, dah lama juga tak kesana, entah ada lagi atau tidak. Rasa cendol dan rojak ni tak lari sangat antara satu tempat ke tempat lain, bagi saya berbaloi makan cendol, menyejukan dan sedap, kalau berpeluang kesana lagi, insyallah saya singgah, mungkin pekena sup-sup ka atau pelbagai kuih muih yang lain cuma kalau nak singgah, eloklah singgah dari tengahari sampai petang. Kalau belah malam....dia dah tutup...ahakss


...

Sunday, May 8, 2011

Yong Tau Foo, Melaka Style.

2 hari lepas Aiman demam, wife tak masak nasi, hanya masak bubur aje dari pagi sampai petang. Bila malam semua orang dah muak. Last-last wife ajak pekena masakan ala-ala sup maka aku bawa diaorang pekena yong tau foo kat Pantai Puteri. Istimewanya yong tau foo kat sini bukan dibungkus seperti yong tau foo biasa yang terdapat dimana-mana pasar malam dalam Malaysia. Yong tau foo disini dihidang seperti makanan bersup. 

Ianya bukan berkonsep steamboat atau satay celup, lebih kearah sup yang mempunyai kuah cili untuk dicicah. Isinya pelbagai dan dah tentu kena celup juga sebelum dipotong-potong kecil bagi memudahkan dimakan oleh pelanggan. Antara pilihan yang aku gemari antaranya fishball, sosej, perut lembu, paru, daging, cendawan bulat dan juga telur puyuh rebus. Banyak pilihan untuk dimakan sebenarnya dan kalau berminat nak mencuba, kedai ini ada terdapat di Bandar Hilir, Pulau Gadong dan juga Pantai Puteri. 

Kalau nak tahu berapakah harga makanan yang kita makan, angkat saja mangkuk kita dan lihat piring alasnya. Ditulis dengan pensel jumlahnya, kalau tak nak terperanjat bila time nak bayar, pastikan anda mengambil 8 ketul dulu, cuba dulu dalam bilangan yang sedikit, kalau kurang boleh ditambah, kalau lebih??? masak kau...ha ha ha... sebabnya 8 ketul hidangan tu kalau dipotong-potong kecil boleh menghasilkan 32 ketul kecil dan kalau ditambah mee, bihun atau kuew tiau, mau mangkuk kecik tu jadi mangkuk nasi tambah.

Kalau nak tahu rasanya, ianya sama aje dengan rasa mee sup dimana-mana kedai pun tapi kalau nak tengok kaedah baru cara-cara makanan ini dihidangkan, amat-amatlah di alu-alukan, kata akhir ditangan tuan-tuan dan kata saya........ Ado Den Kisah....



Saiz hidangan RM9.80...ahakss

...