Sunday, April 24, 2011

Nasi Arab Di Restoran Saba, Cyberjaya

First time pekena nasi arab kat sini, akhirnya setelah lama mengidamkannya maka malam tadi ianya menjadi pelunas segalanya. Kenyang dan seronok, kenyang pasal kena paksa makan oleh kawan-kawan dan seronok pasal datang makan ramai-ramai. 

Mula-mula sampai aje, aku dah terperanjat, penuh kedai tersebut dengan pelanggan, bukan dalam kedai aje, dekat 4 lot kedai penuh termasuklah kaki limanya. Memang tempat ni menjadi tumpuan penggemar nasi arab, dari muda sampailah ke tua, yang datang berdua, yang datang berkeluarga, yang datang berkelompok termasuklah kami yang datang berkonvoi. Ingat kena tunggu lama baru boleh dapat makan tapi tak sampai 20 minit lepas order, nasi arab datang bertalu-talu.... arrgghhh kawan-kawan aku order macam ada kenduri kahwin aje gamaknya.

Tak tahu lak apa menu yang diaorang order tapi nampak macam mandy lamb, first time try minum barbican, buka pakai tangan...ish ish ish...kunonya aku..ha ha ha, aku try buka pakai gigi. Bengap juga aku kadang-kadang. Berapa pinggan aku makan? Tanya diaorang, aku tak tahu pasal aku tak nampak pinggan, aku nampak dulang aje depan aku....ho ho ho. Sikit-sikit pas kat aku, sikit-sikit pas kat aku, apa diaorang ingat aku ni kuat makan ke.....tapi yang penting Ado Den Kisah!!!...ahakss



Baru sampai....


Order time!!!


Inilah pemangku Drinc IC batch terbaru...rambut kitaorang sama tak??


Kad kredit yang tak mau pegang kalau mahu ke mari...ahakss


Mandy lamb......


Orang lain, satu botol satu gelas, aku satu botol dua gelas....kih kih kih...


Sessi tolak segala-galanya kat aku....


Cuba teka, pinggan aku yang mana?...


Tq very much pemilik baju biru...ahakss



Anjang kata Bestttttt, aku kata Wowwwwwwwwwwwwwwww!!!!!


...

Thursday, April 14, 2011

Asam Pedas Tangga Batu

Aku bukanlah pakar dalam bidang masakan mahupun pakar pemakanan atau pakar nutrisi, pakar makan adalah, itupun tak seteror manapun. Banyak juga kedai-kedai makan dalam Malaysia yang dah aku cuba, bawa dari Singapura sampailah ke Negeri-Negeri Pantai Timur juga seantero belah-belah Utara. Tidak mendabik dada dalam bab makanan tapi mendabik poyot...ha ha ha... Banyak dah kedai makanan yang aku dah pergi, dari kedai cendol bawah pokok sampailah ke Hotel 15 bintang, dari yang pergi bayar sendiri sampailah orang belanja free...ha ha ha... 

Entry kali ni menceritakan sebuah kedai menjual masakan asam pedas di Melaka ni. Kalau biasa aku sering menceritakan tentang Asam Pedas Claypot, kali ni kedai yang terletak berdekatan BSN Tangga Batu menjual masakan asam pedas dengan menu ikannya adalah ikan kembong dan ikan pari sahaja, ada kari ayam belah 4, samaada dada atau peha, sambal sotong dan sambal udang. Ianya juga boleh dimakan dengan nasi putih telur masin ataupun dengan roti canai panas-panas. Yang uniknya kuali besar yang digunakan untuk memasak roti canainya menggunakan bahan api dari kayu arang dan bukan dari LPG.

Sempat menjamah dikedai ini buat pertama kalinya walaupun dah beribu ratus kali lalu kerana terletak dilaluan antara rumah aku dan rumah saudara mara sebelah mak membuatkan aku membahagikan 3 bintang dari segi rasa dan 1 bintang dari segi dekorasinya. Lain orang lain tekaknya maka kalau nak cuba, boleh mai, kalau tak, pi kedai lain lah....ahakss



Nasi asam pedas, satu set.

Asam pedas pari, kuahnya tidak pekat tapi isinya banyak sedikit dari kedai lain. 

Kari ayam, puas makan ni, cicah dengan roti canai atau makan dengan nasi putih...totap konyang.

Sambal udang .....powerrrrrrrrr


...

Tuesday, April 12, 2011

Kertas Kerja Family Day Wan Wiwi 2011

Salam sejahtera buat ipar duaiku,

Berikut adalah kertas kerja yang dicadangkan sempena family day wan wiwi Disember 2011 nanti. Sila maklumkan secara direct kepada pihak penganjur bagi sebarang cadangan tambahan ataupun bantahan rasmi.

Tarikh     :   10 & 11hb Disember 2011
Tempoh  :    2 hari 1 malam (Sabtu &Ahad)
Tempat   :   Ismah Beach Resort, Padang Kamunting, Pengkalan Balak, Melaka
                   Website  :  www.ismahresort.com
                   Pengurus : En Mohd Faizal Ismail (setakat blog dicipta)
                   HP         : 012-6505852
                   DL         : 06-3848111
                   Tel         : 06-3648141




Harga bilik dan katil.
RM160 /4   Bilik Deluxe     - 1 Double + 1 Single
RM130 /8   Bilik Standard  - 2 Single
RM140 /14 Bilik Superior   - 3 Single
RM190 /4   Bilik Family      - 2 Double


Cadangan bilik mengikut keluarga.
Bilik Standard          - Dik Tey               2 Dewasa + 2 KK
Bilik Standard          - Woh                    2 Dewasa + 1 KK
Bilik Standard          - Ibu & Baiza         2 Dewasa
Bilik Standard          - Mohd & Syafiq    2 Dewasa
Bilik Family              - Olin                     2 Dewasa + 3 KK
Bilik Deluxe             - Jaja                     2 Dewasa + 2 KK
Bilik Family              - Dik Nor              2 Dewasa + 5 KK
Bilik Family              - Kaklong              2 Dewasa + 3 KK

Bilik Standard 4 unit (RM520)
Bilik Deluxe    1 unit (RM160)
Bilik Family    3 unit (RM570)
Total Pax - 16 Dewasa  & 16 Kanak Kanak




Aturcara yang dicadangkan :-

Sabtu
1400 Check in
1450 Melawat Pusat Pengurusan Penyu
1630 Minum petang
1700 Sukanika
1800 Mandi laut
2015 Makan malam BBQ (pilihan antara Hotel atau Medan Ikan Bakar Kuala Sg Baru)
2130 Penyampaian hadiah sukanika dan cenderamata
2230 Aktiviti bebas

Ahad
0730 Sarapan pagi
0830 Aktiviti bebas
1230 Check out
1330 Makan tengahari - (pilihan Warung Nasi Campur Batu Berendam atau masa sendiri)

Pergerakan bukan secara konvoi dan pematuhan pada masa yang telah dirangka adalah amat dihargai. Pihak penganjur berhak merombak aturcara mengikut kesuaian keadaan dan sambutan ahli keluarga.




Sukanika
1.Tiup belon                                   Dewasa
2.Tiup belon                                   KK
3.Isi air dalam botol                        Dewasa
4.Isi air dalam botol                        KK
5.Rebut gula gula                            KK
6.Bawa bola pingpong dalam sudu   Dewasa
7.Bawa bola pingpong dalam sudu   KK
8.Baling belon berisi air                   Dewasa
9.Cari harta karun                           Terbuka

Kategori Kanak-Kanak       4 acara
Kategori Dewasa                 4 acara
Kategori Terbuka                1 acara
Total acara/hadiah           =  9 acara/hadiah


Kos anggaran perbelanjaan secara kasar.
Penginapan      -  RM1250
Sukanika         -  RM50   (alatan sukan)
Hadiah            -  RM150 (tidak termasuk Tajaan Naza Resources & PLUS Berhad)
Makan            -  RM950 (makan malam/minum petang/makan tengahari)

Total               = RM2400

Kutipan setiap keluarga yang telah dipersetujui secara ansuran bulanan RM50 x 6 keluarga x 8 bulan (Mac hingga Oktober = RM2400. Sekiranya terdapat lebihan, ianya akan disimpan dan digunakan pada family day tahun berikutnya. Kutipan bulan MAC telah pun dimulakan, sila buat pembayaran mengikut ketetapan yang telah dipersetujui. DAM & Fidyah akan dikenakan bagi pembayaran bulanan yang tertunggak melebihi 21 hari.





Warna tema tahun ini - MERAH....ahakss


...

Sunday, April 10, 2011

Konspirasi 9 April 2011 - Khas Buat Woh & (Mohd...ha ha ha..)

Kadang-kadang kita tak jangka perangai orang, dengan sikap yang dipertontonkan sepanjang masa termasuklah dalam pergaulan seharian, beliau jenis biasa-biasa sahaja, jenis isteri yang mendengar kata suami, respon pada keluarga pun ok-ok aje, tak nampak suka melawan atau argue dengan adik-beradik, ipar duai. Sebulan lepas dapat sms dari Jaja memaklumkan nak buat surprise birthday party buat Bang Lang dan beliau minta tidak dibocorkan rahsia ni. Penciptanya adalah Lela, isteri Bang Lang sendiri. Tu yang den tak cayo. Isteri yang pendiam pun suka element of surprise buat suami dio. Den dah biaso ngono kan orang maka i followwwww...ahakss

Asalnya nak buat kat Bagan Lalang tapi den raso tak sesuai, apo bondo nak buek makan jauh-jauh, dah lah nak ngono kan orang, dengan den2 lak nanti tokono, dengan duit minyak dan duit tol lagi, kalau ditajo soponuhnyo takpo. Ubah planning buek kat rumah ibu dan Dek Tey mengambil alih pengurusan kojut mengojut ni. Bagi alasan ado orang nak datang merisik si Baiza pado 9hb April nanti dan kebotulan lak tarikh tu ngam-ngam tarikh hari jadi Bang Lang. Dipendekkan crito, semuonyo pun bermulo.....



Banyak nyo kojo den...ish ish ish....

Tengah bakar ikan ni...ikan 8 ekor tapi persediaan api boleh bakar 80 ekor....

Ibrahim ni....... no komen...


Taklimat akhir...kasi jadi!!! kasi Boom! Boom! Bang!!!...ahakss

Tukang bakar ikan, import dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Subang...

Dua-dua bakal kena surprise ni...ha ha ha...

Perancang Bagan Lalang yang tak jadi, muka suci aje tapi hati...ish ish ish...

Sempat bergurau lagi dengan anak buah....

Perancang utama... sadis lagi brutallllllll

Petugas rasmi, bakar (Bomba) and supply (TNB)...

Kito bako ajeeeee, quality check... takan Banglang tak perasan, mana ada majlis merisik makan bakar2 atau steamboat... muskyil betul...

5 minit sebelum di kenakan.. ha ha ha....

Lilin sudah dinyalakan dan suspen pun bermula.....

Golak lepas tekono...ha ha ha...yesss!!!! menjadi yooooooo...

Muka selamba kodok, tak percaya dah kena surprise....

Banglang bersama keluarga, steamboat buat orang datang merisik... first time kat N9 kot..ha ha ha...

Aiman senyum ni, kegemaran dia...

Posing....., tengok aiman, asyik menyepit aje dia....

Suapan untuk ibu Dewi, sib baik ibu tak kantoi masa sessi soal jawab dengan Banglang tadi....

Posing lagi...amacam, ada kelassss tak????.. lu kena beb!!!

Bersama Baiza si pengantin tak jadi, ada banglang g tanya "kau nak ke taknak?...soalan gilo apoooo...ha ha ha...

Gediksssss 1

Gedikssss 2

TQ untuk Jaja dan Azrul...

TQ untuk Dik Nor dan Haithir...

TQ untuk Dik Tey dan Ibrahim...

TQ Olin dan Aidil walaupun mai lewat...ahakss

Ramai gak keluarga orang sebelah ya...ahakss

Doa buat Woh dan keluarga....semuga bahgia dan berkekalan...

Doa buat Mohamad.....bisnes tokek amacam???...

TQ buat isteri ku Syima dan aku juga sebagai penasihat kepada perancang-perancang utama. Element of surprise terhasil dari ilmu yang dikongsi bersama, tq buat Lela yang sudi menaja budget untuk majlis surprise party ini, walaupun tak se grand mana namun keterujaan dan keterperanjatnya Banglang menandakan ianya satu misi yang success... success..success...ahakss



Perancang utama...... Lu kena lah beb!!!......

...