Sunday, February 27, 2011

Ternakan Kambing Usahasama

Kata orang 90 peratus rezeki diperolehi dari perniagaan dan 10 peratus dari pekerjaan. Bertitik tolak dari langkah awal bak kata orang tua-tua bertatih dahulu sebelum melangkah dan kini alhamdulilah dari usaha titik peluh sebutir dah menjadi busut, insyallah kalau usaha ikhlas dan nawaitu kita jujur, harap-harap busut bertukar menjadi bukit dan bukit bertukar menjadi gunung. Awalnya usahasama ini hanyalah lakaran diatas kertas dengan beberapa pertimbangan peluang perniagaan seperti burung walit, ternakan gaharu, cendawan dan beberapa lagi prospek lain dan yang benar-benar tercipta dan terhasil depan mata adalah ternakan kambing baka jenis Boer.

Diusahakan diatas tanah milik keluarga seluas 1 ekar, projek ternakan kambing ini dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan kebun serai dan limau nipis, banyak juga yang terpaksa dikorbankan bagi memberi jalan pada projek ternakan ini. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata dan akhirnya dengan modal yang dikumpul sedikit demi sedikit, sebuah mimpi terkait menjadi realiti dan dengan kelompok awal sebanyak 8 ekor kambing baka Boer menjadi penghuni terawal kandang milik Ladang Laila Enterprise memulakan langkah pertamanya. Walaupun ianya tidak secanggih ladang-ladang ternakan kambing komersial yang terdapat di Malaysia, sekurang-kurangnya ia bakal menjadi salah satu ladang penyumbang industri kambing jikalau tak pergi jauh, cukuplah sekadar dikalangan keluarga ataupun kampung ataupun daerah ataupun Negeri Melaka....insyallah.

Semuga usahasama ini membuahkan hasil dan semuga ianya dapat dikongsi bersama-sama semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kalau ada yang gembira, kami turut bergembira dan kalau ada yang dengki....Ado Den Kisah!!!....rezeki dari ALLAH.











Ado Den Kisah!!!.....mbekkkkkkkkkkkkkk

...

Wednesday, February 23, 2011

Nasi Ambeng, Pasir Gudang.

Selalu sangat aku dengar tentang nasi ambeng ni, makan nya belum pernah dan buat pertama kalinya aku diperkenalkan dengan makanan ni semasa mengikuti konvoi ke Pasir Gudang baru-baru ini. Ianya nasi yang dihidang didalam sebuah dulang, rasanya cukup untuk hidangan 4 orang dewasa. Diatas nasi tadi ditaruh lauk tetapi dilapik dengan daun pisang bagi mengelakkan lauk tersebut bercampur dengan nasi putih. Lauk yang dihidangan adalah seperti mee goreng, ayam berempah/kurma, serunding kelapa, sayur kerabu dan ikan masin. Mula-mula aku rasa janggal juga nak makan 4 orang sedulang sebegini tapi dek kerana lapar dan yang sedulang dengan aku lak, kawan-kawan sekepala, apa lagi..bismillah aje lah....

Aku ni jenis tak makan ikan masin pasal rasanya yang masin tapi bila dah pekena nasi ambeng ni, semua aku bedal. Memang best, aku makan bertambah juga lah, tambah ayam, tambah serunding kelapanya, mula-mula segan dan sekarang rasa gian. Terima kasih pada En Salim sekeluarga yang menjamu kami makan tengahari dengan nasi ambeng ni, satu pengalaman baru yang tak dapat dilupakan, kenyang memang kenyang dan sedap..memang sedap.  


Nasi Ambeng Pasir Gudang - Sebelum...

Selepas....licinnnnnn...ahakss

...

Monday, February 21, 2011

Konvoi Layang si Layang 2011

Buat pertama kali nya pada minggu lepas, aku mengikuti konvoi kenderaan yang sama species  cam milik aku anjuran sebuah kelab permotoran yang dikenali dengan nama Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia yang mempunyai website rasminya www.riafamily.my . Ahlinya terdiri dari pelbagai kaum dengan background yang berbeza-beza walaupun sedemikian mereka mempunyai minat dan hobi yang hampir sama selain kepala diaorang gila-gila skit kira ngam dengan kepala aku juga. Banyak gambar yang diambil semasa konvoi tu termasuk ketika di Pesta Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang dan banyak juga yang aku tak boleh pamerkan kat blog ni, walaupun takde aksi terlampau tapi Ado Den Kisah.....ha ha ha..


Syima dan Fatin kat RnR Machap, on the way pergi, tengok background.....caya lah....

Depan kedai, kalau dah 100 plus kat tangan maknanya dah konyanglah tu.

Dari kiri : Bro Shamsul aka Temiang..kui kui kui, Dato Azizan dan Datin, orang kuat area Taman Tuanku Jaafar ni. Dengar nak sambar Alphard atau Merc...mercik tu.

Masa kat Higway Senai yang baru menghala ke Cahaya Alam, kereta Bro Shamsul overheat, berhenti jap membantu beliau, mungkin kereta kurang kena lenjan atau long distance buat enjin semput. Next time kena try Penang lak..ahakss

Pakar-pakar penasihat tak berlesen, payung aje besar...tolong lah weiiiii..kui kui kui

Ikhwan siap posing tepi enjin, sah anak abah.

Baru sampai ke Hotel penginapan, dekat area Masai, nama Hotel....Le Garden , macam biasa, ambik gambar ajelah kerja kitaorang, kamera free..ha ha ha..

Sembang-sembang dulu, kang baru shopping...adoiiiiii.

Banner rasmi.....

Petugas tak rasmi....kah kah kah...kerja berat yea bang!!!!

Dari kiri: Ustaz aka Sharkawi dari Melaka, Tuan Penguasa Pasir Gudang Tuan Pulis, Bro Merlin dari Seremban 2 memerangkap jurukamera rasmi keluarga aku...cabuttttttt

Baru sampai ke Tapak Pesta Layang-Layang, nasib baik kami awal, parking banyak kosong.

Deretan kereta kami yang terlibat dalam Konvoi Layang si Layang 2011. Cuba kira berapa???

Macam biasa, bergambar bersama keluarga lah buat kenang-kenangan, entah bila lagi boleh join konvoi macam ni, selalu jadi koboi aje.

Kawan sekerja yang berjaya aku tarbiah suruh join konvoi ni, En Shariman dan keluarga beliau yang sporting cuma anak sulong beliau aje demam sepanjang konvoi ni, kesian dia.

Sticker bumper rasmi...mercik gak...

Sessi taklimat untuk semua pakar DSLR, peraturan pertama tak boleh ambik gambar skodeng, bahana menanti....ha ha ha

Tadi geng DSLR dan yang ni geng Kamera Digital Cap Ayam...kui kui kui...

Bergerak ke tapak pesta setelah buas bergambar kat car park....ish ish ish

Ni Syafiq punya kerjalah ni, dahlah hilangkan belon spiderman ayah, siap kau.

Ikhwan berposing lagi.

Aiman pun sama tapi balik aje Johor, demam lak dia, asyik muntah aje dalam kereta, penuh satu beg plastik. Nasib baik tak teruk.

Pakar penaik Layang-Layang dari Melaka, guna jari pun boleh...ahakss

Family photo...bukti kami dah sampai.

Acu cuba cari benda tersembunyi...ha ha ha...

First time jumpa, JCB sebagai pemberat, berat juga Layang-Layang kast sini yea.

Petugas rasmi yang sibuk bertugas, dengar kata Zaha dah kautim, boleh masuk padang larangan....last-last kena halau...kui kui kui...

Dengan pakar-pakar DSLR dalam konvoi kami, kesian kat En Nor Azman aka Pop, kereta beliau terlibat dalam perlanggaran 12 buah biji kenderaan semalam (beliau tak ikut konvoi tapi ikut koboi), beliau kereta yang ke 8 dan alhamdulilah beliau sekeluarga selamat, tak cedera. Kena mandi bunga juga pasal bila tengok kereta beliau, banyak kesan calar balar, sah!!! beliau kaki langgar juga....ha ha ha..

Posing lagi....

Anak-anak aku ni, orang datang dari jauh nak tengok layang-layang, diaorang bantai main bola sakan, kat Melaka pun boleh..hampeh tullll.

Kincir angin yang menarik perhatian ku, kuat juga angin kat sini rupanya, memang sesuai jadi tapak pesta layang-layang.

Dah habis semua aktiviti konvoi, aku ronda-ronda kawasan sekeliling Masai ni dan terjumpa lah ni...power beb!!, sedap beb!!!.... rugi hangpa tak test, kalah cendol Leman Dawi....ahakss

Konvoi Layang si Layang secara rasminya ditamatkan pada pukul 3 petang bertempat di rumah Tuan pulis, selepas kenduri doa selamat beliau, dijamu dengan Nasi Ambeng buat pertama kali juga membuatkan aku menghormati budaya dan sambutan rakan-rakan yang kebanyakkannya dikenali hanya melalui forum di internet dunia tanpa batasan, pergaulan ini dan persahabatan ini benar-benar membuka mata dan minda keluarga aku, wang bukanlah segala-galanya tetapi sillaturahim itu menjangkaui semua yang kita fikirkan. Tabik hormat dari saya buat rakan-rakan yang terlibat dalam Konvoi Layang si Layang 2011 ni, dari mula hingga akhir, penginapan, makanan, pakaian, kawalan lalu lintas dan marshall serta semangat yang dipamirkan, anda buat anda dapat, anda hadir anda hebat, sehebat persahabatan kita. Tq tuan-tuan.


...

Friday, February 11, 2011

Melancong ke Cameron Highland 2008

Aku bukanlah suka sangat mengembara, sebelum menceburi bidang Safety sepenuhnya bermula pada tahun 2008, aku dan family lebih suka travel dekat-dekat kalau pergi bercuti, lagipun berjalan jauh, memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa, sebab tu aku hanya suka bertumpu ke Port Dickson sahaja. Sebut aje mana satu Hotel yang terdapat di sepanjang pantai Port Dickson, dari Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan, Ilham Resort, Guoman yang kini telah ditukar nama, Glory Beach Resort, Tiara Beach Resort, Palm Spring, boleh dikatakan hampir kesemuanya aku dah duduk menginap. Bukan riak atau menunjuk-nunjuk, sekadar mengatakan bahawa aku dah biasa dengan Hotel atau Resort peranginan kat pantai Port Dickson.

Apabila aku bertukar kereta dari Wira saloon ke jenis MPV, aku ajak wife aku pergi travel jauh sikit, mulanya dia cuak, tak sangka yang aku nak cuba try test travel jauh-jauh, bila aku terangkan dengan kenderaan yang dah besar sedikit, kita akan rasa lebih selesa selain banyak barang-barang boleh diisi. Dia setuju dan tanya mana nak pergi?...aku jawap Cameron Highland.


Wajah-wajah yang tak sabar nak memulakan perjalanan ke Cameroon Highland.

Ikhwan dengan posing cute nya.

Fatin pun sekali tapi posing beliau cam tak posing aje...he he he..

Ramai yang menasihatkan aku supaya naik dari Simpang Pulai kerana jalannya rata dan landai sedikit dari jalan Tapah tapi aku baru pertama kali kesana maka aku tetap memilih untuk naik ke Cameron Highland dari arah Tapah. Alhamdulilah tiapa apa-apa masalah yang aku hadapi sepanjang pemanduan, walaupun ini adalah kali pertama aku memandu kesana, bagi aku jalan-jalan yang aku lalui tidaklah seteruk, sebahaya mana pun berbandingkan ketika aku menjalankan tugas kat Benta dulu, jalan dari Bentong ke Ke Raub aje dah mengerunkan dengan tebingnya yang curam selain jalannya yang sempit serta tak mempunyai bahu jalan. Bayangkan kalau berselisih dengan lori balak, nak pula bila memandu diwaktu malam. Boleh naik bulu roma dibuatnya. Alhamdulilah sekarang semuanya dah banyak berubah. Mana-mana jalan yang gelap dah ada lampu jalan dan selekoh-selekoh bahaya dah diletakkan banyak papantanda selain dah dilebarkan sedikit.

Tempat yang mula-mula kami singgah adalah Ladang Teh Bharat, kedudukannya pula tepi jalan sahaja maka kalau sesiapa naik kesini dan tak nampak, sah dia rabun atau dia tidur masa tu..ahakss, sejuknya dah mula rasa masa kat Rinting lagi jadi kat sini apa lagi, pekena teh tarik lah dan bergambar sakan sampaikan kat tepi tandas pun jadi juga, pantang ada papan tanda atau tulisan tertera Cameron Highland pasti kita orang posing kat situnya. Walaupun kali pertama sampai ke sini, aku rasa macam dah biasa dengan keadaan disini, suhunya, budayanya dan bangunan-bangunan kolonialnya. Mungkin aku pernah sampai kot???...ahakss


Model papantanda..ha ha ha..

Model teh tarik yang macho dan baju ni...aku dah tak muat...ahakss

Wife dan adik beradik dia, muat mpv aku tu...

Anak-anak kesayangan ku dengan gaya tadah tangan, Aiman lak macam nak baca doa..ha ha ha...

Kat belah kanan tu lah tandas...

Ikhwan dan Aiman, ada handsome macam ayah dia tak??

Dah sampai kat tempat penginapan, Apartment 3 bilik kat Taman Royale Lily. Sebelum datang aku cakap kat wife apartment yang disewa takde aircond atau kipas, bayar murah sikit, dia bising-bising, suruh tukar apartment lain...aku senyum aje dan akhirnya beliau tahu kenapa...

En Badrul dan Pn Normah, pemilik kedai roti kat Taman Royale Lily dan juga merupakan saudara aku, kat sini dia banyak membantu aku dengan informasi serta lokasi yang harus dituju, first time datang dah macam selalu datang rasanya. Tq En Badrul dan Pn Normah, jasamu ku kenang.

Wife berposing dengan jem strawberinya.


Makan aiskrim strawberi, dan sepanjang hari ni, aku gila strawberiiiiiiiiiiii....arrrghhhhhhh....dashaat!!

Posing ayu... masa kunjungan ni si  Jaja dan Kak Teh masih single, belum berpunyalah orang kata.... dan si Baiza lak sehingga sekarang pun masih single..ho ho ho...

Ikhwan memang gila makan aiskrim masa ni, 3 mangkuk dia sorang, aku pun kalah.


Fatin kat ladang hidroponik.

Tengah pilih-pilih sayur, nak bawa balik ke Seremban, penuh kereta aku time balik, sib baik muat, kalau tak , kena jual kat RnR Tapah ler gamaknya.

One for the album.......my heart and my true love.....my family....

Jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman, pada tahun 2008 aku datang buat kali pertamanya, tahun 2009 pula aku datang buat kali keduanya dan kali ketiga? Aku tak berapa pasti lagi sebab dengan dua kali kunjungan aje, aku dah tawaf hampir 80 peratus kawasan kat Cameron Highland ni, kebanyakkan benda-bendanya sama sahaja dan sekarang dah tak perlu ke sana lagi kalau-kalau berhajat untuk membeli barang-barang hasil keluaran Tanah Tinggi tu pasal di Mydin MITC pun dah ada jual macam-macam terutama sekali Teh Strawberinya. Tak teringin merasai suasana sejuknya semula???....mmmmmmm....Ado Den Kisah!!!....ha ha ha...


...