Sunday, November 6, 2011

TT Nasi Ambeng "CDM" 4 Nov 2011

Masa pertama kali diperkenalkan dengan nasi ambeng ni adalah ketika aku join konvoi Layang Si Layang ke pesta layang-layang antarabangsa di Pasir Gudang, Johor hari tu. Masa tu salah seorang rakan kelab Ria Family Johor En Salem ataupun dikenali sebagai Tuan Pulis yang menetap di Pasir Gudang buat kenduri kesyukuran selain menyambut dan meraikan konvoi kami yang turun ke Johor. Rasanya nasi ambeng tu kena bungkus tapi kami makan kat situ juga, cara makannya masih sama yakni 4 orang makan sedulang dan kali ini di Bukit Gambir di rumah rakan RF juga, Tuan Din Bugis ataupun dikenali dengan "CDM", caranya berbeza dan satu kejutan budaya pada aku pasal aku pun tak tahu ini adalah amalan masyarakat jawa..he he he...immm sowyyyy...ahakss



Dari kiri, Tuan Din Bugis aka CDM, Bro Azizultan, Bro Shariman yang juga rakan sekerja aku dan dah tentu yang paling handsome kat tepi tu, akulah...ahakss. Kami sampai awal, ikut masa yang diwar-warkan yakni jam 9 malam, yang lain ikut jam Afrika kot, tu pasal tak sampai-sampai lagi......wakakakaka...


Dah sampai awal pun tak boleh nak mulakan menjamah...ish ish ish lecehlah kengkawan ni, kata Shariman dalam hati....aku agak aje...kui kui kui...


Nasi Ambeng Bukit Gambir dari top view......mmmmmm menyelerakannnnnnnn...


Ha ha ha....side view lak, geramnya akuuuuuuu, rasanya nak terkam-terkam lagi lepas ni....


Semua dah sampai masa ni kecuali Jai, Ustaz nak mulakan bacaan doa ni....aku dah lapo gilaerrrrrrrr...


Makan time!!!!!....meriah ni, rugi sapa-sapa tak mai, kalau ada lagi tuan CDM buat macam ni, insyallah aku mai, siap bawak tupperware sekali...ha ha ha...


Sebelum....


Selepas....wakakaka... 3 orang sedulang pun boleh habis, sah diaorang ni species JIN juga...cabuttttt...


Sopannya aku...wakakakakaka... Ben, kau kalau usik ayam yang seketul tu, siap hang, tong NGV hang aku cabut buat  tempat BBQ...ahakss


Kata tuan CDM, masyarakat jawa hanya menjamah 2 atau 3 suap sahaja nasi ambeng yang terhidang didalam dulang ni, lepas tu mereka akan membahagikan nasi ini kepada empat bahagian, mengikut bilangan orang yang makan kat dulang tu, kalau 3, 3 bahagianlah dan kemudian ianya akan dibungkus samaada dengan daun pisang atau plastik beg kemudian dibawa balik kerumah. Tujuannya adalah untuk dimakan bersama keluarga dirumah masing-masing. Sebenarnya amalan ini mempunyai maksud yang dalam jikalau ianya dikaji dan diperhalusi, oleh kerana ini adalah amalan orang tua-tua mereka dah tentu amalan ini baik dan bermakna, kalau tidak kenapa ianya masih diamalkan oleh masyarakat jawa.

Bagi aku dan rakan-rakan, kami lebih selesa makan disitu sahaja dan tidak membungkusnya sama macam kami pergi kemajlis-majlis perkhawinan atau sewaktu dengannya, nak bungkus-bungkus ni agak segan kecuali mungkin para isteri kita yang terbiasa dengan amalan bungkus, nak suruh kami yang lelaki ni membungkus, harap maaf...salah orang ni...kui kui kui.. membedal no 1, membungkus....no nombor...ahakss. Terima kasih pada tuan Din Bugis atas jemputan ini, walaupun siangnya aku baru buat tahlil untuk arwah atuk aku yang telah kembali kerahmahtullah pada jam 1.30 pagi hari yang sama akibat sakit tua, beliau berusia 88 tahun ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Demi sillaturahim dan keunikkan dalam jalinan persahabatan sesama rakan RF, aku tunaikan juga undangan ini dan ternyata ianya amatlah berbaloi-baloi...


...
...

No comments:

Post a Comment