Thursday, November 24, 2011

Naza Ria Ku Rosak Di Gebeng...

Kata orang, malang itu tidak berbau dan ianya berlaku ketika hari pertama aku menghadiri kursus di Gebeng, kereta aku rosak akibat overheat. 3 hari kereta ni tersadai kat kilang KNM di Gebeng, aku tak benarkan mana-mana mekanik  usik kereta ni kerana kereta Nazaria adalah kereta yang sangat sensitif, tak boleh hantar kepada sebarang mekanik , mahu pulak pada mekanik yang tak mahir, mahu jahanam kereta aku. Aku buat keputusan untuk tow kereta ini ke bengkel yang diiktiraf oleh kelab pemilik MPV nazaria di Serdang, Selangor. Aku lebih percaya pada mekanik disana dan tambah lagi, ada kawan-kawan ahli kelab yang sudi membantu dengan memantau proses baikpulih kenderaan ini disana nanti. Aku tak perlu pening kepala nak turun naik dari Melaka selalu.

Setakat berita ini ditulis, kerja-kerja baikpulih masih sedang giat dijalankan, rasanya lagi 2 atau 3 minggu baru siap ni, bengkel tu banyak kereta, aku tak nak mendesak sangat nanti naya kalau dia suruh aku repair kat tempat lain, baik aku tunggu aje kebetulan pulak sekarang time cuti sekolah, keperluan untuk menggunakannya belum begitu mendesak lagi cuma yang mendesak adalah kos baikpulihnya.....rasanya pening aku tak pulih-pulih lagi sejak hari tu.........waaaarrrrggggrrrhhhh..




Kawan-kawan perli, selalu aku jadi marshall masa konvoi, orang asyik follow aku dan sekali sekala kena lak aku follow orang lain tapi masalahnya aku follow tow truck...waaarrrggghhhhh....uhuks uhukss....

Semuga kos baikpulihnya tidak memudaratkan poket ku....wakakakakaka....




...

2 comments:

  1. Bro.... boleh beri skt nasihat tak tentang naza ria....

    ReplyDelete
  2. dari pembacaan saya mengenai kereta naza ria ni. antara tips...jgn biar sampai engine overheat. perlu check atau tukar water piping system setiap 5 tahun. ada gak pemilik yg pasang alarm kalau temperature tinggi. bukan setakat ria je, kereta lain pun akan rosak teruk kalau overheating. lagi satu jgn hantar repair keta ni kat sebarang pomen.

    ReplyDelete